.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, September 15, 2011

LELAKI, PEREMPUAN & DOT DOT DOT


Selalu kita dengar perempuan sentiasa mahu dibelai, dimanja dan disentuh lembut oleh lelaki. Adatlah, sebab fitrah perempuan kan, berjiwa halus dan sentiasa mahukan kasih sayang, walau sekasar mana pun perempuan tu.

Tapi jarang kita dengar lelaki pun mahu dibelai, dimanja dan disentuh lembut oleh perempuan. Mungkin ego lelaki yang menghalang mereka daripada menceritakan kemahuan mereka itu ke, ataupun takut dianggap serong sebab tak macholah kalau mereka mengaku yang mereka mahukan semua tu, entah.

Mungkin juga sebab lelaki ni ada satu isu dalam diri mereka - mereka BERANGGAPAN bahawa perempuan SECARA SEMULAJADINYA akan tahu dan sedar akan keperluan lelaki yang tersebut di atas jadi secara automatiknya mereka akan mendapat semua tu secara automatik juga bila sudah dapat lampu hijau, i.e. sudah bernikah secara sah [kalau belum nikah secara sah, tak buleh ya, haram]

Sedangkan hakikatnya, perempuan bukan semuanya mampu mengeksploitasi naluri mereka dalam bab-bab begini. Nama pun manusia, mana ada yang sempurna, tau je apa perlu dibuat, apa perlu dicakapkan dan sebagainya, ye tak?

Jadi pastu kita dengarlah, kisah yang bermacam jenis yang tak molek tapi kadang-kadang terpaksa juga kita amik tau sebab, dah diceritakan.

Ada yang dah baru nikah pun dah ada makwe lain dalam diam. Yang dah lama nikah pun ada makwe, sampai ada yang tanya, tak cukupkah dengan isteri yang ada kat umah? Kalau tak cukup, anak dah berderet-deret pulak...

Terus kita pun jatuh hukum - lelaki semuanya sama, memang buaya, tak cukup-cukup satu, lelaki semuanya penipu dan macam-macam lagilah dakwa-dakwi pasal lelaki, sampai penah aku terbaca satu artikel di akhbar dulu yang bertajuk "Asal jahat saja, lelaki, yang buruk saja, lelaki"

Terus-terang cakap, aku simpati pada lelaki. Memang mereka dilahirkan dengan banyak tipu muslihat tapi bukan semuanya menyalah gunakan tipu muslihat ni.

Sekarang jangan serang aku pulak ya. Aku tak cakap lelaki ni jahat. Janganlah pandang perkataan 'tipu muslihat' di atas tu dengan penuh perasaan negatif. Sabar dulu dong.

Maksud aku, lelaki kan dilahirkan dengan 1 nafsu dan 9 akal. 9 akal nilah yang aku maksudkan sebagai tipu muslihat yang banyak, dorang kreatif, berfikiran jauh, jarang berfikiran dangkal dan biasanya jauh lebih bijak daripada perempuan yang lahir dengan 9 nafsu dan 1 akal.

Tapi tulah, berbalik kepada isu takde sape yang sempurna maka lelaki pun cenderung juga tersilap pilih jalan atau tersalah buat keputusan, sekali pun mereka lahir dengan akal yang banyak :)

Dan kerana kekurangan mereka dicampur dengan ego maka mereka akan menganggap yang pasangan mereka tahu apa mereka mahu tanpa mereka perlu bersuara pun, sedangkan hakikatnya bukan semua perempuan mampu membaca tindak-tanduk lelaki, apa lagi nak membaca fikiran lelaki kan?

*Walaupun kebolehan membaca fikiran orang cam X-Men adalah cambest tapi takpelah, thanks but no thanks - aku tanak baca fikiran orang, tak kuasa!*

Pastu kita dengarlah kisah yang lagi tak best - rumahtangga berantakan sebab suami curang, isteri jadi mangsa keadaan [oh mudahnya mereka escape dengan watak itu ya?] dan oh, paling best & juicy - mesti ada orang ketiga [zaman skarang tak boleh dah sebut perempuan je jadi orang ketiga, lelaki pun ada juga jadi punca lelaki berumahtangga curang dan beralih arah kan?]

Kita plak cenderung jatuh hukum pada lelaki [ingat tak, asal jahat je mesti lelaki?] dan simpati pada si isteri. Apakah menjadi isteri menjadikan seseorang perempuan tu, kebal daripada sebarang pengadilan? Kalau camtu senangnya ya jadi perempuan?

Pada aku dalam isu sebegini, kedua-dua pihak perlu main peranan masing-masing. Komunikasi yang telus - oh, itu memang sangat-sangatlah penting dan mesti dibuat dengan secara terbuka supaya apa saja niat dan maksud di hati akan tercapai dengan berkesan, kalau tak dengan sempurna pun.

JANGAN MENGANGGAP-ANGGAP - maaf ya encik lelaki, kami tak dilahirkan dengan sebarang mutasi yang membolehkan kami membaca fikiran anda, ada masa kami ni tidaklah cerdik & cekap mana sebenarnya. Sebagaimana anda tak boleh membaca fikiran kami, kami juga tak mampu membaca fikiran anda.

BERTERUS-TERANGLAH - takde luaknya kalau anda jujur pada pasangan. Kalau rasa kata-kata anda membuatkan dia tersinggung hati, cubalah dengan perbuatan. Saja datang dekat-dekat dia time dia tengah rehat-rehat, nampak cam mood baik. Saja je baring dekat-dekat dengannya dan letakkan kepala anda dekat dengan kepalanya. Kalau masih takde respon, letaklah tangan anda kat perutnya ke, tengok apa dia buat.

Kalau dia masih diam atau menepis, mebi dia perlu masa dan ruang untuk dirinya sendiri. Jangan paksa dan jangan putus asa - cuba lagi lain kali hingga dia memberikan respon yang anda mahukan.

GIVE, IN ORDER TO GET - lagi banyak kita memberi, bukankah lagi banyak kita dapat? Tapi janganlah belai isteri tu sebab mahu dibalas dengan cara serupa juga. Biarlah ikhlas. Untung-untung dia tahu secara tepat apa anda mahukan tanpa perlu anda berbicara sepatah pun.

Kalau isteri selalu dibelai, insyaAllah dia pun akan membelai juga. Mendapat seorang isteri yang rajin membelai suami memang satu bonus, tapi bukan semua orang dilahirkan natural dalam hal-hal begini kan. Ada benda yang perlu dipupuk dan kalau suami tak boleh nak pupuk potensi isteri, sape lagi nak diharapkan?

ISTERI, JANGAN KEDEKUT - bukannya kene bayar pun kalau nak belai suami. Ingatlah, memang keperluan seks adalah yang paling dipentingkan lelaki tapi ada masanya, seks bukanlah segala-galanya, tapi sentuhan dan belaian di tempat-tempat selain daripada tempat yang biasa *ehem mana lagi* tu jauh lebih memberikan kesan kepada emosi lelaki. Janganlah ingat, lelaki hanya mahukan seks dan seks sahaja daripada perempuan. Mereka pun ada emosi juga, yang perlu dibelai dan diberikan perhatian. Tak percaya?

Cuba try test acu skali, belai rambut suami, usik tengkuknya dengan jemari, gentel-gentel cuping telinganya ke, kuis-kuis jarinya masa dia tengah leka ke, tengok, dia marah ke?

Lelaki yang kepala otaknya rosak atau tak betul je yang akan marah bila dibelai gitu. Sebab lelaki normal akan merasakan sentuhan lembut tu lah yang 'menghantui' mereka, membuatkan mereka lebih rindu dengan isteri bila berjauhan walaupun sekejap.

Lagipun, mana anda nak, suami minta manja daripada anda [walaupun ada yang rasa cam tak munasabah je fakta bahawa lelaki pun ada time dia nak mengada-ngada/ni semua perangai buang tebiat] atau tau-tau je ada perempuan lain sudi berikan pada dia?

Tapi, ni sekadar pandangan aku lah... Andai ada salah silap terkurang kat mana-mana, maafkanlah aku, takde niat nak buat orang terasa pun dengan pandangan aku yang tak seberapa ni. Sebab tu seboleh-bolehnya aku bersikap neutral dalam memperkatakan hal yang membabitkan kedua-dua jantina. Aku bukanlah sorang feminist, tapi bukan juga sorang chauvinist. Kita semua sama saja di mataNya, yang membezakan kita hanyalah amalan kita kan?

Sehingga ketemu lagi di lain entri, insyaAllah :)





No comments: