.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, March 9, 2011

JALAN2 TEPI PANTAI = GAYA HIDUP CAMBEST?

Antara perkara termusykil pernah aku fikirkan adalah kenapa orang susah sangat nak faham tentang satu-satu perkara yang padahalnya, hari-hari dia buat.

Yang tak boleh blah tu, boleh pulak dia rasa cam tak salah je bila dia menyusahkan orang lain sebab dia tak faham-faham apa yang hari-hari pun dia buat.


- Kisah 1 -

Tadi pagi masa nak gi kerja, aku macam biasa riding ke opis, ikut mana lagi, jalan yang luruslah.

Tau-tau bila aku sampai lane paling kanan [yang kita paham bahawa lane untuk memecut/laju], aku pulak yang paling perlahan, atau terkial-kial.

Adeh. Berapa punya tension dah. Sorang rider apek senior citizen dok depan aku cam jalan-jalan cari makan je la kaedahnya.

*tarik rambut*

Aku terkenang punch card yang dah nak time.
Belum lagi berbakul sumpah sebab keluar rumah lambat dan orang parking cam tak salah je dekat parking motor, menyusahkan aku nak keluar.

*salah ko sendiri derr, bab kuar lambat tu! dah tau orang suka parking cam parking flat ni mak bapak dorang yang punya, kuar lagi lambat-lambat!*

Aku clear kan kepala, aku cepat-cepat cari apa alternatif aku ada... Oh, jalan tengah-tengah ni nampak cam clear!

Aku beri signal dan dengan hati-hati, motor aku pun dah sampai ke tengah. Malang sekali depan aku pulak ada sorang mamat yang muda [dan sepatutnya lebih cekap daripada aku yang pempuan neh bab-bab mencilok jalanraya yang tengah banyak kereta bergerak tapi slow], bergerak dengan hati-hati.

*darah menggelegak*

Takleh blah siot!

Tetiba nasib aku agak baik bila ada satu bas cuba masuk dari lane kiri ke tengah tanpa beri signal. Apa lagi, ibu jari kiri aku yang *ehem* chubby tu, tekanlah hon.

Bas tu terberenti sekejap, mamat depan aku awal-awal dah terkial-kial terkail-kail sebab bas tu dan aku pun cilok dan terus masuk paling kanan, meninggalkan jauh mamat yang muda dan apek yang senior citizen tuh menuju ke jalan besar dan akhirnya, berjaya juga aku sampai ke pejabat dengan selamat, sejahtera & bak kata omputeh, in one piece, alhamdulillah.

- Kisah 2 -

Lif di pejabat ada 3 bijik. Satu dah rosak, so tinggal lagi 2.

Nak tunggu yang 2 ni berenti kat level opis aku pun, berjanggut dicukur bleh tumbuh balik la gayanya.

Maklum, opis ada 14 tingkat genap & 15 tingkat ganjil [tolak tepi dulu Lobby & Basement].

Aku dapat juga sudahnya naik lif dan disebabkan ramai lagi orang lain yang juga balik jam 5 cam aku, lif tu ala-ala penuh jugalah.

Okey, sampai ke Basement, dari situ aku perlu turun satu lagi tangga untuk sampai ke Sub-Basement, sebab di situlah aku park cik ombak itam aku :)

Orang yang depan aku ni ha, betul-betul mencabar kesabaran aku.

Daripada saat dia terhegeh-hegeh masuk lif kat level opis dia sampailah ke tahap nak keluar lif - memang lembab!

Tahape yang berat sangat dibawaknya pun aku tak reti. Rasanya, aku lagi besar & lebih berat daripada dia.

Dapat je peluang aku terus potong dia yang jalan macam di tepi pantai yang indah [sedangkan dalam parking tu cer bayangkan camne bau & suasananya].

Sampai kat motor aku pun gerak, hari nak hujan.

Aku rasa kalau lif satu lagi tu tak rosak, mesti aku akan lebih cepat keluar dan tak perlulah nak rasa geram kat pempuan yang [mentang-mentanglah perempuan dia ingat orang tak marah dia kot sebab dia] jalan terhegeh-hegeh ngalahkan penagih tu!


Aku rasalah kan, mungkin tu kot yang membuatkan aku tak nampak feminin sebab:-

1. Aku telah dididik dan dibiasakan untuk mencilok dengan cekap dan tanpa segan, jauh sekali malu [bukan tak tau malu hokkey!], apabila di jalan raya.

Aku cuma sentiasa diingatkan oleh mak, abah & Mr. S, supaya sentiasa berhati-hati dan pandai-pandai menunggang supaya tak dilanda masalah cam langgar bontot keter orang atau dilanggar oleh orang yang dah la bangang pastu takkan nak ngaku punya pasal salah dia, dia langgar aku. [memang dah jadi satu accepted norm ya, kalau di jalan raya, camana salah pun pemandu kereta tapi yang naik motor jugak akan didakwa sebagai pihak yang tak pernahnya betul, bila berlaku kemalangan/pelanggaran]

2. Aku dah dibiasakan dan dididik bahawa perempuan sejati tidak dinilai semata-mata oleh pergerakan yang lemah-gemalai terutama sekali bila berjalan.

Takde maknanya ok, tang jalan saja lemah-gemalai tapi bila tiba bab bercakap suara boleh didengar dari berapa marhalah lagi cam dia sorang je ada suara, ataupun bila bab mengunyah makanan takde reti nak tutup mulut kecepak-kecepuk cam orang jantan dan nampak cam sopan tapi sebenarnya takde malu langsung, semua celah bedah kalau boleh nak ditunjuk, baik secara balutan yang kemas [baju ketat] ataupun balutan transparent [baju jarang la pe lagi]

Dah-dahlah tu, nak jalan cam awak ada 48 jam sehari dalam hidup ni kita peduli apa.

Tapi, boleh tak, gi jalan kat tepi-tepi, kalau cam kat jalan raya, dok seblah kiri untuk mensiputkan diri, kalau kat eskalator [tangga karen, tak kiralah di mana pun tangga karen ini berada] berdirilah kat sebelah kiri supaya orang lain yang berminat untuk membakar kalori dan membina staminanya dengan cara menaiki tangga, boleh buat sedemikian tanpa perlu mengucapkan "Eseskius mih?"

No comments: