.: COUNTLESS THANKS TO :.

Sunday, February 10, 2013

100213



Gendong dia ke pasar malam yang berhampiran kediaman.
Lamanya tak keluar dengan mereka berdua berjalan-jalan.
Tertoleh-toleh dia berusaha untuk cuba melihat ke depan.
Mencari jawapan ke mana niat dan arah tujuan.

Terpana sekejap bila tiba di pasar malam berdekatan.
Terhairan-hairan melihat banyaknya kenderaan di jalan serabut bersesakan.
Tertanya-tanya mungkin kenapa ramai insan bermacam ragam bertebaran.
Bertambah erat cengkaman jemarinya di tudung seolah kerisauan.

Enak diam dalam ring sling pemberian seorang mama.
Dia memerhati keliling tapi akhirnya terbuai pergerakan emaknya.
Dekat dengan rahim rapat dengan kasih erat seeratnya.
Serabut suasana ditambah panas hawa tak sikit menjejaskannya.

Sedar tak sedar dia mula berat si mata.
Terayun terbuai ke kiri ke kanan dia terlena.
Kedua tangan bonda hanya mengampu sedikit letak punggungnya.
Tapi masih bebas bergerak dek berat tersebar rata.

Indahnya aktiviti baby-wearing menampakkan hasil yang nyata memanfaatkan.
Bukannya memanjakan anak hingga jadi rosak hancur kelakuan.
Anak lebih tenang rasa penuh keselamatan dalam dakapan.
Tangan ibu bebas menyelesaikan bermacam tugasan tuntutan harian.

Lagipun bukannya lama dia dalam lingkungan usia sedemikian.
Selagi terdaya selagi ada kemampuan dan kesihatan badan.
Dia tetap dalam gendongan tenang dan penuh kesejahteraan.
Membuat hati yang kadang-kadang rawan jadi terawat kelukaan. 


No comments: