.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, December 7, 2012

RISAU...

Risau.
Dilayan engkau, menambah sasau.
Terfikirkan sudu, terambil pisau.
Tak dilayan, kau tetap bersakau.

Risau.
Bila bertempat, kita beringat.
Hempas-pulas seluruh kudrat.
Air mata darah bercampur keringat.
Kan jadikan kita semakin kuat.

Risau.
Diambil positif jadi pembakar semangat.
Difikir negatif, satu benda pun tak dapat.
Stress melekat, badan penat, penyakit mengikat.
Orang keliling pun tak ingin mendekat.

Risau.
Masih rela lagi diri risau?
Tak sudah-sudah sampai nak sasau?
Dapat apa tak habis-habis risau?
Gaji bulanan, EPF/pencen/simpanan hari muka kau?

Abah kau.



Tuesday, December 4, 2012

MASIN - SATU PUISI ODISI

Masin.

Kau sejahat kafein.
Melekat di otak, buat aku lebih ingin.
Buat aku ketagih, tak dapat, aku berangin.

Hailah masin.

Kalaulah tak perlu risau darah aku pandai naik lif tinggi-tinggi.
Kalaulah tak perlu risau buah pinggang aku tiba-tiba lupa nak berfungsi.
Kalaulah tak perlu risau akhirnya strok boleh munculkan diri.

Tapi kan masin,

Sebab kaulah aku berjaga-jaga, walaupun sedap melayan wujudnya engkau dalam makanan aku, walaupun aku sangat berselera, bertambah makan dua tiga kali pun tak apa.

Sebab kaulah aku berwaspada, kalau-kalau ada yang baik hati nak bagi anak aku merasa segala makanan orang dewasa yang belum sesuai dengan sistem perkumuhan dia.

Oleh itu masin,

Kita kena berhenti buat begini.
Kerap bertemu tapi dalam sembunyi.
Bukan rupamu yang putih sahaja aku takuti.
Tapi juga bentuk lain - kicap, sos, mayonis dan macam-macam lagi.
Oh tak lupa kegeraman ku yang lain macam makanan sampah [omputeh sebut junk food kan? junk = sampah. err, boleh gitu?] yang kandungan kau tinggi.
Supaya melekat di otak dan menimbulkan rasa teringin ya amat di hati.
Untuk sentiasa bertemu dengan kau lagi dan lagi.

Aku perlu setia dengan Encik Kurang ya masin ku sayang!
Supaya aku akan lebih sihat untuk jangka panjang.
Walau tak tahu bila maut kan menjelang.
Anak dan suami perlu lebih aku fikirkan.
Tanpa aku 'keluarga' cuma mungkin satu perkataan.
Yang tak bermakna apa-apa kerana aku kekurangan!

Inspirasi sanubari aku. Ehsan Encik Google kekasih hati.

Idea ni merapik mengacau aku masa sarapan pagi tadi.  Tak rajin ke kantin, aku hanya bancuh air panas dan korek-korek pantri.  Hasilnya, aku dapat biskut mentega kacang, Super Ring yang aku tak usik [awal lagi la nak snacking pun!] dan biskut beras Jepun nih. Sumpah sedap... durjana betullah *dah terliur pulak*

Ha udah.


Saturday, December 1, 2012

NAZRIN & PAGAR

aku di sinki dapur mengadap cucian,
Nazrin setia berdiri di pagar memisahkan dapur dengan ruang hadapan,
terlepa sekejap aku dari sudut pandangan,
tiba-tiba dia muncul di depan rak pinggan,
dah dekat sangat dengan tempat aku berdiri,
terkejut sakan aku tak percaya dengan apa yang jadi,
pagar masih utuh tertutup dan teguh berdiri,
dengan penuh rasa hairan dan tak puas hati,
aku dirikannya semula di pagar pemisah,
sambil dia merengek dan sesekali mendesah,
tiba-tiba dia ke bahagian tepi pagar yang memang agak terdedah, 
gamam sekejap aku dengan apa yang terjadi sudah,
perlahan-lahan dimiringkan badannya sambil kaki dihulur dulu,
berhati-hati kepala bulatnya diselitkan ke celah besi itu,
tahu-tahu dia dah melepasi pagar yang dipasang suamiku,
buat aku takjub dan tergelak bercampur jadi satu,
hairan aku mana dia dapat akal sebegitu,
besarnya kuasa Allah Maha Kaya beri ilham kepada anakku...

*geleng kepala tak percaya campur susah hati* 
apalah makna pagar kalau buatannya sendiri mengkhianati tujuan, mudah pulak dakcuk bolos gitu je... 
hailah anak!