.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, February 5, 2013

050213

 jam sudah makin mendekati 7 pagi
dia makin sedap berlingkar di sisi
seolah-olah meminta aku untuk terus menemani
seperti mengharapkan aku tak meninggalkannya pergi

bangkit aku dari sebelah pembaringan
dia mula menangis tak tertahan-tahan
batuknya kembali menyerang berbunyi menyakitkan
ku tepuk belakangnya di pangkuan

tangisannya tiba-tiba jadi semakin meninggi
serta-merta batuknya pula menjadi-jadi
perut kecilnya terasa tercerut terluah isi
memuntahkan kahak bercampur susu diminumnya tadi

muntahlah anak, keluarkan segala yang tak baik
supaya cepat awak sihat dan semoga awak cerdik
sebab tak sakit lagi kekal awak ceria ya 'dik
moga ditabahkan Tuhan agar peribadi selalu molek

selesai dibersihkan isi perut yang termuntah
dia aku bawa ke depan dibaringkan lemah
ku pujuk ku rayu meminta supaya dia tabah
pergi ku tak lama, janganlah hatinya gundah

wajahnya mencebik tergaris kecewa sudah
mencuka sedih tahu usahanya hanya lelah
aku tetap tinggalkannya dalam penuh bersalah
berjanji kan pulang bila petang menjengah.

No comments: