.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, September 14, 2011

APA ADA PADA NAMA? Bahagian 1

*Sebelum aku merapu panjang lebar, topik ni akan aku bahagikan kepada Bahagian 1, 2 dan Akhir, bukan nak tambah bilangan entry blog pun [serius 'nak, mak tak tipu, tipu dosa tau] tapi sebab artikel [ceh layak sangatlah rapuan ini dianggap sebagai artikel ye Kimi?] ni memang panjang lebar, masa tu aku taip kat Words di pejabat [time semua kerja sudah diselesaikan ya, mak bukan churi tulang ok!]

Apapun ini cuma pandangan peribadi aku, takde kaitan dengan sesiapa, bukan mewakili sesiapa dan bukan juga dibuat atas permintaan sesiapa. Aku cuma berkongsi apa yang aku rasa perlu dalam membantu mana-mana individu yang merasakan isu yang aku ketengahkan ni, sama penting macam hal-hal lain dalam dunia ni, insyaAllah :)*


Kata orang, apa ada pada nama?

Jawab aku, oh, BANYAK GILE LE... Serius, banyak gile hingga kalau difikir-fikirkan hanya sebab nama sahaja, kita boleh jadi separuh gilalah juga!

Nama yang dipilih menjadi nama yang kita bawa, yang menjadikan kita dikenali, memang banyak pengaruhnya pada kehidupan kita.

1. Katakanlah, nama yang diletakkan pada kita begitu pelik atau malang sekali, berbunyi/kelihatan sungguh jelik pada sesetengah orang, hingga orang tak tau kita ni jantina apa, bangsa apa, agama apa. Tidak ke setiap kali memperkenalkan diri tanpa menunjukkan muka akan menimbulkan masalah, terutamanya bila kita hanya bercakap di telefon/bertukar-tukar email?

2. Belum lagi kalau nama kita membuatkan kewarganegaraan kita diragui. Maaf cakap, ada yang suka letak nama macam orang seberang, padahalnya anak jati yang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia sejati. Dah jenuh si anak nak menerangkan kepada orang keadaan diri asal dari mana dan sebagainya, hanya kerana si ibu kemaruk nonton sinetron semasa mengandungkannya dulu!

3. Kisah nama yang ke-orang-putih-an pun, satu hal juga. Orang penah ingat aku tipu nama aku, pinjam tag nama orang lain, sengaja glamour kan diri sendiri hanya kerana aku berwajah Melayu tapi nama aku, agak kebaratan, pendek kata, Melayu Jawa totok tapi nama orang putih, kononnya tak grand lah nama Melayu. Macamlah aku yang mintak sangat dibagikan nama tu. Hadoi...

Nama yang kebaratan ni bukannya tak bagus, ada juga yang bersifat universal sebab dalam kitab Al-Quran ada disebut, dalam fahaman/kepercayaan lain [aku takkan sebut fahaman lain seperti Kristian dsb sebagai ‘agama’ sebab hanya ada satu sahaja agama dalam dunia iaitu Islam, yang lain hanyalah fahaman/kepercayaan semata-mata] pun turut disebut, contohnya macam Adam [tu je yang mampu aku terfikirkan sekarang].

Tapi ada orang sebab tah ya, kemaruk glamorkah atau merasakan yang zaman sekarang sudah moden, anak-anak pun mestilah moden nama mereka barulah nampak, moden, sanggup menamakan anak dengan nama-nama yang kasihannya si anak ni nanti, bila masa kecil, comelnya nama tu tapi bila masuk alam persekolahan, diejek oleh kawan-kawan sebab namanya mungkin macam watak kartun atau kedengaran macam nama haiwan [aku penah kena ok, sebab tu aku trauma dan tau sangat apa rasanya bila bernama tak berapa Melayu dan jauh skali la berunsur keAraban ni...]

4. Aku tak tau la orang lain, tapi aku cukup pantang bila orang salah sebut nama orang lain. Sungguh tak sensitifnya orang sebegini, tak tau apa rasanya bila nama kita disalah sebut, sebab kita hidup di kalangan Melayu yang bertutur dalam Bahasa Melayu, yang suku katanya mesti disebut dengan cara Bahasa Melayu juga. Cuba lihat contoh di bawah.

Ada satu nama, KAMELIA ejaannya. Reaksi biasa orang adalah, “wah, dahsyat nama nih!”. Tapi camne dorang sebut nama tu? [sekarang bayangkan andalah yang bernama KAMELIA nih]

K-A berbunyi KA, bukannya boleh disebut sebagai KAY macam dalam pelat orang putih. M-E akan disebut sebagai MEH dan bukannya ME [macam kata ganti nama diri dalam Bahasa Inggeris]. L-I-A, well, memang akan disebut sebagai LIA juga dalam Bahasa Melayu. Sekarang bayangkan anda tuan punya nama yang saya pinjam di atas, KAMELIA, adakah anda suka kalau dipanggil sebagai KA-MEH-LIA berbanding dengan KAY-ME-LIA?

Untuk mudahkan proses di atas, buang huruf K dan sebut nama tersebut. Mesti korang akan sebut nama tu sebagai AMY-LIA dan bukannya AH-MEH-LIA kan?

Jadi, mana grand nya nama tersebut bila orang sebut tak betul, hingga kadang-kadang ada yang pandai-pandai sahaja tukar ejaannya ikut senang dia je menulis ataupun dengan macam tak salahnya memanggil nama anda sebagai KAMILAH/KAMALIAH/JAMILAH/KAMALA? [KAMALA? Jadahnya?]

Marah tak, kalau anda tuan punya nama KAMELIA nih? [sekadar memberikan contoh paling mudah iaitu nama & pengalaman aku sendiri, banyak lagi nama lain yang boleh disebut sebagai contoh tapi kang bertambah pulak yang membenci aku, bab nak buat semua orang suka kat kita tu memanglah mustahil tapi sebab dah buat dosa kan, menyakitkan ati orang lain, so takpelah, aku berkorban je kat sini, mak rela nak, mak rela!]

Itu baru beberapa bab. Jadi, remehkah bab beri nama pada anak nih?

Maaf cakap, pada aku hal nama ni bukannya remeh. Jadi mari kita ke bahagian berikutnya.





No comments: