.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, March 26, 2013

SAKIT & MENYAKITKAN - KESEMPATAN ATAS KESEMPITAN

orang sakit, perlu dibantu
bukannya kau buat-buat kayu
atau duduk diam membatu
boleh pula buat-buat layu

orang sakit, perlu bantuan
bantuan datang dalam kepelbagaian
dirinya didoakan lekas kesembuhan
usah ditambah sebarang tekanan

orang sakit, bukan sumber kewangan
tak sepatutnya kau jadikan sasaran
melariskan jualan stok dalam simpanan
dengan segala momokan kau bisikkan

kalau sungguh bagai dikata
kalau hebat bagai dicerita
apa kata dulukan saja
bekalan hingga sembuh semula?

tentang duit - belakang cerita
asal terbukti apa didakwa
takkannya rugi membantu bangsa
Diakan beri balasan sewajarnya

janganlah jangan kau momok-momokkan
janganlah atas nama Tuhan
berani kau sebutkan cadangan
sedangkan kau hanya menakut-nakutkan!

walhal hakikatnya, kau cuma berimpian
untuk jadikan poketnya lubuk pendapatan
untuk mencapai serakah nikmat digembar-gemburkan
sampai tak kisah apapun balasan?

meniaga memang banyak kelebihan
tapi kemanusiaan dilupa jangan
etika jangan dipandang ringan
diri jangan dikuasai shaitan

yakinlah dalam berpegang teguh kepadaNya
Maha Memberi Rezeki kan Dia?
sikit tapi berterusan, lebih bahagia
tentu lebih diberkati dan diredhaiNya.

 
aku simpati kepada kawan-kawan yang ditimpa kesulitan dari segi kesihatan, tapi diambil kesempatan pula oleh peniaga-peniaga "produk kesihatan" yang menggunakan bukan saja scare tactics ["tak ambik ni nanti sakit melarat! boleh kena potong kaki! boleh kena stroke! boleh kena itu! boleh kena ini! jaga-jaga..." dsb, macamlah barang yang dia jual tu pulak yang tentukan hidup mati sakit sihat kita kan?]...

malahan juga ada yang tak jemu mempromosi kaw-kaw sampai nampak macam memaksa pun ada ["promosi ni sampai tarikh ni je tau - lepas tu dah harga biasa/harga naik pulak! haaaa rugi... baik amik sekarang..." seriously? kalau barang kau bagus apasal ada tempoh tertentu pulak harga sekian-sekian? bukan ke kalau barang kau betul-betul bagus, bergolok-bergadai pun orang sanggup beli walaupun takde promosi?]

kemonlah.  scare tactics and coercion? that's sooo yesterday.
 

No comments: