.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, February 18, 2013

180213 - RINDU TERLERAI...


Saban petang menanti mak pulang.
Bawa rindu bawa cinta berbalang-balang.
Rindu di hatinya bukan kepalang.
Pulang mak disambut penuh girang.

Dituntut janji melepas rindu sehari.
Sambil matanya mendalami hati sanubari.
Tangan kecilnya setia mengusap pipi.
Sesekali mencakar mencubit rasa isi.

Seolah bertanya kehilangan mak sehari.
Kenapa menghilang kenapa perlu pergi.
Soalan bergema tanpa perlu berbunyi.
Cukup pandangan mata menjelaskan serba-serbi.

Cukup masa dia minta dimandikan.
Depan bilik air dia nantikan.
Mak siapkan letak segala kelengkapan.
Di pintu tangan kecilnya diketukkan.

Sesekali disuruh mengisi baldi.
Melekakan dia sementara digosok gigi.
Diam dia disabun disyampu sekali.
Mengisi baldi dan gayung teliti.

Lampin dipakai tadi dibilas dulu.
Dia pun melalukan air membantu.
Melihat mak membersihkan lampinnya itu.
Dia menggosoknya seperti mahu membantu.

Mengah mak ketawa dia kehairanan.
Tapi tahu dia tidak mengecewakan.
Dihulurkan lagi bantuan ikut kemampuan.
Lampin dibilas kini mak ketepikan.

Diajak bilas dia diam saja.
Leka bermain air seronok pula.
Kecut biru jari kecilnya semua.
Cepat-cepat mak bersihkan sabun bersisa.

Disuruh melambai tinggalkan bilik mandi.
Dia patuh dan melambai tangan kiri.
Dibalut badannya dikeringkan tangan kaki.
Kepala dikeringkan jangan selsema nanti.

Disiapkan sambil menonton rancangan disukai.
Iklan-iklan di Astro sangat digemari.
Terlompat terus duduk cuba berlari.
Elok disiapkan berbaring cuma sesekali.

Selesai disiapkan dituntut sekali lagi.
Rindu dendam masih banyak berbaki.
Mata yang bulat layu kini.
Dalam tekun dia lena bermimpi.

Sedar dari tidur petang seketika.
Dia bangun meminta diisi perutnya.
Roti dicebis disuap dikemamnya gembira.
Tak separuh dimintanya susu semula.

Selesai makan dia bermain ria.
Seronok sakan satu rumah disepahkannya.
Motornya dihidupkan bunyi hingar-bingar jadinya.
Sambil dia berjalan ke sini-sana.

Dia terkekek, terkejar-kejar sampai termengah-mengah.
Kakinya pantas saja mengatur langkah.
Walaupun kecil-kecil tapi cukup meriah.
Bunyi tapak kakinya penuh serumah.

Menuruti setiap langkah demi langkah.
Mak sibuk dengan kerja rumah.
Dalam sibuk mak sempat mengacah-acah.
Ke mana pergi ketawanya pecah.

Walau sesekali tergamam bila terjatuh.
Dia tetap bangkit melangkah kukuh.
Menyambung gelak ketawa yang riuh.
Kelam-kabut ragamnya berlagak kecoh.

No comments: