.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, March 27, 2013

270313 - KENAPA SUKA MENAMPAKKAN KEBODOHAN SENDIRI? BEST SANGAT KAH?

Terus aku teringat kisah lara aku dulu bila aku ternampak kawan-kawan share di FB kata-kata Mufti Ismail Menk

"When are you going to have children? Whilst some may not mind, that question & other similar questions can be very embarrassing & at times rather hurtful too.

The stress of those who cannot have children even though they would love to is increased by such unnecessary questions which make it seem like they have chosen not to have children yet they have no say in the matter.

It is our duty to be sensitive about such issues & not just take it for granted.

Questioning about the details of the lives of others is a VERY bad habit that leads to full blown gossip. Let us develop a policy of staying away from whatever is "none of our business"."

serta-merta segala dialog keji pun muncul dalam kepala. bukanlah aku mengenang sangat. tapi serta-merta semua pun menghambur keluar okey. memang aku trauma pun. ingat benda ni remeh ke?

pernah jugak aku terkeluar dialog ni, sebab dah penat melayan orang punya kebodohan yang bangga sangat mereka pamerkan.

"bila nak ada anak?"
"bila kau nak mati?"
"eh kau ni. aku tanya betul-betul!"
"eh kau ni. aku pun tanya betul-betul jugak"
"cakaplah bila kau nak ada anak?"
"cakaplah, bila kau nak mati?"
"mana aku tau bila aku mati, bodoh la kau nih! tu kan kerja Tuhan!"
"manalah aku tau bila aku dapat rezeki dalam bentuk anak. bijak pun kau ya, tau pulak semua tu kerja Tuhan!"
 
 
dan adegan pun berakhir dengan si penanya koma berbuih-buih mulut sebab tak percaya dengan apa yang berlaku. titik.

okey-aku tipu. tu cuma imajinasi terlampau aku je, bab orang tu koma la hahahaha...

pernah juga aku tersepit dalam adegan-adegan yang menambah sakit di hati. macam,...

"kau laki bini tak reti main! meh aku ajo!" 
- dasar loji najis punya otak. nampak sangat kaki tengok DVD lucah.

"korang kene pergi berubat nih" 
- aku nampak macam sakit ke dol?

"korang ni ada orang buat nih... tu susah nak lekat!" 
- paleotak kau. ni la melayu rajin tengok tibitigesuku, balik-balik cerita tahyul karut-marut pegi tengok. asal life tak kena sikit je, terus kata buatan orang. bodoh.

"korang jangan lama-lama takde anak..." 
- super-duper lahanat punya bodoh. itu satu pilihankah? yang masa isi borang nak kawin ada option nya, berapa lama tak nak ada anak dsb?

"korang jangan lama-lama simpan," 
- 7 petala langit punya bodoh. benda tak ada, cemane nak simpan ha bangang?

"cepat-cepat le beranak. awak bukannya makin muda" 
- ko ingat anak ni, ada jual merata ke, yang kalau aku tak pergi beli, aku yang salah?

huwargh!

aku takde la tanya balik segala macam soalan tu. malas. biarlah orang sakitkan hati aku, tu dorang jawabla esok depan Tuhan. yang penting aku takyah bertanggungjawab kalau meke pulak tak pasal-pasal sentap, merajuk hati ke, terguris perasaan ke, kalau aku menjawab balik, walaupun terang lagi nyata dorang memang patut pun kena berdas-das sebab bukannya aku yang nak sangat bagi tapi dorang yang nak sangat mintak kan?

tapi tulah. kadang nak je aku bagi sekali - kalau dah tak ada idea sangat nak tanya apa kat orang, diam je lah, daripada berkata-kata pun tapi menampakkan kerendahan akal sendiri je. bodoh tu, simpan-simpan sikit. jangan tunjuk sangat.

samalah macam masa aku belum menikah dulu. tapi ni pulak dialognya :-

"bila nak kawen?"
"tunggu nikah ler"
"bila nikahnya?"
"nak tolong support ke?"
"alah kedekut sangat. kawin kan sekali!"
"aku nak kawin banyak kali. tu kena nikah dulu"
"eh apsal pulak?"
"ko tau tak beza kawin dengan nikah?"
"apa beza pulak? ko nak kawin kan kene nikah?"
"oh. jadi kau tak la sebangang yang aku sangka. aku mati-mati ingat ko kawin dulu baru nikah!"
"err, amende ko merepek ni?"
"hmm. bangang rupanya kawan aku nih. dah. gi ngaji dulu bagi khatam habis-habis ya. mesti tau apa beza kawin dengan nikah lepas tu."

dialog di atas ada juga aku ubah suai sikit, kalau tiba bab makcik-makcik penyibuk yang asik sibuk hal orang padahal lupa laki meke pun sibuk tengok pempuan lain, berangankan pempuan lain tu kan.

paling ekstrem pernah berlaku, ada la sorang minah perasan bagus ni. kebetulan baru lepas bersalin. aku bukannya nak datang jumpa dia pun. tapi jumpa orang lain, tuan rumah tempat dia bersakau tu. tiba-tiba je dia datang kat kita dan terus pegang perut kita, "dah berapa bulan nih?"

tak aku bukak kunci silat kuntau semua kat situ pasal terkejut?

pastu cakap "eh apsal nak marah ni, orang tanya je"

tanya sampai pegang-pegang apa kes? memang mintak kene terajang le jawabnya. mentang-mentang baru lepas bersalin dah perasan pulak macam hebat sangat jadi perempuan.  kemonlah. kalau Tuhan tak bagi pun kau tak merasa... jadi janganlah ekshen sangat!

aku tak faham kenapa, tapi perempuan memang suka menjahanamkan perempuan lain. sakit otak yang suka buat camni. tetiba rasa every other woman is a competition and shall be eliminated immediately at any costs.

tengoklah yang suka menjatuhkan usaha orang nak menyusukan anak dengan susu ibu. bukan ke orang pempuan jugak?

yang suka mengejek orang nak berubah jadi baik, dari tak bertudung kepada pakai tudung baju tutup aurat, bukan ke orang pempuan jugak yang suka rosakkan pempuan lain?

dan kita pun pernah baca di akhbar, ada pempuan sanggup serahkan kawan pempuannya jadi habuan seks lelaki, for a price, kan?

i've met a lot of bitches. that's why i prefer being friend with guys. they are much more, sincerer.

lagipun kan, cik kak-cik kak yang mulut takde brek ni, kalau orang betul-betul pregnant kan, lainlah juga halnya.

ini yang nampak macam pregnant sebab dari kecik perut dia dah jenis bulat, pastu lama pulak nunggu dapat zuriat kan, atau yang bila dah menikah tu biasalah hati senang makan pun lebih sikit dan perut ada sikit naik tapi masih belum dapat zuriat juga ke, orang tanya macam tu siap pegang perut, namanya menghina tu cik kak!

cop-cop - kalau yang kenal kita, memang menghina la.  kalau yang tak kenal dan buat pe'el durjana gini, namanya tak hormat orang, tak reti adab. tak sensitif. tak reti guna otak Tuhan dah bagi.

maaflah kalau rasa apa aku cakap ni, kasar sangat.

tapi, cubalah sekali dalam hidup ni, buat apa pun, pakailah akal dulu habis-habis. jangan main sedap tekak sendiri bercakap, jangan main enak telinga sendiri mendengar saja.

kalau aku kacau hidup kau, jujur saja face to face sama aku dan cakap, apa kau nak aku buat sebagai menebus kesalahan aku pada kau.

tapi kalau tak ada, janganlah buat macam aku enemy of your state pulak.

dapat apa ya, tunjuk sangat kebodohan sendiri ni? ke macam biasa - aku je yang tak faham-faham lagi kejadah semua ini?

        

No comments: