.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, September 14, 2011

APA ADA PADA NAMA? Bahagian 2

Masih berpandangan bahawa nama yang baik adalah yang grand ejaannya, kebaratan dan oh, panjang berjela? Sila pertimbangkan isu-isu berikutnya.


5. Nama adalah doa kan? Sebaiknya nama tu ringkas tapi bermaksud baik dalam Islam sebab Rasulullah SAW sendiri menganjurkan nama yang bukannya satu rantaian nama tapi nama yang ringkas dan mudah dipanggil [jika anda orang Islamlah, kalau bukan, rasanya anda tak rasa post ini berkaitan]. Jadi nama yang panjang berjela, sudahnya jadi wirid, bukannya doa lagi.

Tak ke kesian pada anak tu bila baru nak belajar mengingat namanya sendiri, belum lagi nak ingat huruf apa patut ditulis selepas huruf apa, kawan-kawan dah mula menjawab kertas peperiksaan ada pulak yang masih mengisi bahagian nama, sementelah mak ayahnya beri nama Siti Nur Cahaya Qaseh Abadi Hayatul Nisa binti sekian-sekian. Kalau anak tu jenis cerdik, terang hati dan memang bijak takpe juga. Kalau dibuatnya dia sorang yang ada masalah pembelajaran atau pergerakannya terbatas akibat penyakit-penyakit yang membataskan pergerakannya hingga melambatkan dia menulis walaupun namanya sendiri?

Ya Allah, kesiannya... Serius 'nak, mak simpati.

6. Tak muat borang/ruangan tulis nama. Baru kes tulis nama yang panjang berjela di ruangan nama di kertas-kertas peperiksaan yang biasanya ciput je [seterusnya bayangkan pula setiap helaian kertas jawapan perlu ditulis nama!]. Belum lagi yang kena isi borang, tak cukup ruang aksara [kalau ruangan bergaris sahaja bolehlah lagi nak kurus-kuruskan tulisan, kalau kotak-kotak?].

7. Masih ada kaitan dengan isu nombor 5 & 6 di atas - hal nikah kahwin nanti. Kasihannya bakal menantu, sudahlah memang gugup mengadap jurunikah, nak mengingat nama bakal isterinya yang panjang berjela umpama wirid tu, tidakkah menjadi satu kesusahan baginya? Belum lagi kena sebut, mau tersasul-sasul berbuih-buih mulut la gamaknya... Kalau tersebut nama orang lain? Ha sape nak jawab?

8. Masih berkaitan dengan isu nombor 5, 6 & 7 - dah namakan anak panjang berjela tapi panggilannya adalah nama yang tidak berkaitan langsung dengan namanya. Contoh macam nama yang aku pilih tadi [sekadar satu contoh, bukan untuk menyinggung mana-mana individu secara spesifik, kalau ada pun tersinggung pastilah secara kebetulan yang tidak disengajakan] Siti Nur Cahaya Qaseh Abadi Hayatul Nisa binti sekian-sekian, sudahnya anak ini akan dipanggil sebagai apa?

Kalau nasibnya baik, mungkinlah salah satu namanya tu dipanggil, okeylah, ada juga kena-mengenanya. Kalau tidak?

Mesti dia akan dipanggil sebagai ‘Baby’, atau apa sahajalah nama yang tak berkenaan. Kalau nama yang telah susah-payah dipilih kerana maksudnya baik supaya mendoakan si anak, kenapa tidak susah-payah pula memanggilnya dengan nama tu?

Berbalik juga pada persoalan kalau anak tu jenis yang bijak dan tahu membezakan nama betulnya dengan nama panggilannya di rumah, alhamdulillah la juga. Kalau yang jenis tak berapa nak cepat tangkap bila diajar atau ada masalah pertuturan/pembelajaran, tentu-tentulah dia akan menjawab nama panggilannya di rumah bila ditanya oleh cikgu di sekolah dan akhirnya akan diejek, diolok-olok oleh kawan-kawannya yang lain.

Budak-budak pun ada emosi yang perlu kita jaga, selain daripada hak yang perlu kita hormati serta batasan yang perlu kita sendiri sedari. Kesianlah budak-budak yang susah-payah dah kita kandung, lahirkan dan jaga daripada dalam perut lagi, mereka pun tau terasa hati dan terjejas emosi tau...


No comments: