.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, February 26, 2013

260213 - KISAH SEBATANG STRAW

Ikut mak dan apak ke Shah Alam.
Mak teringin kuetiaw daging sebagai makan malam.
Teruja sungguh hatinya berseri wajahnya bukan kepalang.
Dapat berjalan naik kereta dengan yang tersayang.

Sampai pesanan mak disuruh makan, ambillah masa.
Apak menjaganya yang bermacam-macam ragam dan gaya.
Minta nasi minta tembikai, diberi dikunyah beria-ia.
Seronok sesekali dapat makan dalam suasana berbeza.

Tiba giliran apak makan dia makin huru-hara.
Serabut resah nampak di wajahnya entahlah kenapa.
Tangan kecilnya sungguh-sungguh digapai dihulur beria.
Terfikir dia cuma minta air masak sahaja.

Mak beri minum melalui penyedut disekat jari.
Setiap butir air minuman ditelan dengan teliti.
Diuji dia minum terus dari penyedut tadi.
Air masak disedut penuh jaya dengan hati-hati.

Bersungguh-sungguh benar wajahnya menikmati dengan sepenuh hati.
Minuman selain susu ibu buat pertama kali.
Melalui penyedut pula tu - idea Tuhan bagi.
Mengah-mengah mak apak melayan leluconnya ketawa tadi.

Tahniah anak, atas pencapaian kamu hari ini.
Tandanya kamu ada curahkan daya usaha sendiri.
Ditambah dengan ilham yang datang dari Ilahi.
Bertambah lagi perkembangan dari hari ke hari.



No comments: