.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, February 21, 2013

210213 - AKU YANG MALU

"dengan mengamalkan jus kacip perawan cap XYZ hubungan kami lebih erat..." *gambar tah ya tah tidak pasangan suami isteri yang dah halal menikah kemain birah lagi muka memasing jadi model produk*

ya ampun... apa kemaruk sangat orang kita nih?
kalau yang tak amalkan mende alah tu tak erat la hubungan suami isteri?
apa jadi dengan sunnah Rasulullah, takkan la yang bab menikah sampai 4 je orang dok amal?
kan ke Rasulullah ada tinggalkan cara-cara bermesra suami isteri & menjaga pernikahan sampai ke shurga sana?

aku malu.
orang aku tak tau malu.
orang aku dah hilang malu.
orang aku tak peduli malu.

aku malu.
orang aku menikah cuma nak itu.
yang tulus dan ikhlas dah tak seramai dulu.
yang segera berpisah bila hal kecik pun tak sebulu.

sebab ramai yang hilang akal hilang punca.
menikah hanya sebab nak cari glamour.
nak jadi bahan cemburu orang akan hebatnya mereka.
buat majlis maha gah berhari-hari lamanya.

sebab menikah pun gagal disepakati bersama.
bukannya nak sama-sama cari redhaNya.
bukannya nak sama-sama ke sana.
bukannya nak sama-sama tambah pahala.

ya Allah... satukanlah hati-hati kami dalam usaha mencari keredhaanMu, rahmatilah kami dalam pandangan kasih sayangMu dan jauhkanlah kami dari api nerakaMu, amiin!


No comments: