.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, September 14, 2011

APA ADA PADA NAMA? Bahagian 3 [Akhir]

Kadang-kadang dalam memberikan nama ada yang taksub dengan maksud nama dan bunyi nama tu di telinganya tanpa memikirkan sangat banyak perkara lain yang perlu juga diambil kira. Nama yang dipilih ni bukannya untuk sehari dua ya, tapi hingga di Padang Mahsyar sana... Ada juga yang kelihatannya seolah-olah terlalu mengharapkan maksud nama yang diberikan tanpa menitikberatkan sama soal pendidikan/pembentukan sahsiah anak. Adakah hanya bergantung semata-mata dengan maksud nama yang baik dapat membantu membentuk sahsiah anak jadi baik juga? Bukankah sahsiah anak perlu dibentuk? Bukankah pemimpin BUKANNYA DILAHIRKAN tapi DIBENTUK?


9. Nama yang berbunyi/kelihatan dan mempunyai maksud yang terlalu gah, hebat [dahsyat gilalah senang cakap]. Seorang kawan mak telah terpaksa memanggil si anaknya dengan nama lain yang jauh daripada nama asal yang dipilihnya kerana anak tersebut sentiasa sakit, kerap menangis dan tidak kuat semangat. Pelik juga mulanya bila aku cuba fahamkan cerita tu, tapi bila tau nama anaknya yang bermaksud “kemuliaan yang gagah perkasa” menjadikan nama tersebut agak ‘berat’ untuk ‘dibawa’ oleh anak tersebut hingga dia kerap sakit dan sebagainya, menjadikan aku sedar, memberikan nama kepada anak bukanlah satu tugas yang mudah.

10. Nama berkaitan dengan keturunan. Ada orang tak gemar dengan nama berkaitan dengan keturunan ni, tah apalah maksud ke-tidak-gemaran dorang tu, setiap orang ada sebab yang berbeza kan dalam satu-satu isu kan. Tapi sayanglah, dah memang dalam keturunan, jadi bila ada peluang kenapa tak nak kekalkan sebagai menjaga warisan keluarga?

Setidak-tidaknya memang anak tu berhak dapat gelaran keturunan tu, bukannya diberikan nama tu hanya sebab mak ayah jenis tak memasal letak nama ada gelaran atau keturunan ni sebab suka dengan gelaran atau keturunan tu padahalnya dorang tak berhak!

Dah nanti anak tu ditanya, kerabat mana dan kalau orang tau yang dia bukannya kerabat mana-mana negeri atau keturunan, tidakkah itu akan menimbulkan rasa kurang senang bagi yang sememangnya ada darah kerabat atau satu-satu keturunan tu?

Benda-benda macam ni pun, kena beri perhatian juga, sebab bila terlibat dalam urusan rasmi bila anak tu dewasa kelak [terutamanya yang membabitkan kerajaan dan istana], gelaran tertentu akan diberikan mengikut nama anak ni tadi. Kalau betul dia keturunan kerabat dah tentu-tentu ada YM kat namanya nanti dalam urusan surat-menyurat, tapi kalau bukannya berdarah kerabat tapi sebab nama kerabat, tak pening orang nak menguruskan?


Jujur cakap, bukanlah aku nak menunjuk pakar bila tiba bab memberikan nama anak nih. Bukan juga aku nak menasihatkan orang apa yang dorang patut buat dengan hidup dorang. Tapi pengalaman aku sendiri berdepan dengan pelbagai masalah hanya kerana nama sahaja, membuatkan aku sangat memahami apa rasanya kalau si anak diberikan nama yang hanya bakal mengundang masalah kepada dirinya sendiri bila dia sudah mula bermasyarakat nanti. Kesian dia, dia pun ada emosi dan air muka juga kan, yang perlu kita jaga?

Sebab tu juga aku terangkan kat awal artikel ni tadi, memikirkan hal nama saja boleh buat kita jadi gila jugalah. Bagi nama pada anak ni, bukannya hal main-main. Kesannya akan nampak pada masa akan datang. Lebih penting lagi, bukan kita yang menanggung, tapi si anak ni. Kasihanlah pada dorang.

Jadi aku sendiri, telah dapat beberapa kesimpulan dan keputusan yang dengan keras hatinya, akan aku turutkan. Antaranya ialah seperti yang berikut:-

A. Aku akan namakan anak-anak aku dengan nama yang mudah disebut dan mempunyai maksud yang baik dalam Islam [kerana aku tak mahu nama grand yang aku pilih sudahnya dipanggil sebagai nama lain, cam nama aku sendiri penah ditukar menjadi Milah hanya kerana orang tua kepada orang tua aku tak reti nak nyebut nama cucunya ni ha]

B. Nama-nama yang dipilih mestilah ringkas, hanya satu nama kalau boleh untuk memudahkan si anak mengingati namanya sendiri serta membolehkan maksud namanya disebut dengan lengkap, sesuai dengan tujuan meletakkan nama yang bermaksud baik kerana nama adalah doa. Bukannya takde nama yang grand dalam Islam yang boleh disesuaikan dengan zaman sekarang, ada je berlambak, tak semestinya kena pilih nama orang zaman Nabi juga kan?

C. Nama yang dipilih juga mestilah tak lapuk dek zaman [sebab kita digalakkan beri nama dan didikan anak mengikut peredaran zaman kan? Zaman Rasulullah SAW sendiri dah dianjurkan benda nih], tapi tak semestinya mengikut trend terkini. Nama-nama yang sudah terlalu ramai penyandangnya seperti oh-tak-bleh-nak-ku-sebut-nanti-ada-yang-sentap/tak-puas-hati-pada-aku-pulak, sudah lama aku lupakan.

D. Paling penting, memandangkan aku orang Melayu yang masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, masih berambut hitam yang tak berapa pekat hitamnya bukanlah kerana pewarna rambut [aku belum lagi se-terdesak itu walaupun secara genetik juga rambut aku memang bukannya berwarna hitam pekat, agak kemerahan dan *malang sekali*, senang beruban] tapi kerana genetik yang diwarisi dan berhidung tak mancung tapi pipi tidak pula tersorong-sorong [bulat je adalah, tak penahnya slim, hish], maka nama yang dipilih mestilah boleh disebut dalam suku kata Melayu yang betul supaya tak merumitkan orang untuk menyebutnya, supaya taklah setiap kali dipanggil nama anak-anak aku tiap kali tu juga anak-anak ni terpaksa membetulkan sebutan atau lagi teruk, dorang takkan memberikan respon sebab dorang rasa, bukannya nama dorang yang disebut!

Jadi bila ditanya apa ada pada nama?

Logik tak bila aku jawab memang BANYAK GILE LE...?




No comments: