.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, March 14, 2011

MARI BUAT KOTAK KAD UCAPAN :)

Baru-baru ni dapat arahan kene kemas ruang kerja di pejabat. Semua orang kecoh betul mengemas sebab takut auditor 5S datang dan buat pemeriksaan bintik, eh, mengejut lah.

So anyway, sibuk-sibuk mengemas aku terjumpalah dengan seberkas kad raya & jemputan kahwin yang dah lama dalam simpanan aku. Bukannya aku punya pun, tapi bos punya. Aku bawa balik rumah dan terfikir, apa nak dibuat dengan kad raya & jemputan kahwin yang dah berjaman nih, buang sayang, pasal cantik-cantik kebanyakannya. Nak recycle balik cara mak aku buat [ganti dalamnya je dengan kertas yang baru dan hantar pula pada penerima lain bila nak raya nanti], aku tak berapa rajin pulak... Dengan keadaan kad-kad tu pulak yang bos aku dah sign pulak atasnya [tu tanda dia dah terima dan bacalah kaedahnya], memang tak molek langsung kalau nak diguna semula dengan cara camtu kan...

*Pakai topi berpikir*

Lama-lama aku terfikir, kenapa tak aku buat kotak kecik molek daripada kad-kad tu kan?...

*Mentol menyala*

Tetiba aku terberhenti, sebab aku teringat yang aku memang tak tahu langsung cara nak membuat kotak daripada kad-kad tu.

Hah takpe, gugel je la pe susah kan?

Huh senang la sangat gugel. Banyak yang aku jumpa langsung tak membantu. Kalau ada pun memang susah nak buat, kene ukur sukat bagai. Pastu kena gam pulak. Huh.

Chari punya chari, aku ended up kat satu blog nih. Tapi masih juga tak mampu memberikan aku bantuan yang aku perlukan. Sebab, dia buat step satu dan tiba-tiba dalam gambar berikutnya, aku nampak kad tu dah dilipat tah camane rupa.

Tak boleh jadi ni... Nampak gayanya, nak tak nak aku kena juga usaha sendiri, visualize, try and error, cam biasa aku buat *ko pun bengap sangat nak mahamkan orang lain sebenarnya Kimi, bukan salah orang tu tak explain betul-betul*

Akhirnya aku berjaya *hayun penumbuk ke udara tanda puas ati*

Jenuh siot, buat satu benda aku amik gambar. Satu kotak nak siap pun amik masa dekat sejam.

Tapi takpe, yang penting aku puas hati.

So aku persembahkan hobi terbaru aku, mana tau kot-kot korang pun berminat ke nak try :)

- Peralatan/bahan-bahan yang diperlukan -

1. Kad-kad ucapan lama, dibuang bahagian kertas dalamnya [kalau kad raya lah]
2. Gunting tajam
3. Pembaris
4. Pen/pensel
5. Meja/work station yang kukuh tuk mudahkan kerja-kerja melipat
6. Tenaga yang banyak [sebab nak tekan setiap lipatan supaya kemas garisannya] atau;
7. Objek yang bulat cam badan pen, tuk bantu menekan setiap lipatan supaya garisan2 yang dibuat kemas & cantik :)

- Cara-cara -


1. Gunting kad kepada dua bahagian yang sama ukuran
[mesti segi empat sama/square]


2. Lipat kad sehingga jadi rupa dalam gambar ni
[setiap bucu dilipat ke dalam, mencecah bahagian tengah kad]



3. Lipat kad memanjang bagi setiap bahagian.


4. Lipat hingga bila dibuka kad ni, nampak banyak kotak kecik2 & segi tiga di setiap bucu :)
[sori kalau gambar tak jelas sangat, maklumla kita bukannya ada SPM dlm photography]


5. Kalau ni first time anda buat kad nih, sebaiknya setiap segi tiga ni ditandakan
[sila perati betul2 ya, sori skali lagi mutu gambar agak kureng ensem]



6. Potong segi tiga yang bertanda tadi hingga kad jadi rupa camni.


7. Dengan pembaris & pensel/pen, lukis garis cam dalam gambar di atas.


8. Gunting dengan berhati-hati hingga jadi macam ni untuk jadikan 'lengan'.


9. Lipat setiap bucu, halakan ke tengah-tengah kad dan pastikan 'lengan2' tu masuk dengan kemas kat bawah kad yang bucunya dilipat ke tengah-tengah kad.


10. Ta-daaa!!! Ni bahagian bawahnya :)

Nota :

1. Untuk buat penutupnya, buat sama sebiji cam step2 seblum ni dan bila tiba step ke-3, lipatan memanjang yang dibuat tu, jangan tindih dengan garisan tengah-tengah kad.

2. Atau boleh juga ukur dengan pembaris, wujudkan ruang sebanyak 0.3 cm supaya bila siap, penutup kotak ni akan lebih besar sikit daripada kotak yang bawah ni :)...

3. Nak buat saiz sama pun boleh tapi ditakuti agak ketat la bila nak tutup kotak yang bawah tu kan, terpulang la masing-masing camne.

So inilah antara hasil kerja aku :)


Inilah model step by step aku :)


Ringkasan bagi setiap step by step :)


Dua buah kotak yang aku buat daripada kad raya yang bentuknya segi empat tepat/rectangle. Aku potong dua & buat sama je macam buat dengan kad segi empat sama.


Ni step by step bagi dua kotak kecik tadi :) comel kan?



Apa guna kotak-kotak ni?

1. Boleh recycle kad-kad ucapan yang dah lama tapi sayang nak dibuang, nak disimpan takut dimakan anai-anai ke contohnya.

2. Boleh dijadikan door gift [diisikan ikut suka oleh tuan rumah, sama ada nak bagi gula-gula ke, potpourri ke, bunga rampai ke, kata pun ikut suka kan] untuk majlis kecil-kecilan macam cukur jambul bayi. Ada juga orang yang buat bekas gula-gula untuk diberikan kepada tetamu yang datang majlis perkahwinan meke.

3. Bila dah jadi kotak, rasa cam comel la pulak. Sebab rupa dia masa masih dalam bentuk kad kita dah tau, bila kita transform jadi kotak, kita biasanya akan surprised dengan hasilnya. Contohnya cam ni ha:-


- Sebelum -


- Selepas -

Cantik tak?

4. Ada kawan aku yang cerita dia penah buat kotak-kotak ni dan diletakkan dengan duit raya untuk diberikan kepada kanak-kanak yang datang beraya di rumahnya.

Macam-macam lagilah yang boleh dibuat dengan kotak-kotak ni kalau kita nak :)

Selamat mencuba!

No comments: