.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, February 22, 2013

220213 - YANG TERINDAH



Dia dibawa merata untuk seketika.
Aman, damai, indah belaka dunianya.
Dia merasa semua yang dirasa.
Walau tak meminta hadirnya bermakna.

Dilahirkan dia bila tiba masa.
Tanpa tahu untung nasib dirinya.
Disangkanya yang membawa kan menjaganya.
Tahu-tahu ditinggal sendirian tanpa apa-apa.

Cuma kain membaluti tubuh halusnya.
Tak siapa sedar pada mulanya.
Pecah tangisan bila dia terasa.
Dirinya ditinggalkan ibu yang melahirkannya.

Menangis dia tercari hangat pelukannya .
Menangis kehausan kelaparan susu bekalanNya.
DigerakkanNya hati seorang dua hamba.
Terjumpa tuan punya tangisan hiba.

Kamu yang indah lagi bermakna.
Kamu antara yang dinanti beberapa.
Kamu antara yang ditinggal dicerca.
Sedangkan tak bersalah walau sehama.

Kamu yang terpilih ditemui dimulia.
Kamu antara yang terselamat serta-merta.
Kamu didamba insan tak punya.
Tanda kasih sayangNya melebihi semua.

Berbahagialah hai anak yang indah.
Tenang dengan yang menghargai kamu.
Bergembiralah hai anak yang indah.
Ketahuilah ramai kan menyayangi kamu...

:')

*Yang terselamat, aku doakan semoga bertemu sinar bahagia dan selamat sejahtera sentiasa. 
Yang tak sempat, bergembiralah di sana hai anak- anak shurga. 
Biar pun kau tidak meminta tapi hadirmu tetap membawa beribu hikmah dan makna, al-fatihah!* 

[inspirasi : kisah anak dijumpai di hentian bas depan Institut Veterinar Kluang 220213]



No comments: