.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, June 7, 2011

MEMANG NAK, TAPI...

Berhabuk blog ni aku tinggalkan sejak 040411 yang lalu.

Sibuk sangat ke? Tah. Tak reti aku nak kata sebenarnya.

Sejujurnya aku banyak kisah nak dikongsi dan mesti diceritakan. Tapi,... banyak yang menghalang aku daripada meneruskan hasrat.

Macam-macam le. Dihambat masa. Dikejar macam-macam deadline. Dihalang banyak faktor tertentu. Ditampuk pulak macam-macam ke pundak ku. Ya Allah, ringankanlah beban hamba-Mu inih, amin!

Apa pun, aku mengharapkan kehilangan aku baik di blog dan juga di FB serta di pejabat [bagi sesetengah orang yang selalu cari aku di pejabatlah, kerap mengeluh susah nak dapat contact aku pun. Tahape busy sangat gamaknya, tak geti pulak teman nak kata], tak mengundang benda-benda pelik-pelik. Tak kisahlah, pelik camane pun.

Yang penting, bos aku tau aku ke mana. Kawan-kawan sejati sudi membantu meringankan beban fizikal & mental aku. Dan oh, bigger boss a.k.a Mr. S juga mengerti, cukuplah.

Nanti ada masa aku sambung semula buah fikiran aku.

Buat masa ni, aku sedang edit gambar-gambar first job aku sebagai hired photographer. Walaupun aku amat menghargai peluang yang ditawarkan dan amat tersentuh dengan kepercayaan yang diberikan memandangkan aku tak pernah lagi buat secara dibayar jauh sekalilah secara profesional, aku terasa beratnya bebanan emosi yang terpaksa aku tanggung sebab aku risau.

Risau kalau aku tak berjaya memenuhi impian orang. Maklum je, majlis pertunangan cukup besar bagi aku yang tak ubah macam sorang bayi yang masih merangkak dalam bidang photography nih. Selama hari ni ia cuma hobi, yang dibuat bila hati terasa nak je.

Risau kalau aku gagal menjayakan harapan orang. Maklum le, tanggapan orang terhadap pemilik/pemegang SLR nih, biasanya sangat tinggi dan berbeza berbanding dengan melihat orang yang bawa kamera kompak je.

Risau sebab, aku bukanlah seorang editor gambar. Aku sorang yang suka merakam gambar. Menzahirkan imej dalam bentuk gambar yang awalnya, aku dah projek dalam otak aku dan aku akan berhempas-pulas menghasilkannya. Cabarannya pada aku adalah lebih berat tapi menarik sebab bukan senang nak merakamkan moments yang mungkin takkan kembali, dan kita tak tau pulak bila munculnya. So, camne nak bikin gambar?

Ada orang senang edit gambar. Aku pulak, terbalik. Mungkin sebab tu cara aku 'bergerak' kot selama hari ni. Cam dulu aku belajar masak, aku akan projek dulu bayangan masakan tu akan jadi camane, apa rasanya, rupanya, warnanya dan reaksi emosi yang timbul bila makanan tu mencecah lidah, baru aku boleh masak benda tu. Sama juga dengan amik gambar - aku akan projek dulu imej tu dalam otak dan cuba hasilkan sebiji macam dalam otak aku tadi, dengan menunggu masa yang sesuai atau tak putus asa compose gambar tu sampai dapat sebiji macam imej yang aku projekkan awal-awalnya.

Jadi tuk menghasilkan gambar tanpa perlu edit yang extensive [cukup sekadar basic editing macam basic cropping, basic exposure dan sebagainya], memang bukan senang. Lighting kena betul. Padahal aku tak punya external flash dan diffuser yang boleh membantu. Aku terpaksa bergantung banyak pada standard kit yang memang ada built-in flash, yang kadang-kadang memang menguji kesabaran aku sebab dia akan terlompat sendiri suka-suka hati dia je.

Bab-bab lain cam ISO exposure dan angle [sekadar menyebut beberapa perkara yang aku sendiri pun masih terkial-kial cuba menzahirkan teorinya kepada praktikal & hasil] pun kene fikir juga. Untuk proses ni je aku rasa akan amik masa berjam-jam malah mungkin berhari-hari, kalau tak kena gayanya. Dah tentu-tentu tak sesuai kan, untuk fotografi majlis?

Serba bingung aku jadinya. Aku biasa shoot still life. Benda-benda tak bernyawa atau tumbuh-tumbuhan, haiwan dan subjek paling aku suka, awan dan langit. Bila kene shoot orang, aku jadi, buntu, beku dan bangang.

Bukan nak ragu kemampuan diri sendiri. Pada aku, baik lagi aku begini daripada bersikap terlalu angkuh dan terlalu bongkak hingga memakan diri bila hasil kerja aku terlalu biasa dan tak setimpal dengan apa yang pelanggan harapkan. Aku risau kalau aku jadi macam tu. Sebab, tu akan jadi perkara yang buat aku 'mati'. Aku tak taulah orang lain memang suka buat camtu gamaknya tapi aku tak boleh. Aku takkan mampu berbangga dengan hasil kerja yang camtaik atas nama kamera SLR & editing software semata-mata, kalau aku takde kreativiti sendiri, idea sendiri dan tak malu pulak kata semuanya dah rezeki aku!

Thanks sudi baca luahan hati aku. Lega sikit rasanya.

Ok sambung edit gambar :)

2 comments:

Eien Mohmad said...

edit pic lawaa2 kay (:

bulee hilangkan tension ;D

Kimi Kay MS said...

hehehehe. nak edit pun tension la Eien. sbb sy bukan pandai pun amik gambar hehehe... tu yg lagi tambah buruk keadaan kot.