.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, February 21, 2013

210213 - BESAR, BERAT = BAHAGIA?



"besarnya!"
besar?
memang besar.
namanya tanggungjawab.

"beratnya!"
berat?
memang berat.
dah tersurat.

"apa bawak beg besar-besar berat-berat ni?"
"baju hujan? kau pakai dah!"
dah tak terasa bila bawa hari-hari.
terbiasa,... nama pun memikul amanah.

kalau tak ada.
bukan aku namanya.
kalau kecil saiznya.
tak lengkap rasanya.

cukup lengkap segala keperluan.
untuk aku guna seharian.
di tempat mencari makan.
sambil tugas tekun diselesaikan.

bukannya aku dipaksa.
berat tak terasa.
sendiri pun rela.
sebab rasa bahagia.

bahagia mengenangkan dia.
dan saudara susuannya.
tak putus-putus rezekiNya.
aku teruskan juga.


No comments: