.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, March 1, 2013

010113 - BAHAGIA SECEBIS ROTI

Roti dicubit secebis, disuapkan ke mulutnya.
Bakinya aku ketap dibibir, tangan bekerja.
Dia mendekatkan muka, menggigit sedikit lagi,
Roti terlepas ke tangan kecilnya kini.

Ku pandang dia tercegat di kiri.
Hairan kenapa dia masih di sisi.
Sedangkan biasanya selepas dapat roti disukai.
Dia pasti kan berlegar ke sana-sini.

Tekun dia memegang roti yang berbaki.
Disuakan roti ke mulut aku kembali.
Roti ku ketap kemas dengan gigi.
Dia masih teguh berdiri di sisi.

Buat aku tertoleh untuk sekian kali.
Rupa-rupanya dia sedang tekun memerhati.
Puas hati aku terima suapannya barangkali.
Dia tersenyum semanis-manisnya, bahagia, senang hati.


No comments: