.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, February 22, 2013

220213 - TAHU TAPI BUAT TAK TAHU

kau tahu masalahnya.
kau nampak puncanya.
kau jelas duduk perkaranya.
tapi, kau tak nak betulkan.

sebab entah kenapalah kan...
mengadu lebih menyenangkan?
mengadu lebih menyelesakan perasaan?
atau sekadar minta kasihan?

kan susah jadi macam tu.
masalah masih juga di situ.
terconggok tertonggok menyusahkan membatu.
tak terselesai juga walau satu isu.

tetap menghambat merantai diri sendiri.
mana nak dibawa diri berlari.
masalah memasung berdirinya dua kaki.
beban tertanggung di bahu berhari-hari.

tanyalah diri sendiri.
semua jawapan dah ada.
tinggal kau mencari.
selami sendiri jiwa raga.


No comments: