.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, February 21, 2013

210213 - AKU PESALAH CURIOSITY



bukan menentang, tak juga mengiya.
cuma tersedar terfikir mana logiknya.
juga tercari tertanya apa munasabahnya.
sambil cuba melihat gambaran luasnya.

salahkah, sedangkan aku sendiri tak meminta.
punya curiosity tinggi nan tahap dewa?
tambah-tambah paranoia sering saja menjelmakan muka.
bila disentak tersedar dari lena selesa?

apa dihina aku yang hambaNya.
cuma tercari jawapan sebalik segalanya.
salahkah aku bertanya, menanya, ditanya.
bila Dia yang gerakkan hati semua?

bukan aku senang semata-mata menyalahkanNya.
tapi prinsipnya - Dia yang Maha Kuasa.
Dia gerakkan hati-hati kita semua.
agar tak selesa menelan saja.

diturunkanNya Quran dan segala sunnah.
jadi bekalan pemimpin dan ummah.
supaya kita tak tersesat, punah-ranah.
bahagia dunia hingga sampai Jannah.

jadi, kawan - maaf aku bukan terasa.
juga enggan buat sesiapa tak selesa.
bukan itu niat aku dalam berusaha.
tak terfikir kan menyinggung sesiapa.

aku cuma salah seorang hambaNya.
mencari jawapan setiap persoalan di minda.
mencari yang selamat dalam pilihan tersedia.
mencari ketenangan bagi serabut di jiwa.

No comments: