.: COUNTLESS THANKS TO :.

Saturday, March 30, 2013

300313 - MIGRAIN

Mak diserang migrain menggila.
Cik Anis mengurutkan kepala.
Keluar segala angin berdua.
Datang dia dilanda curiga.

Merengek seolah memberitahu rasa.
Risau, bimbang semua ada.
Kepala mak dipeluknya segera.
Mengharapkan urutan dihentikan serta-merta.

"Sayang, mak sakit kepala.
Cik Anis urutkan ya.
Sekejap saja biar lega.
Main ya kat sana"

Seketika dia yakin pula.
Dilepaskan kepala dari dakapannya.
Mungkin jelas pada fahamannya.
Diurut untuk lega, selesa.

Sesi urutan bersambung semula.
Bersahut-sahutan sendawa, angin keduanya.
Entah apa yang mengganggunya.
Dia datang merengek semula.

Mak bangkit, fahamlah sudah.
Risau terpalit serata wajah.
Bahu mak didakap resah.
Rengekan reda bertukar mendesah.

Mungkin melepas rasa hati.
Bimbang mak sakit lagi.
Dia lantas menyerah diri.
Menenangkan diri dengan menyusui.

Terpejam-pejam mata dalam nikmat.
Baju mak digenggam erat.
Sakit kepala yang ketat.
Beransur-ansur kurang, bantu sihat.

Terima kasih wahai kesayangan.
Atas perhatian yang diberikan.
Moga Dia bantu pahatkan.
Agar nikmatNya ini berterusan.

No comments: