.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, July 16, 2013

SUSU IBU CAIR? NAK PEKATKAN?

Isu pekat/cair susu ibu. sering dikaitkan dengan anak tak kenyang, anak meragam, anak tak naik berat, anak tak aktif, anak sering sakit dan sering pula dibandingkan dengan susu buatan manusia.

Yang tak faham konsep penyusuan susu ibu [PSI], dilanda pula masalah anak tengah meragam hingga menjejaskan kesihatan dan kenaikan berat anak, didatangi pula satu lagi pihak yang juga tak faham konsep PSI, menyogok produk itu-ini bahawa "boleh memekatkan susu ibu supaya anak kenyang, senang naik berat, bertambah-tambah aktif, sihat walafiat dan boleh membuatkan susu ibu rasa lebih sedap hinggakan bayi akan suka gila tahap dewa lepas tu, berbanding dengan ibu-ibu yang tak makan/minum/pakai produk itu-ini" mereka tu.

Susu ibu ni, dah dikira siap-siap formulasinya oleh Tuhan. Dia lagi tahu apa khasiat yang terkandung, untuk apa dan banyak mana ikut keperluan anak. tak berlebih, tak berkurang. Semua tu ada hikmahnya, yang mana tak mampu dicapai oleh akal fikiran manusia, sebab nama pun kita manusia kan?

Memandangkan setiap kejadian yang Allah ciptakan tu ada kelebihan masing-masing, susu ibu yang nampak cair dan pekat tu, ada la fungsi meke masing-masing, kan?

Lepas tu, PSI ni, macam roller-coaster kehidupan. ada naik, ada statik, ada turun, ada mencanak-canak naik, ada tiba-tiba menjunam jatuh. Jalan cerita novel yang kadang-kadang tak berpijak di bumi nyata tu pun ada turun-naik kan?

Jadi, kenapa susah hati bila anak meragam tiap kali disusukan, dan terus menyalahkan susu ibu sebagai punca? Kenapa tak cari punca anak meragam dan menolak untuk disusukan?

Anak tu, manusia. ada emosi, perasaan, fikirannya sendiri. Cubalah cari punca, kot dia meragam pasal sakit dalam telinga ke, atau sakit tekak susah nak menelan ke, ada ulser pada lidah ke, nak demam ke, nak tumbuh gigi ke - cari satu-satu punca. Macam kitalah yang dewasa ni, kalau kita tak sihat, kita cari punca kenapa kita tak sihat kan?

Tapi aku tak tahulah kalau orang lebih senang cari produk itu-ini bila rasa tak sihat sedangkan jawapannya boleh dicari dalam diri sendiri aje. Bukannya terus keluarkan sedebuk duit beli produk itu-ini kan. Aku tak mampu. Gaji tak besar mana. Belajar takat PMR. Apa boleh buat.

*mode jelak tengok orang pertikai susu ciptaan Tuhan*

No comments: