.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, February 7, 2013

070213


Dia cuma mungkin dalam 6 atau 7 tahun usianya.
Tapi gerak-gerinya terlalu cuak waspada terlalu berjaga-jaga.
Barangkali sedar apa di jemari kanannya tak semua kan suka.
Atau mungkin juga dipesan jangan banyak soal mengenainya.

Dijemarinya menjadikan dia kelihatan amat defensif tiba-tiba.
Matanya melari-larikan pandangan dalam memandang serata.
Aku terkerut memandangnya dalam pura-pura buta.
Mulut gatal tak tergaru tapi ku tahankan saja.

Dalam lif dia tertunduk pada kebanyakan masa.
Bagai tak sanggup berada dalamnya lebih lama.
Kerana di jemari kanannya buat dia terasa sendiri agaknya.
Di jemari kanannya buat dia sendiri rasa tak selesa.

Hairan campur pelik mula macam biasa bertamu di minda.
Tidakkah si ibu tahu apa dibuat anaknya?
Atau memang arif sebab itu yang dibiasakan si bapa?
Mungkin juga itu pesanannya kepada si anak muda belum pun remaja,
Supaya dibeli cuma dua batang dek sekotak boleh kebulur juga membelinya?

Memanglah - yang menjual pun si dua batang apa dosanya...
Si penjual tak terkata apa dek bukannya dia datang percuma.
Ada duit budak berhingus pun boleh jadi raja seketika.
Tapi terang-terang benda memudaratkan penuh durjana.
Mana pergi tanggungjawab peniaga kepada pengguna...
Atau setidaknya terasa sangat-sangat tak kena melayan demikian rupa?

Memang juga setakat minta si anak membelinya...
Si bapa sakit tenatkah tak mampu ke kedai sendiri - tapi masih mampu berasap pula?
Atau hematnya bukannya dia mengajar anaknya menaga?
Lagipun bukannya salah dia - kemudahan disediakan si peniaga?
Mungkin padanya benda berlaku sesekali cuma?

Bukankah junjungan sudah tinggalkan pesan,
Anak adalah kain putih yang perlu ibu bapa corakkan,
Majusikah, nasranikah atau yahudikah kita yang tentukan,
Cubalah sesekali renung dalam-dalam kesan berpanjangan yang kau pahatkan.


No comments: