.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, February 15, 2013

150213 - MARI JADI ANAK YANG BAIK


Seburuk-buruk orang tua kau...
Buruk lagi diri kau.
Sebusuk-busuk mak bapak kau...
Busuk lagi diri kau.

Sembilan sepuluh bulan dikandung.
Seluruh kudrat memerah keringat.
Separuh nyawa digadai menanggung.
Sakit diharung melahirkan zuriat.

Sejak itu kau senang.
Berak dicebok, makan disuapkan.
Tidur didodoi, disusukan kenyang.
Kau lena mereka keletihan.

Kau panas mereka kipaskan.
Kau penat mereka urutkan.
Kau rimas mereka mandikan.
Kau sejuk mereka selimutkan.

Cukup masa kau disekolahkan.
Menuntut ilmu jadi bekalan.
Sakit pening lapar kehausan.
Tak sikit kau risaukan.

Menempuh badai berpanas berhujan.
Semangat membesarkan jadi sandaran.
Mahu terbaik kau rasakan.
Sakit pening tetap diteruskan.

Tiba masa kau dewasa.
Kenal kawan merata perginya.
Mula merasa hasil bekerja.
Seronok rasa nikmat dunia.

Kenal dengan entah siapa.
Terus lupa orang tuanya.
Tak kira dosa pahala.
Ke mana pasti berdua.

Mak bertanya kau melenting.
Cakap pun mula pusing-pusing.
Bapak peduli kau meradang.
Semua benda terasa dihalang.

Mulalah semua hendak diberi.
Sayang sangat dengan lelaki.
Mak bapak ditolak tepi.
Hilang semua jasa bakti.

Selagi boleh semua diserah.
Yang menerima lagilah serakah.
Duit, sedap, senang - segalanyalah.
Yang memberi rela ditarah!

Mak risau tak sudah-sudah.
Bapak pun tak diendah.
Jantan tak guna disembah-sembah.
Mengharap modal tak punah-ranah.

Satu hari kau tersungkur.
Dan-dan dia sama menggelupur.
Baru terhantuk dahi jendul.
Baru terbuka mata terjengul.

Jantan tak guna membisu.
Muka selamba diam membatu.
Bukan tak mahu membantu.
Katanya dia mana mampu.

Baliklah segera kau terhegeh-hegeh.
Mengadap mak bapak merintih.
Tak dapat minta pitih.
Saudara sedarah kau beralih.

Tercebik-cebik bibir dibentukkan.
Teresak-esak tangis dipamerkan.
Terngongoi-ngongoi suara dikuatkan.
Dengan harapan orang kasihan.

Dibantulah sekejap supaya terlepas.
Dari kesusahan dapat dibebas.
Walau sekejap dapatlah bernafas.
Dipesan jangan lagi culas.

Lepas beban dibantu orang.
Sikit pun tiada perubahan.
Jantan dibangga merata dicanang.
Harus bagaimana baru tersedarkan?

Sedarlah hidup cuma pinjaman.
Tak selamanya mereka dihidupkan.
Tiba masa mereka dipulangkan.
Hargailah sementara masih berkesempatan.

*besok makbapak dah tak ada, bila susah, pergi menangis di kubur sana, macam tu?

Mari jadi anak yang kalau sekalipun dah tersilap di masa lalu, mahu berubah jadi lebih baik selepas itu...*

No comments: