.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, December 30, 2013

301213 - KENANGAN BALUT BUKU SEKOLAH

terbaca banyak status perihal ramai sedang membalut & melabel buku sekolah anak-anak.

membawa aku terkenangkan kisah dulu.

sebagai anak sulung, aku dipertanggungjawabkan untuk banyak tugas. antaranya membalut semua buku sekolah aku dan adik-adik.

mulanya biasalah - merungut, mengeluh, merengus, mengomplen, berdrama Melayu Tamil Cina semua ada aku buat [kes anak sulung perasan macam beban sedunia diletakkan ke bahunya la ni... pastu susah terima hakikat dia jadi anak sulung kekdahnya kakakaka...]

lama-kelamaan tiap kali hujung tahun mendatang, aku redha dan redah saja melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tu. sebab aku faham - kalau bukan aku, siapa lagi nak buat?

abah buat dua tiga kerja nak tampung perbelanjaan keluarga. mak pun kerja di pejabat, baliknya perlu memasak untuk keluarga [terutamanya untuk anak sulungnya yang paling banyak makan - tengok tank saja sudah tau maaah...], urus adik-adik lagi, basuh baju-kemas rumah-periksa kerja sekolah anak-anak lagi...

jadi abah sekadar mengajar cara-cara membalut buku dengan kemas. setiap lipatan balutan tu, mana nak digunting, mana perlu dilekatkan, sudut mana lekatannya patut dibuat dsb, yang pada mulanya aku rasakan, amat menyeksakan jiwa raga aku yang memberontak, sebab "ah renyahnyaaaaa... hais... balut buku je kot... macam sains roket la pulaaaaa..."

lepas abah demo satu buku, aku kena habiskan yang selebihnya. sebab banyak masa lagi dihabiskan dengan mengeluh, maka projek tu mengambil masa berhari juga nak dihabiskan mulanya.

tapi, bila dah faham tekniknya, seninya, susun atur kerjanya, aku tahu susun masa aku sendiri. beberapa hari pertama, buku-buku hanya dibalut - setiap sudut plastik aku tekan dengan kuku dan kemudiannya aku tindih dengan objek berat, letakkan setempat.

selesai semua dibalut, aku trim pula apa yang patut, lipat mana yang perlu. sekali lagi aku tekan dengan kuku semua lipatan.

habis proses tu, aku lekatkan setiap pertemuan lipatan, dengan pita lekat, dengan memastikan pita tak terkena pada kulit buku.

proses renyah lagi cerewet ini, membuatkan balutan buku aku alhamdulillah bertahan sehingga saat buku-buku tu dipulangkan semula kepada pengawas Skim Pinjaman Buku Teks sekolah.

dan ternyata, skill ini adalah antara yang paling aku hargai sehingga kini. insyaAllah, Nazrin dan adik-adiknya akan aku ajarkan juga skill ini, sebagaimana abah & mak mengajarkannya kepada aku.

*bittersweet memories*
 
 
 

Tuesday, July 16, 2013

SUSU IBU CAIR? NAK PEKATKAN?

Isu pekat/cair susu ibu. sering dikaitkan dengan anak tak kenyang, anak meragam, anak tak naik berat, anak tak aktif, anak sering sakit dan sering pula dibandingkan dengan susu buatan manusia.

Yang tak faham konsep penyusuan susu ibu [PSI], dilanda pula masalah anak tengah meragam hingga menjejaskan kesihatan dan kenaikan berat anak, didatangi pula satu lagi pihak yang juga tak faham konsep PSI, menyogok produk itu-ini bahawa "boleh memekatkan susu ibu supaya anak kenyang, senang naik berat, bertambah-tambah aktif, sihat walafiat dan boleh membuatkan susu ibu rasa lebih sedap hinggakan bayi akan suka gila tahap dewa lepas tu, berbanding dengan ibu-ibu yang tak makan/minum/pakai produk itu-ini" mereka tu.

Susu ibu ni, dah dikira siap-siap formulasinya oleh Tuhan. Dia lagi tahu apa khasiat yang terkandung, untuk apa dan banyak mana ikut keperluan anak. tak berlebih, tak berkurang. Semua tu ada hikmahnya, yang mana tak mampu dicapai oleh akal fikiran manusia, sebab nama pun kita manusia kan?

Memandangkan setiap kejadian yang Allah ciptakan tu ada kelebihan masing-masing, susu ibu yang nampak cair dan pekat tu, ada la fungsi meke masing-masing, kan?

Lepas tu, PSI ni, macam roller-coaster kehidupan. ada naik, ada statik, ada turun, ada mencanak-canak naik, ada tiba-tiba menjunam jatuh. Jalan cerita novel yang kadang-kadang tak berpijak di bumi nyata tu pun ada turun-naik kan?

Jadi, kenapa susah hati bila anak meragam tiap kali disusukan, dan terus menyalahkan susu ibu sebagai punca? Kenapa tak cari punca anak meragam dan menolak untuk disusukan?

Anak tu, manusia. ada emosi, perasaan, fikirannya sendiri. Cubalah cari punca, kot dia meragam pasal sakit dalam telinga ke, atau sakit tekak susah nak menelan ke, ada ulser pada lidah ke, nak demam ke, nak tumbuh gigi ke - cari satu-satu punca. Macam kitalah yang dewasa ni, kalau kita tak sihat, kita cari punca kenapa kita tak sihat kan?

Tapi aku tak tahulah kalau orang lebih senang cari produk itu-ini bila rasa tak sihat sedangkan jawapannya boleh dicari dalam diri sendiri aje. Bukannya terus keluarkan sedebuk duit beli produk itu-ini kan. Aku tak mampu. Gaji tak besar mana. Belajar takat PMR. Apa boleh buat.

*mode jelak tengok orang pertikai susu ciptaan Tuhan*

Monday, July 15, 2013

150713 - KISAH SEBUNGKUS ROTI

Dipanjatnya meja, diambilnya roti.
Segera dia mengundur berhati-hati.
Kerusi dipijak untuk menuruni.
Sambil erat digenggamnya roti.

Dibawa kepada perhatian maknya.
Minta ikatannya dilonggarkan segera.
Tekun memerhati roti dipinta.
Dapat secebis teruja hatinya.

Sambil makan sambil mengerjakan.
Plastik roti sengaja ditonggengkan.
Mujur cepat ambil tindakan.
Tidaklah roti habis bertaburan.

Roti secebis tak memuaskan.
Sekeping besar cuba dihadapkan.
Sudahnya jadi bahan mainan.
Ke lantai akhirnya dilemparkan

Cukup geram dengan perbuatannya.
Plastik roti diikat semula
Diminta menghantarnya ke meja.
Dia menurut tanpa kata-kata.

"Pandai,..." pujian tulus diterimanya.
Dia memandang penuh makna.
Berat sudah ketara matanya.
Tanda lena hampir menjelma.

Dari jauh tangan kudepa.
Biar dia lari menerpa.
Segera dipulangkan pelukan seikhlasnya.
Erat dakapannya melingkari raga.

 


KOLOSTRUM

Kolostrum [English : colostrum]

Susu awal untuk bayi mamalia.

Kalau manusia, susu dalam peringkat ini, tak rupa macam susu biasa yang dilihat, sebaliknya lebih kepada cecair likat pekat berwarna coklat yang sering disalah anggap sebagai nanah atau benda kotor dan sering dibuang, pada masa kurangnya pendedahan tentang penyusuan susu ibu dulu-dulu.

Kolostrum yang sedikit ini merupakan makanan yang paling sesuai, lengkap dan CUKUP untuk bayi baru lahir. rendah kandungan lemak, tinggi karbohidrat, protein dan antibodi untuk memastikan bayi sihat.

Kolostrum sangat mudah dihadam dan diserap oleh sistem usus anak yang masih terlalu muda untuk memproses makanan lain, akan membuatkan anak mudah membuang air besar, sekaligus menggalakkan penyingkiran bilirubin berlebihan dan membantu mengelakkan anak mengalami jaundis.

Memang jumlahnya sedikit [boleh dipicit dengan tangan, menggunakan sudu teh plastik sebagai bekasnya dan terus disuapkan kepada anak], tapi super-packed dengan pelbagai khasiat yang diperlukan untuk bayi. sesuailah dengan ukuran perut bayi yang masa tu sebesar guli kecil saja [muatannya cuma 5-7ml sahaja pada hari pertama dan beransur berkembang jadi 0.75ml-1oz pada hari ketiga].

Kolostrum biasanya terhasil pada peringkat trimester terakhir kehamilan tapi mak-mak tak perlu risau kalau tak simpan susu itu - kolostrum baru akan terhasil sebaik sahaja anak dalam kandungan dilahirkan.

Lepas tu, kita ada kolostrum dari lembu pula.

Memandangkan kita maklum bahawa kolostrum terhasil sebaik saja bayi dilahirkan, keadaan yang sama juga berlaku bila lembu beranak, kan?

Kita juga biasa ditemukan dengan produk-produk yang ada kolostrum.

Sekaligus membuatkan aku terfikir, kalau dah susu awal untuk anak lembu kita yang dapat melalui pelbagai produk, takkah macam,... kejamnya kita ni?  Walaupun aku ragu-ragulah banyak mana sangatlah jumlah kolostrum yang dapat dikumpulkan untuk dicampur dalam barangan digunakan manusia kan, tapi konsepnya masih,... agak kejamlah pada aku. Sebab susu awal ni untuk bayi lembu.  Kita pulak guna... Padahal banyak lagi benda lain boleh ditelan kan?

@_@


SUAP MAKAN = MAKAN SUAP?

Aku share satu status dari sorang kawan. Pedas? Menyengat? Terbako hati sape yang tahu?


Ini hakikat. Yang perlu ramai telan hanya kerana mereka dianggap masih terlalu muda dan tak tahu apa-apa tentang penjagaan anak, seolah-olah yang menganggap ni, lahir-lahir saja terus tahu semuanya A hingga Z pasal penjagaan anak dari bayi hingga dewasa, yang sampai tak boleh nak hormat pendirian yang muda dalam hal menjaga sendiri anak-anak mereka.


Jadilah orang dewasa yang bijak. Masuk campur hanya bila perlu. Biarkan saja orang uruskan hal rumahtangga dan penjagaan anak-anak mereka sendiri, selagi tak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak terutamanya pada si bayi yang masih kecil. 


Ini status kawan aku. Aku kopipes dari dia yang memetik seorang lagi kawan berkata-kata. 


Ini bukan nak mengajar mak-mak jadi laser sampai tak peduli nak hormat orang. Tapi untuk buat kita beringat - "itu anak orang. bukan anak aku. jangan aku mandai-mandai suap macam-macam. sebab itu BUKAN anak aku yang aku kena jaga kalau sakit atau terjejas dek makanan yang aku suapkan sesuka hati perut aku."


"Perihal ada tangan-tangan yang sukaaaa menyuap anak-anak kita yang bukan-bukan?

"Suka dia makan. Akak suap la tengok dia makan laju."
"Sikit je akak suap kuih koci tu."
"Aku bagi anak kau makan telur masak kicap Senah. Makanan yang kau buat tu tawar, semua takde rasa."


Meh sini nak bagitau the ultimate answer.


"Bayi kau sumbat taik semangkuk pun abis".  

Jangan marah ah ;)

   

150713 - WHATSAPP DARI DAKCUK

"B ntusyetafsfdgadszzaaciu9 :'( :'( '-_- :'( :( "

Nazrin WhatsApp aku tadi.

Aku rasa, inilah maksudnya...

"Mak, kenapa tinggalkan saya pagi-pagi tadi... Sedih tau. Nanges sambil peluk mak kuat-kuat pon mak pergi jugak..."

Aku rasalah, itu maksud dan niat di hatinya. Menilai daripada riak wajahnya tadi pagi dalam bertangisan dan tak mahu lepaskan pelukan kecilnya yang melingkari susuk aku. Walaupun masa aku nak pergi dia melambai bagai nak rak...

Hailah sayang. kalau mak mampu, mak pun tak mahu, tahu?

Kamu anak yang baik, bijak, memahami dan sangat-sangat mengasihi... Tentu kamu jauh lebih mengerti apa dalam hati mak ni...

*homesick already*




Friday, July 12, 2013

120713 - LOMPAT DAKCUK LOMPAT!

*panjat badan apaknya dengan susah-payah dan berhati-hati dari posisi memanjat beralih ke posisi berdiri dengan mengampu keseimbangan badan dengan tangan apaknya*

"Eee,... ack!" *melompat ke tilam, melantun-lantun sambil tergolek dan tergelak-gelak geli hati sendiri*

Apak : saya rasa, dia dah nak biasakan diri dengan melompat la awak.

Mak : oh mai goat.

Dan dia mengulangi perbuatannya berulang-ulang kali hingga penat.

GENTLEMAN ON A BIKE

 
Kisahnya aku teringin makan ayam goreng Uncle Bob. Ala, yang kat pasar-pasar malam atau kat gerai francaisnya tu, yang dada ayam disalut tepung dan perisa tu,... goreng garing dan diperisakan lalu digunting-gunting dan dimasukkan ke dalam beg kertas coklat, dicucuk dengan lidi tebal tu...
 
Jadi aku ke pasar Ramadhan di kawasan Bazaria Pantai. Tapak pasar malam hari Rabu dan Sabtu tu [tempat tu ada beberapa tapak pasar Ramadhan berasingan sebab tapak asal pasar Ramadhan yang sebelum ni di padang depan PPR tu, dah dijadikan tempat letak kereta *duh*]
 
Tak ada tempat nak parking motor. Bukan main payah nak dapatnya.  Ternampak ada dua orang perempuan nak keluar dari tempat mereka letakkan motor. Jadi aku tunggulah.

Dah elok-elok park, aku ke pasar Ramadhan tu. Beli cukup sekadarnya saja.  Kebetulan Encik S pun suruh aku rehat, tak payah masak. Dia teringin nasi ayam dan taufufa gula merah. Aku pula ayam goreng tak sihat tu tapi aku teringin jugak hahaha!!!

Selesai beli apa yang perlu, aku balik ke motor. 

Alhamdulillah masih ada lelaki yang gentleman. Naik motor klasik lagi tu - *alejek.

Dah nak masuk tapak kosong sebelah aku sempat dia tanya dulu, "Nak keluar ke?" Bila aku angguk, dia menunggu saja tak masuk ke tapak kosong tu.

"Err, masuklah cik!"

Dia menggeleng saja tanda memberikan aku peluang. Sanggup tunggu aku terkial-kial mengemas barang di motor. Tersenyum saja bila aku kata "saya lambat lagi ni! ", sambil dia membuat gaya 'tak apa, ambillah masa' kepada aku. Siap undurkan dulu motornya supaya mudah aku keluar dari parkir. Dalam pada sesak-barat jalan raya di kawasan bazar Ramadan di Bazaria Pantai.

Selesai urusan keluarkan motor, aku toleh ke arahnya sambil ucapkan terima kasih. Dia senyum dan menganggukkan kepalanya.

Semoga ramai lagi lelaki seprihatin ini kepada tak kira siapa pun. Pasti Malaysia kan jadi lebih baik sebab orang-orangnya peduli untuk ambil berat tentang orang sekeliling.

*alejek = Yamaha RXZ.
 
 

Friday, June 7, 2013

KALAU AKU, AKU MEMANG TAK MENGAKU

Salam wbt.

Lama aku menyepi. Cara ada, akses ada, kebolehan ada tapi kerajinan saja selalu menghilang.

Ya - memang aku salahkan Encik Rajin je selalu M.I.A. Bukan aku yang malas - dia saja yang tak nak muncul.

Okey. Balik kepada isu yang membuatkan aku betul-betul, teruja, terangsang, terusik dan teramat perlu gagahkan saja diri untuk menulis.

Isinya sama macam tajuknya. Kalau aku, aku memang tak mengaku.

Hehehe.

Ada banyak aku jumpa tulisan di Internet, betapa ramainya yang mahu menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan mereka. Baguslah ya tak, sebab, kita perlu juga berkebolehan menulis dan bertutur dalam bahasa antarabangsa tu. Demi kemajuan diri,... supaya tak ketinggalan dan macam-macamlah sebab, kan.

Cumanya,... kalau akulah kan, aku lebih senang menulis dalam bahasa yang biasa aku gunakan, i.e. Bahasa Melayu. Kenapa? Sebab aku orang Melayu. Dari dalam perut lagi dah diprogramkan sebagai seorang Melayu. Keluar-keluar terus disambut dengan kata-kata dalam Bahasa Melayu. Jadi apa aku nak malu berbahasa Melayu, kan?

Bukanlah aku bersikap, sangat patriotik bila tiba bab bahasa. Cumanya,... kadang-kadang tak dapat dinafikan dalam hati aku sangat banyak rasa terkilannya, kerana ramai yang bangga berbahasa Inggeris tanpa sedar apa yang mereka tuliskan dan menjadi bacaan ramai orang tu, banyak kurang, silap dan salahnya.

Ada yang gah menyatakan mereka belajar sampai peringkat mana, kerja apa dsb. Lantas membuatkan orang terasa sedikit rendah diri barangkali tatkala membaca hasil tulisan mereka walaupun tulisan mereka cuma bersifat picisan sahaja.

Padahalnya kalau diperhatikan semula, Bahasa Melayunya sendiri pun, banyak yang perlu diperbaiki.

Jadi kenapa perlu bersusah-payah menulis dalam bahasa asing bila bahasa ibunda sendiri pun tak mampu dikuasai dengan cemerlang, gemilang, terbilang? [disclaimer : aku suka perkataan berima tu saja. tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, atau bab-bab sensitif yang lain]

Ada pernah aku terjumpa blogger yang menulis dalam bahasa pasar saja. Menarik juga, sebab pendekatan tu buat orang tak rasa rimas membaca, sebab bacaan hiburan sahaja kan. Tambahan pula pegawai di DBP yang pernah berceramah di tempat kerja aku sendiri pun ada kata, "Itu gaya pertuturan seharian. Mana mungkin kita boleh berbahasa dengan penuh rasmi dan baku dalam urusan sehari-harian?"

Okay - that actually makes sense... [walaupun selalunya rasa berbuluuuuuu je kalau tengok cerita Melayu - kalau watak kaya sikit pun terus tak reti cakap Bahasa Melayu... cettt...]

Macam aku sendiri, aku pegang pesanan Mak.

"Nak berbahasa Melayu, jangan campur dengan Bahasa Inggeris. Nak berbahasa Inggeris, jangan campur dengan Bahasa Melayu..."

Campur pula dengan prinsip ramai orang yang pakar dalam Bahasa Melayu, yang banyak menasihatkan aku secara tak langsung.

"Nak campur Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, buatlah dengan betul. Jangan kata "Come sayang kita main ball!" kepada anak sebaliknya katalah "Mari sayang, let's play ball, nak tak?" supaya anak tak cakap dalam Bahasa Melayu rosak sebab dah dirojakkan dengan Bahasa Inggeris"

Sesekali aku terlajak. Ya, aku tak nafikan. Dah nama pun aku manusia biasa je. Sesekali terpoyo tu tak dapat dielakkan.

Juga seboleh-bolehnya aku akan elakkan terjemahan secara terus dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya.

Instead of saying "Since I was a little kid I have always been dreaming to become an excellent person, doing excellent things" I'd use "Since young I've been aiming to be excellent in whatever I do".

Mudah, senang, tak spesifik sangat sampai makan diri, tak pening orang nak baca,... dsb lah kan.

Tapi, hakikatnya sekarang ramai yang akan buat terjemahan terus tu. Aku tak salahkan mereka - English is not our forte since it's not our mother tongue but hey - tidakkah kita boleh memeriksa berkali-kali ayat kita dengan orang yang lebih arif, supaya kita tak jadi bahan ketawa orang, hanya kerana kita terlalu yakin dengan pemilihan kata-kata kita dalam pada nak menunjukkan kepada orang betapa tingginya tahap pendidikan kita?

Atas sebab ini jugalah kan, kalau aku berpelajaran tinggi dan mengkhusus dalam bidang bahasa pun - memang aku takkan mengaku.

Sebab tahu, betapa tingginya ekspektasi [ha amik kau] orang terhadap aku nanti, bila orang tahu tentang pengkhususan aku kan.

Lagipun, eloklah kita bersembunyi sesekali. Bukannya suruh merendah diri sampai rasa hilang terus harga diri. Bukan juga cuba lari dari realiti. Cuma belajar merendah hati dalam melalui kehidupan fana ini.

Terima kasih atas kesudian membaca rapikan aku ini.



Monday, June 3, 2013

030613 - TEBOWWWW...


Remote Astro tekun dipicit-picitnya.
Remote TVdilupa pula.
Remote Astro mak minta.
Sambil TV dihidupkan segera.

Remote Astro dia serahkan.
Sambil mata penuh harapan.
Supaya dapat TV ditontonkan.
Sambil pandang mak kehairanan.

Terangkat-angkat pipi penuh mak.
Minta ciuman sedikit sebanyak.
Dia menerkam penuh lasak.
"Tebowwww..." ciumannya sedikit diasak.

Entahlah apa maksudnya tadi.
Senyumannya membulatkan kedua-dua pipi.
Kembali dia menghadap TV.
Takjubnya bagaikan menonton sesekali.

Hailah sayang belahan jiwa.
Terima kasih walau seketika.
Ciuman pipi amatlah bermakna.
Selamanya terpahat dalam minda.



Saturday, June 1, 2013

010613 - SAAT NAN INDAH


Tatkala disuap nasi.
Mulut kecilnya berbunyi.

"Hauumm!!!" senyum memerkah.
Nasi beria-ia dimamah.

Sambil bermain, menjelajah.
Habis, datang bertambah.

Ceria sungguh wajah.
Saat-saat nan indah.

Letih terubat sudah.
Lena meredakan lelah.


Wednesday, April 3, 2013

BESAR. RENDANG. LEBAR.

Besar bukan sebarang besar
Besar aku banyak hikmahNya
Lebar bukan sebarang lebar
Lebar aku banyak kelebihanNya

Biar ditertawa dihina dicerca
Rendang aku banyak istimewaNya
Tak berkesan risalah durjana
Dia berikan infiniti rahmatNya

Biar besar, rendang, lebar
Datang siapapun tak gentar
Pergerakanku pantas tak terkejar
Otak cerdas ligat berputar

Mungkin besar, rendang, lebar
Lembab tak pernah berkisar
Langkah tak mengheret selipar
Bermacam bahaya selalu menghindar.

Tak peduli apapun pandangan
Dari mana-mana lain insan
Yang sama Dia ciptakan
Tersendiri kelebihan dan kekurangan

Sedarlah insan penuh kekurangan
Sedarlah manusia akan batasan
Bukan penilaian kamu dipentingkan
Dia lebih beratkan amalan

Apa susahnya mata melihat
Apa rumitnya dijadikan akibat
Tanpa sebab sengaja kesumat
Kau timbulkan hai musibat?

Adakah aku satu ancaman
Nampak aku kau kecam-kecamkan
Puas aku kau bahan-bahankan
Berlimpah-ruah kekayaankah aku dihinakan?

Sedarlah wahai sesama insan
Tak guna kau teruskan
Aku tetap tak terganjakkan
Fahamilah betapa sia-sianya kebodohan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

WHY SO,... VAIN?

Kadang aku mushkil bila orang terlalu, vain. Apa saja yang orang keliling kata dia terlalu mengambil pusing dan menganggap bahawa semuanya berkisarkan tentang dia. 

Kadar keseriusan kes vain ni macam membimbangkan juga sebab aku tengok ia melibatkan banyak orang dari pelbagai latar belakang pendidikan [selama ni aku ingatkan orang yang belajar tinggi-tinggi ni otak meke lain sikit, dah open-minded & taklah ambil serius sangat benda remeh-remeh pun] waima yang belajar tinggi pun vain juga... 

Hati bak kaca. Semedang perlu dijaga. With extra care pulak tu. Pantang berbunyi keras sikit kata-kata orang, terus dikecamnya dengan kata-kata "kasar sangat pun kenapa?"

Oh... 

Kadar kemudah-sentapan yang sangat tinggi nih... Kalah mak-mak yang melahirkan kita ek, mudah nau kecik atinya bila orang terkeras sikit dalam berkata-kata?

C'mon man, you can't be that seriously freaking, serious.

Why so, vainly butthurt, dude?


Monday, April 1, 2013

BERTEMPATLAH...

Pernah aku ternampak orang post gambar anak mereka di FB, usia 3-5 tahun, dalam keadaan cuma berseluar dalam saja, tak berbaju, kadang-kadang bogel telanjang bulat saja sebenarnya dan mandi kolam/dalam bilik air tapi tak ada sesiapa pun yang cakap "hei tak malunya awak!"... 

Kalau ada pun, paling hebatlah, "maknya ni pun pakaikan le budak ni baju..."

Pernah pulak ada yang upload gambar anak pakai cloth diapers/disposable diapers tak berbaju juga.

Sekali ada la pulak yang tanya, "apasal tak pakai baju? hiii tak malu..."

Baby kot. Bawah usia 2 tahun. Tak pakai baju pun tak tau malu?

Tapi budak 3-5 tahun bergambar dengan seluar dalam saja, boleh? Tak mengundang pedophile lah?

Nak aje aku tanya yang bertanya, "tak reti bertempatkah, takkan budak bawah 2 tahun tak berbaju setakat berlampin saja pun dijadikan isu malu dengan tidak, padahal yang dewasa dah tua bangka pun berbaju tapi bogel nampak *cetat cetet cetot, tak apa?"

Lagipun, facebook aku aku dah set privacy. Hanya orang tertentu saja boleh tengok. Jadi kalau gambar tu terlepas juga ke serata Internet, nampak sangatlah orang tertentu ni saja yang punya kerja sebarkan, kan?

Tapi kang ada pulak yang bijak, betah balik, katanya "apasal nak babitkan orang lain pulak, saya tanya bab gambar ni saja, jangan marah ya, **pisnowor!"

Baik sangat kau punya alasan eh?

Sudah-sudahlah berdusta!

*cetat cetet cetot : segala celah yang boleh terlihat sebab ketat atau jarangnya pakaian seorang wanita dewasa yang patutnya lebih daripada arif akan garis panduan berpakaian dalam Islam tapi masih tak buat sebab katanya "seru belum sampai, tak nak la tutup aurat tapi tak ikhlas, nanti tak sepenuh hati"

**pisnowor : peace no war. antara istilah yang paling menyakitkan mata membaca sebab ramai orang salah guna. dah meroyan tetiba hujung ayat katanya peace no war konon.

Sunday, March 31, 2013

GREAT MOVE, REALLY *SARCASM KICKED IN*

We only met by chance, which would be like,... 2-3 times a year. We're not that close but we inevitably, not by choice, know each other. Both of us have no importance towards each other, too, but as a gesture of respect and sportsmanship, i'd extend my hand, asking for your latest updates, just for the sake of saying hi.

And you asked me if i'm expecting number 2.

Great move, fat S.

I was just amazed that you managed to carry your own big, heavily-pregnant-but-not-actually-pregnant-'cause-you've-always-been-that-big-but-nobody-actually-cares figure to the event.

That's a great, self-motivating move, i guess.

Good to know it's doing you good, but it's just not for me.

I won't ask if someone i am close to if she's expecting, let alone the ones i rarely meet.

But you?

Some class you've got there huh?
 
Ironically.
 
 

"FIRST TIME JADI MAK" - RELEVANKAH?

Ramai yang aku jumpa/terbaca komen atau posts di Facebook yang akan memberikan jawapan ni setiap kali ditanya kembali, kenapa benda remeh pun ditanya di FB sedangkan maklumat banyak boleh dijumpai di serata ceruk celah bedah Internet.

Jawapan ini cukup cliche terutamanya bila tiba bab PSI. 

Relevan lagikah jawapan ini, atau aku saja yang nampak ini adalah jawapan selamat bagi mempertahankan diri sendiri yang tak berusaha memanfaatkan penggunaan Internet dalam mencari jawapan segala kemusykilan di hati sebab life mereka sibuk.

Hehehehe. Mereka je la sibuk ya?

Maaf, aku tak dapat menerima jawapan di atas sebagai satu jawapan, sebaliknya aku nampak cuma alasan saja.

Kalau gitu, tak pernah menikah pun, tapi tahu saja bab kahwin, tak ada pula alasan "first time jadi isteri orang" kan?

Tak tau la kot aku saja yang tak pernah perasan ada je orang yang suka jawab gitu pulak, bila tiba bab nikah kahwin [nikah dulu, baru boleh kahwin, kan? *wink wink*]

Ngadap FB semedang boleh saja. Tapi bab cari ilmu di hujung jari, tak mahu pula, sedangkan Google saja pun boleh. Taip je apa pun, insyaAllah muncul le jawapannya.

Jadi maaf, aku memang tak boleh nak terima andai ada yang berselindungkan jawapan tu sebagai cara menghalalkan apa saja yang mereka buat.

Even though talk is cheap, sorry - I ain't buying that BS. 

Nak seribu daya. Tak nak? Satu 'dahlah' pun dah cukup, kan?

Hehehehe.

Nabi dah pesan, "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China"

Bukannya kena pergi China pun sekarang ni kan, duduk saja mengadap Internet dan taip saja apa kata kunci. Bukan tak pernah aku taip "kenapa bayi saya menangis" kat search Google tu.

Jadi, marilah kita berubah ke arah lebih baik. Manfaatkan Internet ke tahap yang lebih baik juga, bukan sekadar bersosial di FB saja, atau mencari video di Youtube sebab tak berapa nak keluarkan duit beli DVD untuk tengok di rumah saja dengan famili...

Jangan mare aaah.


KAEDAH MELAHIRKAN PUNCA SUSU IBU TAK ADA?

Soalan :- 

Adakah cara melahirkan anak, membuatkan susu ibu tak boleh dikeluarkan? Terutama yang bersalin cara pembedahan, bolehkah menyusukan anak? Sebab pernah jumpa orang yang bersalin cara caesarian, tak keluar pula susunya? 

 Jawapan :- 

Melahirkan secara pembedahan, walaupun boleh menjejaskan penyusuan susu ibu pada peringkat awal selepas kelahiran, tapi tidaklah sampai menjadi punca susu tak keluar langsung. 

Sebaliknya, faktor-faktor seperti di bawah yang boleh menjadikan susu tak keluar :) 

1. Tak set mindset. 

Bila tak set mindset, keazaman jadi sangat lemah. nak tapi tak sanggup. Sebab nak saja, tanpa sanggup, susah benda nak jadi kan? 

2. Tak ada ilmu PSI. 

Padahal semuanya di hujung jari kita sekarang, ada banyak ilmu PSI di internet. antara website yang boleh dimanfaatkan adalah seperti www.babycenter.com atau www.kellymom.com 

3. Tak yakin dengan diri sendiri boleh susukan anak. 

Sebab tengok iklan susu tiruan macam best je. Dan terdetik ideologi seperti "benda halal juga... lagipun barang tu kalau tak elok untuk kesihatan, takkan la gomen bagi jual untuk bagi kat baby minum kan?" memang halal, tapi, cuba cari pro dan kontra susu tiruan, kesannya kepada kesihatan jangka panjang anak, dsb. 

4. Membenarkan orang lain mempengaruhi minda &niat kita [sebab tu penting nombor 2 dalam membantu nombor 1, sebab ilmu kan suluh hidup?] 

Antara cara yang boleh membantu kita melawan dengan cara yang tak kasar sangat kat orang-orang yang suka sangat menjatuhkan usaha kita ni [paling dekat dengan kita adalah family sendiri ataupun family suami] adalah, sentiasa bagitahu suami yang kita nak susukan anak dengan susu kita sendiri, minta sokongan dia supaya setiap kali family suh bagi susu tiruan suami boleh tarbiyah meke mana yang patut ke kan. 

5. Tak establish penyusuan dengan skin to skin sebaik sahaja baby dilahirkan dan tak usaha langsung buat lepas tu bila dapat baby [cam ada kes baby segera diasingkan daripada ibu sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan] 

Terutama bagi kes yang anak jaundice [asyik tidur saja] atau yang dalam NICU, ibu perlu rajin-rajin rangsang susu. jangan jadikan alasan tak memerah susu langsung. 

Jadi kesimpulannya : 

Cara melahirkan, keturunan, bentuk puting - BUKAN punca susu tak keluar.  Penyusuan susu ibu adalah 90% mindset, 10% saja teknikal.

Kalau gitu, cemane perempuan yang tak melahirkan dan mengambil anak angkat yang mereka susukan, boleh ada susu pula? 

Moh kita pikior kejap. 

Ada juga kes orang tak boleh menyusukan sebab kecederaan parah kepada kelenjar susunya tapi kes macam ni, rasanya macam, 1 dalam berjuta kot. 

Maka, yakinlah kepada diri anda ya. kalau Tuhan buat kita survive proses mengandung dan melahirkan [padahal kalau bersalin tak normal pun, ingat nyawa takleh melayang ke meh?], takkan la Dia tak siapkan bekalan untuk anak kita? renung balik kisah Maryam ibu Nabi Isa a.s. keseorangan di gurun, bawah pokok kurma je, lahirkan anak sorang-sorang... cuba renung balik... kita pulak bersalin, sepasukan orang nolong kita... dari proses sebelum melahirkan, semasa melahirkan, selepas melahirkan, kita rileks saja... tak ke untung banyak dah kita... 

Anak kita, tanggungjawab kita, masa depan kita. Mari, sama-sama kita usaha :)


Saturday, March 30, 2013

300313 - MIGRAIN

Mak diserang migrain menggila.
Cik Anis mengurutkan kepala.
Keluar segala angin berdua.
Datang dia dilanda curiga.

Merengek seolah memberitahu rasa.
Risau, bimbang semua ada.
Kepala mak dipeluknya segera.
Mengharapkan urutan dihentikan serta-merta.

"Sayang, mak sakit kepala.
Cik Anis urutkan ya.
Sekejap saja biar lega.
Main ya kat sana"

Seketika dia yakin pula.
Dilepaskan kepala dari dakapannya.
Mungkin jelas pada fahamannya.
Diurut untuk lega, selesa.

Sesi urutan bersambung semula.
Bersahut-sahutan sendawa, angin keduanya.
Entah apa yang mengganggunya.
Dia datang merengek semula.

Mak bangkit, fahamlah sudah.
Risau terpalit serata wajah.
Bahu mak didakap resah.
Rengekan reda bertukar mendesah.

Mungkin melepas rasa hati.
Bimbang mak sakit lagi.
Dia lantas menyerah diri.
Menenangkan diri dengan menyusui.

Terpejam-pejam mata dalam nikmat.
Baju mak digenggam erat.
Sakit kepala yang ketat.
Beransur-ansur kurang, bantu sihat.

Terima kasih wahai kesayangan.
Atas perhatian yang diberikan.
Moga Dia bantu pahatkan.
Agar nikmatNya ini berterusan.

300313 - SELAMAT TINGGAL, QUARTERS PERTANIAN

Sabtu yang panjang. Hujung minggu yang pendek.

Hmm.

Selamat tinggal Quarters Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat bermain.

Kampung nan hijau yang tebal hutan di kelilingnya di tengah-tengah ibu kota Malaysia.

Dingin airnya di tengah hari, memang boleh menggigil tapi rasa segar sungguh bila mandi.

Terik mentarinya mengering dan mematikan kuman-kuman pada kain jemuran yang mudah ditebar keliling rumah dek mewahnya kawasan bertanah berumput berbukit bercerun, pilih saja mana tempat nak digantung jemuran.

Bila malam gamat bunyi orkestra Tuhan, sesekali terseling bunyi salakan atau lolongan anjing atau brek kecemasan kereta yang melalui selekoh di 'jalan dalam menuju ke Tugu Negara dari simpang Istana Selangor.

Jalan Sultan Salahuddin yang banyak menyimpan pelbagai kenangan. Kiri kanan jalannya dan kawasan sekeliling penuh pohon pelbagak jenis seolah-olah tunduk gemalai menyambut kedatangan kita dan melambai mesra mengucapkan selamat tinggal setiap kali kita beransur pulang, menuju ke hiruk-pikuk ibu kota Kuala Lumpur yang tak sampai lima minit pun, kalau tak sesak di sepanjang kawasan Kementerian Kerja Raya-Jabatan Perdana Menteri-Bank Negara-Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (memang tak sampai lima minit pun, kalau merempitlah hahaha!)

Jalan yang selalu jadi tempat penggambaran drama dan filem Yusof Haslam, banyak juga dipaparkan dalam drama dan filem Melayu yang lain. Jalan yang sibuk kereta merayap pada waktu siang sebab banyaknya pejabat kerajaan di kawasan situ tapi bila malam keadaannya saaaaangat sunyi.

Dekat dengan Padang Merbuk, salah satu tempat terkenal untuk sebarang acara marathon dsb. Lintas Jalan Parlimen yang sentiasa laju-laju kenderaannya untuk ke Taman Tasik Perdana. Kalau malas berjalan boleh naik kenderaan dan letak di tempat letak kereta depan pintu masuk utama Bukit Aman. 
 
Ke depan lagi boleh ke Taman Burung atau Taman Rama-Rama. 
 
Kalau sakit dan sanggup menunggu lama untuk jumpa doktor, boleh ke Klinik Tanglin. Nombor giliran lama sungguh? Tak jadi masalah - lintas jalan ke Medan Selera Tanglin dan segala macam menu ada, pesan saja, dari Isnin hingga Ahad ada perkhidmatannya. 
 
Di sebelah medan selera tu Sekolah Menengah (Perempuan) Methodist Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 1896 (1996 hari tu ulangtahun ke-100nya). 
 
Nak solat? Singgah ke Masjid Negara di penghujung jalan yang turut ada terowong yang menghubungkan kawasan situ dengan Kompleks Dayabumi, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, stesen Keretapi Tanah Melayu di seberang jalan sana.

Juga dekat dengan Dataran Merdeka, Jalan TAR, Masjid India, KWSP, Sogo, Kompleks Pertama, Kompleks Campbell dan boleh saja ke kawasan Chow Kit dan Kg. Bharu ikut jalan dalam di Bukit Tunku yang berliku-liku. Tempat aku layan corner tak berani baring hehehe...

Haih.

Aku akan merindui kamu. Selalu...
 
 

Friday, March 29, 2013

290313 - MANDI!

Bila tiba waktu mandi,
Diturut langkah aku segera,
Dihulur dulu kaki kiri,
Mengikut adab digaris agama.

Thursday, March 28, 2013

280313 - TANGISAN KERINDUAN

Berhujan air mata.
Berkecamuk pelbagai rasa.
Dia bagai tertanya.
Penyusuan terhenti seketika.

Risau, aku dipandangnya.
Seolah-olah mahu bertanya.
"Mak menangis? Kenapa?"
Sambil memerhati, hairannya.

Tapi bagaikan mengerti.
Dia seketika berhenti.
Memberi ruang barangkali.
Tenangkan gelora hati.

Maafkan mak sayang.
Cuma mak terkenang.
Semalam yang hilang.
Rahmat yang menjelang.

Kelak kamu mengerti.
Satu hari nanti.
Moga dapat diselami.
Hati sanubari ini.





280313 - THE ROAD DOWN TO MEMORY LANE

going back to HKL to visit Abah, while doesn't seem much, did actually made me feel a whole lot of things. it truly is like going down the memory lane.

i still can remember the days i was there day and night that i lost count of hours and just can't get the grasp of days nor weeks.

i still can see the days i was zombified :) sleeping in the ward on a folded chair beside my lil bro's bed, keeping an eye open just in case he needed a suction or two to clear his airway, or scratching his back, or simply helping his every need since he was immobile and wasn't able to speak nor making any sound.

i still can recall the hours of riding out and about to and fro HKL-Jalan Sultan Salahuddin-Pantai Dalam; in the wee hours of the night or the cold, early morning through the winding road of Bukit Tunku trying to reach my parents house safe and sound; or trying to make it through the rain while trying to be home taking turns with my other half; or barely able to open my eyes due to the heat of the day while trying to carefully ride amongst other vehicles on the road.

the wind that blew my face and the fallen leaves softly hitting my face, my figure and my good, old black bike.

the smell of the rain. or the feeling when it hit my skin. or when it helped me to hide my tears or camouflage my fatigue that's written all over my face.

the scent of the freshly cut grass along Mahameru. or the ever-changing holes along the roads. or the ever-annoying bumps along the way.

and it still feels like it's all coming back to me each and every time i am near the hospital area.

it feels like, it's just yesterday i had to see my lil bro slowly fading away after days of coma, when he was only smiling ear to ear with the gleam in his eyes few days before, promising to stay strong while i bid him farewell for the last day that he was still pretty much, happy and lively.

it feels like it was just yesterday that i had to put my poker face on so that my mom was able to hold on and stay strong to, seeing his only son left, struggling for his last breath in his Duchenne-Muscular-Dystrophy-betrayed, frail and fragile body.

i guess, the mixed feeling are still there. the pain, the anticipation, the anxiety, the guilty feeling of leaving him when i could've actually brush aside my own pain & troublesome health back then, just so he would be better and wouldn't be in the coma state 'cause i was able to be there for him...

though i am still deeply saddened, but i am somewhat glad, he's relieved off his pain and now is in the best tender, loving care :')

Al-fatihah to you Amil - may you always blessed in the greatest love of all.