.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, February 28, 2013

280213 - "ALAA..."

apaknya ada urusan di luar.
yang perlu disegerakan penyelesaiannya.
dia berdiri di pagar sambil mengucapkan "alaa...".
lepas apak pesan jaga mak, jaga rumah ya.

Tuesday, February 26, 2013

260213 - RINDU GILA

rindu.
menusuk qalbu.
fikiran rasa terganggu.
sentiasa teringatkan kamu.

rindunya.
menguasai minda.
kadang tak kuasa.
kadang beribu daya.

kamu.
iya, kamu.
rindukah pada ku?
sebagaimana aku rindu?

kamulah.
iya, kamulah.
memenuhi ruang helah.
buat aku lelah.

buat aku tersenyum.
kala rasa merudum.
buat aku tertawa.
hilang pedih kecewa.

walau macam gila.
senyum sendiri pula.
nafas berat dihela.
tunggu pulang tiba.

 

260213 - KISAH SEBATANG STRAW

Ikut mak dan apak ke Shah Alam.
Mak teringin kuetiaw daging sebagai makan malam.
Teruja sungguh hatinya berseri wajahnya bukan kepalang.
Dapat berjalan naik kereta dengan yang tersayang.

Sampai pesanan mak disuruh makan, ambillah masa.
Apak menjaganya yang bermacam-macam ragam dan gaya.
Minta nasi minta tembikai, diberi dikunyah beria-ia.
Seronok sesekali dapat makan dalam suasana berbeza.

Tiba giliran apak makan dia makin huru-hara.
Serabut resah nampak di wajahnya entahlah kenapa.
Tangan kecilnya sungguh-sungguh digapai dihulur beria.
Terfikir dia cuma minta air masak sahaja.

Mak beri minum melalui penyedut disekat jari.
Setiap butir air minuman ditelan dengan teliti.
Diuji dia minum terus dari penyedut tadi.
Air masak disedut penuh jaya dengan hati-hati.

Bersungguh-sungguh benar wajahnya menikmati dengan sepenuh hati.
Minuman selain susu ibu buat pertama kali.
Melalui penyedut pula tu - idea Tuhan bagi.
Mengah-mengah mak apak melayan leluconnya ketawa tadi.

Tahniah anak, atas pencapaian kamu hari ini.
Tandanya kamu ada curahkan daya usaha sendiri.
Ditambah dengan ilham yang datang dari Ilahi.
Bertambah lagi perkembangan dari hari ke hari.



Sunday, February 24, 2013

240213 - BUNGA API YANG TERLEPAS


Terdengar meriah bunga api berdentam-dentum,
Dia terlopong seperti cuak tapi kagum,
Mengharap aku atau apaknya membuka tingkap,
Tapi kedua-duanya pula sedang sibuk bersantap.

Tak lama menanti mak pun bangkit,
Membawanya ke jendela dibuka sedikit,
Tinggal asap cuma memenuhi langit,
Senyap-sunyi keadaan yang tadinya bingit.

Tersenyum dia sambil memanjat kerusi,
Pandangan matanya diluaskan, seperti tercari-cari.
Mana hilangnya si bunga api,
Meriah bunyinya sekejap tadi.

Terlopong-lopong bibir kecilnya menanti.
Kembalinya meriah bunga api.
Tapi hampa rasanya hati.
Tak lama rupanya jadi.

Rasa bersalah menerjah minda,
Terlambat pula dibuka tingkapnya,
Dibawa dirinya bermain semula,
Faham agaknya bukan rezekinya.

Tiba masa melelapkan mata,
Dia menuntut sampai terlena,
Hanyut dibawa alam mimpinya,
Bergema dari seberang sana.

Bunga api berdentum kembali,
Meriah bunyinya lama sekali,
Tak terjejas walau seinci,
Kasihan dia terlepas lagi.

*tapi dalam setengah jam selepas itu, ada pula dentuman bunga api sekali lagi. aku angkat dia dan buka tingkap. pisat-pisat matanya tengok, puas dia tahan mengantuk. habis pertunjukan, dia peluk aku, dan lena semula... kurang sikit rasa bersalah aku... huhuhu!* 

Saturday, February 23, 2013

230213 - KUASA TUHAN


Dia suka melihat hujan.
Hatinya gembira bagai tertawan.
Melihat hujan penuh kekaguman.
Bagai mengerti kuasa Tuhan.


230213 - RONTAAN PAGI

Bangun pagi meronta-ronta tak semena-mena,
Bersusah-payah menuruni katil beria-ia,
Tuju pintu ingatkan nak ke depan ke,
Ditujunya rak buku keluarkan entah apa.

Digeledah diselongkar sampai puas hati,
Buku yang ditarik, makciknya yang memberikan,
Dicapai juga pen warna kuning comel sekali,
Dikoyak muka surat dihadapnya bersungguhan.

Sungguh-sungguh membuat catatan,
Tak perasan kaki pun tercontengkan,
Tak apalah anak janji awak gembira kan?
Moga jadi si bijak pandai di masa hadapan.