.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, July 12, 2013

GENTLEMAN ON A BIKE

 
Kisahnya aku teringin makan ayam goreng Uncle Bob. Ala, yang kat pasar-pasar malam atau kat gerai francaisnya tu, yang dada ayam disalut tepung dan perisa tu,... goreng garing dan diperisakan lalu digunting-gunting dan dimasukkan ke dalam beg kertas coklat, dicucuk dengan lidi tebal tu...
 
Jadi aku ke pasar Ramadhan di kawasan Bazaria Pantai. Tapak pasar malam hari Rabu dan Sabtu tu [tempat tu ada beberapa tapak pasar Ramadhan berasingan sebab tapak asal pasar Ramadhan yang sebelum ni di padang depan PPR tu, dah dijadikan tempat letak kereta *duh*]
 
Tak ada tempat nak parking motor. Bukan main payah nak dapatnya.  Ternampak ada dua orang perempuan nak keluar dari tempat mereka letakkan motor. Jadi aku tunggulah.

Dah elok-elok park, aku ke pasar Ramadhan tu. Beli cukup sekadarnya saja.  Kebetulan Encik S pun suruh aku rehat, tak payah masak. Dia teringin nasi ayam dan taufufa gula merah. Aku pula ayam goreng tak sihat tu tapi aku teringin jugak hahaha!!!

Selesai beli apa yang perlu, aku balik ke motor. 

Alhamdulillah masih ada lelaki yang gentleman. Naik motor klasik lagi tu - *alejek.

Dah nak masuk tapak kosong sebelah aku sempat dia tanya dulu, "Nak keluar ke?" Bila aku angguk, dia menunggu saja tak masuk ke tapak kosong tu.

"Err, masuklah cik!"

Dia menggeleng saja tanda memberikan aku peluang. Sanggup tunggu aku terkial-kial mengemas barang di motor. Tersenyum saja bila aku kata "saya lambat lagi ni! ", sambil dia membuat gaya 'tak apa, ambillah masa' kepada aku. Siap undurkan dulu motornya supaya mudah aku keluar dari parkir. Dalam pada sesak-barat jalan raya di kawasan bazar Ramadan di Bazaria Pantai.

Selesai urusan keluarkan motor, aku toleh ke arahnya sambil ucapkan terima kasih. Dia senyum dan menganggukkan kepalanya.

Semoga ramai lagi lelaki seprihatin ini kepada tak kira siapa pun. Pasti Malaysia kan jadi lebih baik sebab orang-orangnya peduli untuk ambil berat tentang orang sekeliling.

*alejek = Yamaha RXZ.
 
 

No comments: