.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, December 7, 2012

RISAU...

Risau.
Dilayan engkau, menambah sasau.
Terfikirkan sudu, terambil pisau.
Tak dilayan, kau tetap bersakau.

Risau.
Bila bertempat, kita beringat.
Hempas-pulas seluruh kudrat.
Air mata darah bercampur keringat.
Kan jadikan kita semakin kuat.

Risau.
Diambil positif jadi pembakar semangat.
Difikir negatif, satu benda pun tak dapat.
Stress melekat, badan penat, penyakit mengikat.
Orang keliling pun tak ingin mendekat.

Risau.
Masih rela lagi diri risau?
Tak sudah-sudah sampai nak sasau?
Dapat apa tak habis-habis risau?
Gaji bulanan, EPF/pencen/simpanan hari muka kau?

Abah kau.



2 comments:

nihadriz said...

kay, saya pun tengah risau ni. boleh ke kalau kita bagitau kat orang tu yang jangan tag nama sendiri kat my personal album? sebab macam tension je nanti orang comment beribu jadi malas sebab takde kena mengena dengan diri kita?

dah jadi tempat luahan pulak hehehe~

Kimi Kay MS said...

huiyoooo nihaaa... sori la tahap dewa punya lambat saya balas eh.

takyah gitau yang. kita set privacy aje. udah ;)