.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, February 13, 2013

130213


Dia duduk di pangku apaknya.
Aku tumpang peha kiri pula.
Perlahan-lahan dia jengukkan muka.
Tahu-tahu tangannya keras melepuk kepala.

Kalau nak kata cemburu rasa.
Dalam bilik diketuk aku selamba.
Tanpa salah remote jadi alatnya.
Sakit kepala geram timbul juga.

Beralih pula kepada si apaknya.
Berdiri depan tv dengan mainannya.
Diketuk si tv ditegah selembut-lembutnya.
Mainan hinggap berkali-kali mengetuknya pula.

Seronok mengetuk segala guna mainan.
Agaknya dah tak rasa keseronokan.
Atau sedap pula makpak diketukkan.
Mudah-mudahan kami kan sabar membentukkan.

 

No comments: