.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, July 15, 2013

150713 - KISAH SEBUNGKUS ROTI

Dipanjatnya meja, diambilnya roti.
Segera dia mengundur berhati-hati.
Kerusi dipijak untuk menuruni.
Sambil erat digenggamnya roti.

Dibawa kepada perhatian maknya.
Minta ikatannya dilonggarkan segera.
Tekun memerhati roti dipinta.
Dapat secebis teruja hatinya.

Sambil makan sambil mengerjakan.
Plastik roti sengaja ditonggengkan.
Mujur cepat ambil tindakan.
Tidaklah roti habis bertaburan.

Roti secebis tak memuaskan.
Sekeping besar cuba dihadapkan.
Sudahnya jadi bahan mainan.
Ke lantai akhirnya dilemparkan

Cukup geram dengan perbuatannya.
Plastik roti diikat semula
Diminta menghantarnya ke meja.
Dia menurut tanpa kata-kata.

"Pandai,..." pujian tulus diterimanya.
Dia memandang penuh makna.
Berat sudah ketara matanya.
Tanda lena hampir menjelma.

Dari jauh tangan kudepa.
Biar dia lari menerpa.
Segera dipulangkan pelukan seikhlasnya.
Erat dakapannya melingkari raga.

 


No comments: