.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, December 30, 2013

301213 - KENANGAN BALUT BUKU SEKOLAH

terbaca banyak status perihal ramai sedang membalut & melabel buku sekolah anak-anak.

membawa aku terkenangkan kisah dulu.

sebagai anak sulung, aku dipertanggungjawabkan untuk banyak tugas. antaranya membalut semua buku sekolah aku dan adik-adik.

mulanya biasalah - merungut, mengeluh, merengus, mengomplen, berdrama Melayu Tamil Cina semua ada aku buat [kes anak sulung perasan macam beban sedunia diletakkan ke bahunya la ni... pastu susah terima hakikat dia jadi anak sulung kekdahnya kakakaka...]

lama-kelamaan tiap kali hujung tahun mendatang, aku redha dan redah saja melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tu. sebab aku faham - kalau bukan aku, siapa lagi nak buat?

abah buat dua tiga kerja nak tampung perbelanjaan keluarga. mak pun kerja di pejabat, baliknya perlu memasak untuk keluarga [terutamanya untuk anak sulungnya yang paling banyak makan - tengok tank saja sudah tau maaah...], urus adik-adik lagi, basuh baju-kemas rumah-periksa kerja sekolah anak-anak lagi...

jadi abah sekadar mengajar cara-cara membalut buku dengan kemas. setiap lipatan balutan tu, mana nak digunting, mana perlu dilekatkan, sudut mana lekatannya patut dibuat dsb, yang pada mulanya aku rasakan, amat menyeksakan jiwa raga aku yang memberontak, sebab "ah renyahnyaaaaa... hais... balut buku je kot... macam sains roket la pulaaaaa..."

lepas abah demo satu buku, aku kena habiskan yang selebihnya. sebab banyak masa lagi dihabiskan dengan mengeluh, maka projek tu mengambil masa berhari juga nak dihabiskan mulanya.

tapi, bila dah faham tekniknya, seninya, susun atur kerjanya, aku tahu susun masa aku sendiri. beberapa hari pertama, buku-buku hanya dibalut - setiap sudut plastik aku tekan dengan kuku dan kemudiannya aku tindih dengan objek berat, letakkan setempat.

selesai semua dibalut, aku trim pula apa yang patut, lipat mana yang perlu. sekali lagi aku tekan dengan kuku semua lipatan.

habis proses tu, aku lekatkan setiap pertemuan lipatan, dengan pita lekat, dengan memastikan pita tak terkena pada kulit buku.

proses renyah lagi cerewet ini, membuatkan balutan buku aku alhamdulillah bertahan sehingga saat buku-buku tu dipulangkan semula kepada pengawas Skim Pinjaman Buku Teks sekolah.

dan ternyata, skill ini adalah antara yang paling aku hargai sehingga kini. insyaAllah, Nazrin dan adik-adiknya akan aku ajarkan juga skill ini, sebagaimana abah & mak mengajarkannya kepada aku.

*bittersweet memories*
 
 
 

No comments: