.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, February 19, 2013

190213 - FLYING KISS


Dia setia menanti aku di muka pintu.
Wajahnya bercahaya buat rindu terlerai di qalbu.
Dalam kerinduan melanda dia memandang sedalam-dalamnya aku.
Tangan kiri diangkat dibuat gaya meraup wajahku.

Sambil dari jauh ciuman untukku ditiupkan bersama.
Mana oh sayang mana dapat idea itu.
Ingat lagikah flying kiss aku ajarkan dirinya?
Rasanya dah terlalu lama waktu itu berlaku.

Mungkinkah ilham itu kembali menjelma di fikirannya?
Atau sekadar refleks yang aku salah sangka?
Mungkinkah juga aku yang terlalu banyak tanya?
Sedangkan boleh saja aku terima semua selapang-lapangnya?


No comments: