.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, February 22, 2013

220213 - SUSAH VS SENANG

kau kata "senanglah..."
apa yang senang?
belum buat dah kata susah.
lepas tu beria-ia nak menang.

kau fikir orang senang tu senang ke dorang sebelum senang?
kau rasa aku ni senang sangat ke sebelum aku nampak macam senang?
kau jangan senang-senang kata senang saja semedang.
bila kau tak tahu pun apa susah, apa seksa lain orang.

memang kau boleh cakap, siapa suruh susahkan diri.
tapi dah fikir habis-habis sebelum cakap tu tadi?
kalau sekalipun orang susah cari jalan sendiri.
adakah mereka guna harta/diri kau walau seinci?

tak kan?
jadi, apa kau cuba menangkan?

bukan senang nak senang.
tapi bukannya susah nak tak senang.

kau fikir aku senang saja.
kau ingat taip tanpa tengok keyboard - tak makan tahun ke?
kau ingat mekap muka dalam 20 minit - tak makan masa ke?
kau ingat aku buat apa yang aku buat hari-hari - tak makan usaha ke?

jadi, jangan anggap aku senang.
seolah-olah senang aku menyusahkan kau pula siang malam.
aku pun taklah berminat nak tunjuk aku susah ke senang.
cuma minta kau faham & jangan pertikai macam-macam.

ha udah.
pergi main jejauh.


No comments: