.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, February 21, 2013

210213 - AS SOBRU MINAL IMAN!



Sabar.
Banyak-banyak.
Sabar.
Banyak-banyak.

Dia cuma hendak kita berfikir.
Kalau laju, pasti tak sempat.
Kalau tiba-tiba jalan hadapan berpasir.
Atau haiwan tiba-tiba melintas melompat.

Sabar.
Banyak-banyak.
Sabar.
Jangan jelak.

Dia cuma hendak kita sedar.
Jangan diikut marah yang membakar.
Walau perit muka terpanah tercalar.
Hujan lebat kilat sambar-menyambar.

Sabar lagi kesekian kali.
Bilang 10 dalam hati.
Sabar dan sabar lagi.
Tambah 10 jari kaki.

Dia hendak kita belajar simpati.
Mungkin ada yang terkejut tadi.
Terganggu fikiran mata dan hati.
Terima berita perlu lekas kembali.

Dia hendak kita cuba empati.
Mungkin ada tak biasa lagi.
Memandu terpaksa lebih lagi hati-hati.
Tak nampak penunggang di tepi-tepi.

Dia hendak kita waspada sentiasa.
Praktikkan ilmu menunggang lebih teliti.
Jangan harap orang saja memberi.
Tapi pandai juga berbudi memberi.

Dia hendak kita jangan leka.
Fikir kemungkinan berlaku sebarang bahaya.
Bukan sampai jadi buruk sangka.
Dia cuma hendak selamatkan kita.

Jadi kerana itu hari hujan.
Kerana itu semua bergerak perlahan.
Ada ramai nyawa dan kepentingan.
Perlu lagi tinggi darjah kesabaran.

Assobruminal iman!


No comments: