.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, February 8, 2013

080213 - BINTANG DI SHURGA


Kepiluan ini menjerihkan.
Walau puas ditahan.
Tak mampu dihentikan.
Perlu sekejap dilayan.

Memang, dia bukan aku punya.
Cuma amanah, permata orang tuanya.
Dipinjamkan sebentar membawa bahagia lara.
Dijemput semula bagi menghapus kesakitannya.

Dia buat aku insaf seinsaf-insafnya.
Dia buat aku redam sedalam-dalamnya.
Dia buat aku runtun semahu-mahunya.
Dia buat aku rasa segala-galanya.

Dia Yang Maha Adil, Kaya.
Meminjamkan semua sementara di fana.
Buat aku tersentak teringatkan bidadariNya.
Di sini terpahat suka-duka.

Bergembiralah hendaknya mereka di sisiNya.
Tiada kesakitan, diuji, dicucuk sini-sana.
Bertabahlah bagi yang ditinggalkan mereka.
Hilang di mata di hati selamanya.

Memang dia permata, nyawa mereka.
Cuma saudara dengan aku, seagama.
Tapi kepulangan mereka tetap dirasa.
Aku cuma seorang manusia biasa...

:'(

*al-fatihah untuk semua anak shurga, semoga Allah kan terus mengubat kerinduan keluarga mereka, amiin*

No comments: