.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, December 2, 2011

KEHEBATAN CERITA MELAYU

1. Air takat paras lutut pun orang dewasa besar panjang boleh lemas.

2. Watak utama mesti kaya-raya tahap dewa, dikelilingi orang-orang jahat tahap dewa juga yang akan sentiasa cari jalan menjatuhkan watak utama yang sudahlah kaya-raya tahap dewa, paling kacak/cantik dalam dunia dan berhati baik tahap dewa juga.

3. Kalau tak kaya pun watak utama mesti miskin tahap durjana, dibenci walau ke mana pergi dan apa dibuat tapi paling penting, mesti kacak/lawa tahap dewa juga.

4. Keluarga watak utama pula biasanya sangat-sangat bahagia selain daripada kaya-raya tahap dewa, atau miskin tahap durjana dan bersikap sedih, redha tak bertempat dan menerima je nasib tanpa usaha penuh berazam.

5. Kaya-raya tahap dewa tapi kerja watak utama mesti tak diketahui apa dia, sebab hanya berpakaian kemas, pergi mesyuarat tapi entah apa dibincangkan selain daripada susah hati/sedih dengan rancangan watak jahat yang jahatnya kalah syaitan yang direjam.

6. Air mesti fresh orange. Tak fresh orange tak standard.

7. Rumah mesti ada kolam renang tapi habis kuat pun jadi hiasan/latar belakang drama, tak pernah ada orang berenang, kalau ada pun orang berendam je.

8. Dialog yang dituturkan hampir sama bagi setiap drama. Kalau beza pun tak ketara sangat.

9. Mesti ada orang bukan Kelantan cakap Kelantey, orang bukan Jawa sibuk cakap Jawo, orang bukan Negeri Sembilan sibuk cakap Negori, orang bukan Perak sibuk cakap Perok, orang bukan Indon sibuk cakap Indon tapi bunyi pelik, terlalu dibuat-buat dan sangat-sangat menaikkan darah orang yang mendengarnya.

10. Tak kira masa, keadaan dan tempat, mekap mesti tebal, warna muka sangat berbeza dengan warna tangan dan leher. Oh - masa tidur pun mekap tebal berpuluh inci juga!

11. Rambut wajib warna karat dan digayakan dengan gaya yang kalau tak over, mesti macam ada ayam mati atas kepala pelakonnya.

12. Aha - paling best - terjemahan ke Bahasa Inggeris. Tunggang-langgang tatabahasa/istilah/susunan ayat/maksud perkataan lari konteks melaut ke sungai ke sawah tapi yang penting standard kena jaga - mesti ada terjemahan Bahasa Inggeris!
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: