.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, September 19, 2011

APA YANG CUBA DIBUKTIKAN? Part 1

1. Seorang makcik dalam lingkungan 50an,memakai blaus labuh longgar lengkap dengan inner lengan panjang berwarna hitam yang menutup hingga pergelangan tangan. Wajah dirias ringkas tapi presentable dan sesuai ke mana-mana majlis sepatutnya.

Melengkapi blaus labuh longgar dan rias muka ringkas tersebut, makcik tersebut bagaimanapun, memakai sepasang seluar leggings dan anak tudung serkup sahaja.

Apa yang cuba dibuktikan, makcik? Less (tudung & seluar) is more (beautiful & trendy)?

2. Seorang remaja yang masih di bangku sekolah menengah memakai pakaian yagn cukup glamor - kurung moden membaluti bentuk tubuh yang sedang mekar meningkat naik, berkasut platform beberapa inci tinggi tumitnya, bertudung fesyen terkini lengkap dengan dilapisi lagi sehelai tudung dari fabrik ringan yang dikemaskan dengan pelbagai jenis pin tudung yang pelbagai saiz, bentuk, warna dan kemasan.

Untuk menyudahkan gaya yang seolah-olah masih tidak cukup sarat, dia memakai pula rantai mutiara faux yang dilapis 2 dan wajahnya dirias 'berat' - pembayang mata yang sarat, kening dibentuk bulat tanpa arch yang sepatutnya wujud (menampakkan wajahnya saling tak ubah seperti badut) dan lipstick berwarna terang yang membuatkan dirinya a complete pile of mess instead of looking refreshingly youthful.

Apa yang cuba dibuktikan, dik? You'd be the center of the universe by doing just that?

I'd say both of you succeeded darn well in making yourselves the entertainment of the day. Well done *a round of applause*

Moral of the story : Look at ourselves very carefully and thoroughly through the mirror before going out. And mind you, looking carefully and thoroughly doesn't really involving a huge amount of time actually. All you really need is self-conciousness and the awareness about the appropriateness of the outfits we choose to put on.

After all, first impression, though may be not the ultimate just benchmark in judging, has always play the biggest role in our lives.

Until next entry, sorry for the dual-language.


2 comments:

Tina Othman said...

less is more, patutnya begitu dalam berfesyen =)

Kimi Kay MS said...

hehehe Tina...

tapi takkanlah memegang konsep less is more sampai less kain is more appropriate?

aduh2...