.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, March 21, 2011

PERASAAN AKU JE KE, ATAU,...

Aku suka pergi ke kedai-kedai rakyat tempatan, baik kecil mahupun besar, sebagai langkah menyokong perniagaan anak tempatan sendiri. Lagipun aku cuma orang biasa yang pendapatannya tak besar mana dan lagaknya kecik aje ekekeke...

Ni aku nak share beberapa kisah, so bear with me please - I can be very berjela-jela at times :P

- Kisah 1 -

Dulu-dulu pernah aku pergi satu gerai di kawasan Jalan Masjid India. Gerai ni menjual pisang/sukun/ubi kayu goreng, ubi getuk, donat dan ada satu kuih yang aku kira, cukup istimewa sebab memang tak pernah aku jumpa di mana-mana gerai lain pun. Kuih yang tepungnya macam donat dan ada diletakkan pulut yang dah dikukus pastu ia digoreng. Tepungnya lembut dan sedikit liat-liat pastu ada pulak pulut kukus yang permukaannya garing disebabkan digoreng - memang sedap dan menjadi sebab kukuh kenapa aku sanggup mengulang kunjung kedai tu tuk beberapa ketika. Akak kedai tu pun sampai tak kisah bagi aku dua tiga biji kuih percuma sebab tiap kali aku beli mesti RM5 dan ke atas :)

Tapi entah kenapa pada satu hari kedai tu aku lihat, tak dibuka. Juga pada hari-hari lain yang aku kunjunginya lepas-lepas tu.

Aku hanya mampu gigit bibir tiap kali aku melintasi gerai tersebut, yang sebaris dengan gedung Haniffa Textile di Jalan Masjid India tu, sehinggalah ke hari ini.


- Kisah 2 -

Ada satu kedai jual kuih kacang hijau atau nama tradisional kuih lama Melayu ni, kuih kasturi di Pantai Dalam, di deretan gerai-gerai usang depan blok rumah pangsa Taman Bukit Angkasa. Kuih kasturi makcik ni memang sedap dan susah juga nak cari yang rasanya sedap macam makcik ni jual.

Beberapa kali aku cuba ulang kunjung ke kedai ni tapi hampa, sebab kedainya macam takde waktu yang tetap dibuka/ditutup.

Tiap kali aku lintas depan kedai tu tiap kali tu juga kedai tu ditutup, kalau dibuka pun, kuih kacang hijau yang sedap tu sama ada dah habis ataupun tinggal sikit sangat yang rupanya dah tak berapa molek [hancur-hancur ataupun banyak tepung/kerak je] dan makcik tu kalau jual pun takdenya nak bagi harga murah ataupun sedekahkan aje... Muka pun macam tak suka je aku datang, tah.


- Kisah 3 -

Satu kedai makan di Pusat Penjaja Medan Selera dekat Taman Bukit Angkasa juga, kedai ni jual masakan Siam dan masakan Melayu. Aku & Mr. S memang akan selalu ke sana untuk makan malam sebab makanan situ memang kena dengan selera kami. Sampai satu ketika Mr. S sampai ke tahap mintak nombor telefon si pengusaha kedai supaya boleh dia hubungi sebelum kami datang so takdelah kitorang tunggu lama ke sebelum dapat tapau ke.

Tak lama pastu kedai tu selalu pulak ditutup tiap kali kami datang. Dan sekian kalinya kedai tu tak pernah lagi dibuka sampai sekarang.


So, aku harap 3 kisah di atas tak membosankan korang yang membaca. 3 kisah yang berlainan, tapi konsepnya sama je - peniaga Melayu yang bila perniagaannya dah ok [kalau tak sepenuhnya maju pun], mesti servisnya mula merudum dan akhirnya, sama ada buka perniagaan sesuka hati bila dia nak buka hinggalah tiba satu ketika, kedainya langsung tak dibuka lagi walaupun tapak perniagaannya masih tersergam kukuh struktur gerai/kedainya.

Bukan nak kutuk bangsa sendiri dalam meniaga, tapi apakah perasaan aku semata-mata atau memang benda ni, satu kenyataan?

Terima kasih kerana sudi membaca tentang perasaan aku je ke atau, ini sememangnya satu kenyataan yang menyakitkan pasal kenapa perniagaan orang Melayu kita jarang dapat bertahan lama, kalaupun ia tak menjadi maju dan besar macam yang boleh bangsa lain capai, sekalipun telah disokong kuat oleh anak bangsanya sendiri...


No comments: