.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, June 7, 2013

KALAU AKU, AKU MEMANG TAK MENGAKU

Salam wbt.

Lama aku menyepi. Cara ada, akses ada, kebolehan ada tapi kerajinan saja selalu menghilang.

Ya - memang aku salahkan Encik Rajin je selalu M.I.A. Bukan aku yang malas - dia saja yang tak nak muncul.

Okey. Balik kepada isu yang membuatkan aku betul-betul, teruja, terangsang, terusik dan teramat perlu gagahkan saja diri untuk menulis.

Isinya sama macam tajuknya. Kalau aku, aku memang tak mengaku.

Hehehe.

Ada banyak aku jumpa tulisan di Internet, betapa ramainya yang mahu menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan mereka. Baguslah ya tak, sebab, kita perlu juga berkebolehan menulis dan bertutur dalam bahasa antarabangsa tu. Demi kemajuan diri,... supaya tak ketinggalan dan macam-macamlah sebab, kan.

Cumanya,... kalau akulah kan, aku lebih senang menulis dalam bahasa yang biasa aku gunakan, i.e. Bahasa Melayu. Kenapa? Sebab aku orang Melayu. Dari dalam perut lagi dah diprogramkan sebagai seorang Melayu. Keluar-keluar terus disambut dengan kata-kata dalam Bahasa Melayu. Jadi apa aku nak malu berbahasa Melayu, kan?

Bukanlah aku bersikap, sangat patriotik bila tiba bab bahasa. Cumanya,... kadang-kadang tak dapat dinafikan dalam hati aku sangat banyak rasa terkilannya, kerana ramai yang bangga berbahasa Inggeris tanpa sedar apa yang mereka tuliskan dan menjadi bacaan ramai orang tu, banyak kurang, silap dan salahnya.

Ada yang gah menyatakan mereka belajar sampai peringkat mana, kerja apa dsb. Lantas membuatkan orang terasa sedikit rendah diri barangkali tatkala membaca hasil tulisan mereka walaupun tulisan mereka cuma bersifat picisan sahaja.

Padahalnya kalau diperhatikan semula, Bahasa Melayunya sendiri pun, banyak yang perlu diperbaiki.

Jadi kenapa perlu bersusah-payah menulis dalam bahasa asing bila bahasa ibunda sendiri pun tak mampu dikuasai dengan cemerlang, gemilang, terbilang? [disclaimer : aku suka perkataan berima tu saja. tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, atau bab-bab sensitif yang lain]

Ada pernah aku terjumpa blogger yang menulis dalam bahasa pasar saja. Menarik juga, sebab pendekatan tu buat orang tak rasa rimas membaca, sebab bacaan hiburan sahaja kan. Tambahan pula pegawai di DBP yang pernah berceramah di tempat kerja aku sendiri pun ada kata, "Itu gaya pertuturan seharian. Mana mungkin kita boleh berbahasa dengan penuh rasmi dan baku dalam urusan sehari-harian?"

Okay - that actually makes sense... [walaupun selalunya rasa berbuluuuuuu je kalau tengok cerita Melayu - kalau watak kaya sikit pun terus tak reti cakap Bahasa Melayu... cettt...]

Macam aku sendiri, aku pegang pesanan Mak.

"Nak berbahasa Melayu, jangan campur dengan Bahasa Inggeris. Nak berbahasa Inggeris, jangan campur dengan Bahasa Melayu..."

Campur pula dengan prinsip ramai orang yang pakar dalam Bahasa Melayu, yang banyak menasihatkan aku secara tak langsung.

"Nak campur Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, buatlah dengan betul. Jangan kata "Come sayang kita main ball!" kepada anak sebaliknya katalah "Mari sayang, let's play ball, nak tak?" supaya anak tak cakap dalam Bahasa Melayu rosak sebab dah dirojakkan dengan Bahasa Inggeris"

Sesekali aku terlajak. Ya, aku tak nafikan. Dah nama pun aku manusia biasa je. Sesekali terpoyo tu tak dapat dielakkan.

Juga seboleh-bolehnya aku akan elakkan terjemahan secara terus dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya.

Instead of saying "Since I was a little kid I have always been dreaming to become an excellent person, doing excellent things" I'd use "Since young I've been aiming to be excellent in whatever I do".

Mudah, senang, tak spesifik sangat sampai makan diri, tak pening orang nak baca,... dsb lah kan.

Tapi, hakikatnya sekarang ramai yang akan buat terjemahan terus tu. Aku tak salahkan mereka - English is not our forte since it's not our mother tongue but hey - tidakkah kita boleh memeriksa berkali-kali ayat kita dengan orang yang lebih arif, supaya kita tak jadi bahan ketawa orang, hanya kerana kita terlalu yakin dengan pemilihan kata-kata kita dalam pada nak menunjukkan kepada orang betapa tingginya tahap pendidikan kita?

Atas sebab ini jugalah kan, kalau aku berpelajaran tinggi dan mengkhusus dalam bidang bahasa pun - memang aku takkan mengaku.

Sebab tahu, betapa tingginya ekspektasi [ha amik kau] orang terhadap aku nanti, bila orang tahu tentang pengkhususan aku kan.

Lagipun, eloklah kita bersembunyi sesekali. Bukannya suruh merendah diri sampai rasa hilang terus harga diri. Bukan juga cuba lari dari realiti. Cuma belajar merendah hati dalam melalui kehidupan fana ini.

Terima kasih atas kesudian membaca rapikan aku ini.



No comments: