.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, March 27, 2013

AKU & PSI

Ni kisah aku dengan satu topik yang tak pernah aku sangka akan jadi sebegitu dekat dengan hati aku. 
Asalnya, aku cuma buat kerana, aku nak manfaatkan peluang yang ada. Bukan kerana jimat atau kedekut atau apa saja yang orang sangka - aku tak peduli pun apa orang sangka atau fikir tapi aku buat kerana desakan naluri aku.

Memanglah aku kasar. Tomboi. Ada yang kata, aku tak serupa perempuan, walaupun aku mushkil, ada ke lelaki yang macam aku - pakai tudung, berusaha berpakaian ikut standard syariat Islam sebaik yang boleh dan selalu melawa [bukanlah pasal aku perasan aku lawa sangat, cuma kalau tak melawa, tengok muka sendiri pun seram doh].

A rose is a rose, no matter what name you use to call it.

Dah tentulah aku perempuan secara lahir dan batinnya. Jadi bila orang kata aku macam lelaki, aku nak jugak suruh dia pergi jumpa doktor, suruh cek kesihatan mentalnya. Dah tak reti sangat beza lelaki dengan perempuan kan?

Anyway, aku diizinkanNya untuk merasa pengalaman mengandung, melahirkan [walaupun tak aci sebab czer kan - ciskek!] jadi dah tentulah aku nak lengkapkan circle of life aku tu dengan merasa menyusukan anak dengan susu ibu.

Tak sangka pulak topik tu akan menjadi terlalu dekat di hati sampai rasanya, tak lengkap sehari aku bergelumang dengan persoalan & jawapan bagi topik Penyusuan Susu Ibu [PSI].

Ramai yang kenal aku sebab kata mereka, aku garang. Beria-ia mempertahankan PSI dengan cara paling natural dan paling murah - cukup hanya berdisiplin mengamalkan konsep demand versus supply dan bukannya mengharapkan keajaiban produk-produk jualan di merata tempat yang mendakwa boleh 'banyakkan susu' atau segala macam dakyah palsu lagi durjana.

Aku pun tak pasti tang mana kegarangan aku yang sampai orang tak kenal aku pun kata, aku garang. Tapi aku lebih rela dikenali sebab garang daripada sebab ketidakpandaian atau kebodohsombongan :P

Selama aku terbabit dalam PSI, aku jadi ramai kawan :) alhamdulillah.

Niat aku cuma satu saja - mudah-mudahan PSI diangkat mulia dan tinggi dalam negara ni, sebagaimana dah didaulatkan di negara luar yang mana agama rasmi dan utama mereka, bukannya agama Islam pun :)

Terima kasih kerana membaca. Esok-esok ku sambung lagi ;) insyaAllah!

4 comments:

nihadriz said...

Sama la... dah jadi mak ni tak suka anak pakai girly2. mesti nak ada celoreng2 jugak. Hiks. janji dapat bagi susu ibu sepenuhnya :D

Kimi Kay MS said...

oh yeah niha...

watpe melawa tapi anak tak merasa susu ibu... susah jugak...

baik la cam ni. cam jantan pun, anak tetap dapat haknya.

nihadriz said...

pernah je tengok orang melawa2 pastu tengok anak kecik minum susu tepung. adesss... mak kemain meletup badan.

dan ada jugak mak biasa2 je - gemuk tak bergaya tapi tak mampu nak susukan anak.

orang kurus keding lagikan boleh menyusukan. tak faham betul saya ni.

Kimi Kay MS said...

hahaha...

what's size has got to do with it?

the size don't matter - your heart, your determination do.

tu yang membezakan kita dengan orang. hati, keazaman, kesanggupan :)

but i'm somewhat, glad, for He's the Granter of All Prayers.

dulu saya diejek sebab tak macam perempuan. sekarang yang mengejek, bingung saja bila bertanya tentang susu anak.

meke pelik tahap dewa cemane susu boleh ada beyond 2 months of baby's age.

and we are in the information era?

hehehe. tu laaaagi susah kita nak kan?