.: COUNTLESS THANKS TO :.

Saturday, February 9, 2013

090213

Pagi Sabtu memancarkan cahaya berpijaran
Dia enak berlingkar dalam pelukan
Aku hayati indahnya ciptaan Tuhan
Hangat kasihnya Dia permurah, permudahkan

Hari makin cerah penuh kehangatan
Buat aku teringat menjemur sidaian
Perlahan-lahan aku bangkit dari bermalas-malasan
Supaya dia tak terganggu kerehatan

Sebelum bingkas katil aku tinggalkan
Aku duduk seketika membuat perancangan
Supaya urusan lancar dek aturan
Bila tiba-tiba dia bergerak perlahan-lahan

Mata separuh terbuka terus tegak
Duduk pisat-pisat rambut serabut pacak-pacak
Badan tergoyang-goyang cuba dia stabilkan
Sambil memandang aku penuh soalan

Salam selamat sejahtera aku ucapkan
Digosok-gosok matanya sambil digeliatnya badan
Aku lemparkan padanya sebuah senyuman
Dia senyum kembali sebagai balasan

Dari duduk dia bingkas berdiri
Menyelak tirai dengan tangan kiri
Matanya terpejam terkejut silau mentari
Aku di birai masih menanti

Di telefon jari rancak menari
Merakam gambar siap edit sekali
Terasa diri tak dipedulikan barangkali
Tirai dimain terus dia berhenti

Memandang aku penuh rasa berharap
Tak lepas tangannya kini dilekap
Sambil menyebut "maaaak" senyum ditetap
Kemudian aku erat dia dakap...

Terima kasih Tuhan atas kurniaan
Moga hatinya Kau terus tetapkan
Menyayangi dan menerima penuh keikhlasan
Aku emaknya yang penuh kekurangan...

:')


No comments: