.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, April 19, 2012

I'M BACK. LIKE, LITERALLY.

Lama sudah aku tinggalkan blog ni berhabuk untuk sekian kalinya. Sebab dilanda ketidakrajinan yang amat sangat. Hidup setakat berkisar kepada celik mata-pergi kerja-cuba survive sepanjang waktu kerja dengan bantuan FB [cam tak salah je pengakuan ku inih!]-balik kerja-lepak dengan Mr. S kat rumah tanpa buat banyak sangat kerja-tidur dalam keadaan serba tak kena,... berulang-ulang itulah rutin hidup aku sejak beberapa bulan yang sudah.

Kisahnya bermula sejak aku dapat tahu yang adik aku dimasukkan ke hospital, terpaksa diwadkan sebab keadaannya kritikal dan memerlukan pemerhatian doktor; sebelum tu aku sibuk dengan projek 5S di pejabat; tak lama pastu aku korbankan cuti tuk tolong Mak jaga Amil di wad bergilir-gilir aku, Mak, Mr. S, Anis [bila-bila dia cuti sem], Leha [bila-bila keadaan mengizinkan, anaknya sendiri pun masa tu diwadkan juga dek demam panas yang tinggi] dan Abah [juga bila-bila keadaan mengizinkan]; tonggang-tonggek hidup aku berulang-alik dari Pantai Dalam-HKL-Jln Sultan Salahuddin-HKL-Pantai Dalam balik tiap-tiap hari sampai rasa kadang-kadang macam dah tak rupa orang pun ada... tapi aku gagahkan juga sebab itulah satu-satunya adik lelaki yang aku ada lepas arwah Abang dah pergi tahun 2006 tu ari... lagipun aku kasihankan Mak,... ibu mana tak terasa sedih risau susah hati dan macam-macam lagi tengok anak sendiri terlantar dimasukkan tiub wayar bagai... Jadi untuk kurangkan susah hatinya dengan izin Mr. S yang mana beliau sendiri pun akan bergilir dengan aku bila ada kelapangan masa, aku tunggu Amil di wad...

Sejak pada tu online menjadi satu kemewahan yang sangat susah dicapai. Di wad aku buat apa yang perlu dan bila lapang aku membacakan ayat-ayat suci untuk Amil atau mengambil kesempatan berehat juga... nak online memang dah aku buang jauh-jauh impian tu tapi bila dapat peluang, aku update status di FB minta kawan-kawan sama-sama mendoakan kesejahteraan Amil...

Belum habis kisah Amil di wad Mr. S pula jatuh motor masa dalam perjalanan pergi kerja. Teruk juga kecederaan mujur tak ada yang patah. Cuma memang aku jadi serabut sungguh, dugaan demi dugaan. Aku kuatkan semangat, menganggapkan bahawa diuji kerana banyaknya dosa ku... Jadi aku tabahkan hati dan kuatkan perasaan, melalui semua bersama yang tersayang.

Hari ketiga selepas Mr. S kemalangan aku membawanya ke klinik panel untuk menukar balutan dan aku sendiri perlu berjumpa dengan doktor kerana mahukan pandangannya tentang keadaan aku pada masa tu - terlalu penat, selalu rasa terawang, satu badan kerap sakit dan selera makan selalu tak ada.

Dijadikan cerita akhirnya doktor bertanyakan tentang kitaran haid aku yang huru-hara macam tuannya juga. Baru aku teringat lama aku tak didatangi cik P itu. Hah apa lagi kena marahlah dengan doktor, apa neh, period sendiri pun tak ingatkah? Puan doktor, kitaran saya tak menentulah. Okey, kalau camtu pegi buat UPT.

Lepas je keputusannya keluar aku tergamam kejap. Doktor mengesahkan aku mengandung. Sebab tulah aku rasa semua yang aku rasa tu, bukan kerana kepenatan berulang-alik menjaga adik di hospital sahaja... Aku macam tercengang.

Punya lama menanti bila dapat beritanya aku tak percaya. Mr. S pun tergamam juga. Kami terpandang-pandang tapi tak lama tersenyum-senyum. Hehehe...

Ok dipendekkan cerita aku sempat cerita pada Amil dan dia tersenyum sebab tau berapa lama kami menunggu kedatangan tetamu Allah ini... Akhirnya selepas lama berjuang untuk hidup selepas dimasukkan ke wad pada 27/6/2011, Amil pulang ke sisi Allah pada 30/7/2011 jam 12 tengah hari dan kami redha dengan kepergiannya...

Hidup mesti diteruskan. Hakikat kehilangan Amil sangat meninggalkan kesan yang amat dalam pada diri aku. Selalu aku diingatkan supaya menjaga kesihatan diri oleh Mr. S terutama sekali sebab aku sudah berbadan dua...

Dugaan berterusan bila aku dihadapkan pelbagai pancaroba kehamilan. Rendah hB, kencing manis semasa mengandung, rupanya aku pembawa talassemia e-trait sebab itulah hB aku semakin merendah walaupun dah terlebih zat besi,... tapi aku terima. Yelah, bukan semua dalam kawalan kita kan.

Makin lama aku makin malas mengadap internet. Kalau ada pun setakat mahu ber-FB melepaskan tekanan di pejabat. Satu hari aku diarahkan bertukar jabatan. Akhirnya, ada juga berita yang benar-benar menggembirakan aku! Dengan pantas barang-barang ku kemas, yang mana nak dibawa balik aku bawa balik, selebihnya aku buang, sebagaimana aku cuba membuang semua kenangan negatif sepanjang berada di situ...

Tanpa lengah aku terus melaporkan diri dan bekerja di tempat baru. Oh bahagianya! Satu saja masalah kecil - agak jauhlah dari rumah... Sebelum ni cuma 10 minit nak sampai ke tengah KL tapi sekarang perlu tambah lagi 10 minit lebih kurang untuk sampai ke situ...

25/1/2012 aku diarahkan untuk menyerah diri di Wad Bersalin PPUM untuk proses pemaksaan bersalin sebab orang ada masalah GDM/tekanan darah tinggi ni memang biasa tak dibenarkan melebihi tempoh 38 minggu. Aku menghadapi dilema baru tiba-tiba, aku rasa tak mahu keluarkan si comel sebab rasa takut kalau dia dikejami dunia, biarlah dia dalam perut aku je, boleh?

Gila betul idea tu... mana boleh ye tak? Hehehehe... Tak salah kalau berangan. Sesekali.

Akhirnya 27/1/2012 disebabkan poor progress aku diarahkan menjalani c-section delivery. Tepat jam 3.30 petang Jumaat si kecil pun keluar melihat dunia yang asing sangat daripada dalam rahim maknya...

31/1/2012 baru aku berjaya pulang ke rumah. Seburuk mana pun rumah itulah rumah ku. Jiwa, hati dan hidup aku semua di rumah ku...

Bermulalah perjalanan baru dalam hidup aku yang selama 5 tahun sebelumnya tak pernah pun aku fikir akan mampu aku tempuhi...

Kita sambung lain kali. Panjang pulak entri nih.

Terima kasih sudi membaca :) Wassalam wbt!

Hero ku, Nazrin bin Shaiful Mohamad Lizam.
Moga aku kan sentiasa tabah dalam membesar dan mendidiknya menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat hendaknya, insyaAllah!