.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, March 31, 2011

BERAPA PANTAS BOLEH PERGI?

Hahahaha... Jangan bingung dengan entry ini punya tajuk ya.

Aku terjumpa satu benda best nih. Apebendanya ko tanya?

Actually bukanlah benda, tapi lebih kepada tips untuk mengetahui kelajuan blog kita semasa proses loading dilakukan.

Kepantasan me-loading blog banyak mempengaruhi pengunjung blog sebenarnya. Mungkin pada kita blog kita memang loading dah laju dah, tapi bagi lain orang yang mungkin kemampuan komputernya tak tinggi mana, kelajuan blog memang akan jadi satu faktor besar mempengaruhi minat mereka berkunjung ke blog kita.

Salah satu yang membuatkan blog kita jadi lambat loading adalah elemen-elemen seperti javascript dan gambar-gambar beranimasi [gambar-gambar bergeraklah tu].

So kalau berminat nak tau berapa pantaskah blog anda atau berapa berat blog anda [ingatkan kita je ada berat ek?], sila ke website ini http://tools.pingdom.com/ dan masukkan alamat blog anda pastu tekan Test Now.

Pastu semua maklumat mengenai blog anda akan terpapar, antaranya termasuklah :-

Website information

Total loading time:15.4 seconds
Total objects:177 (1161.3 KB)
External objects:150 (538.9 KB)
HTML (X)HTML:6 (163.8KB)
RSS RSS/XML:0
CSS CSS:8 (112.8KB)
Scripts Scripts:3 (190KB)
Images Images:160 (694.8KB)
Plugins Plugins:0
Other Other:0
Redirected Redirected:0
[p/s: ni maklumat blog aku :), ringankan?]


MELATA KE, MELANGIT KE, SAMA JE...

Entry kali ni berkisarkan tempat aku tinggal dan masalah-masalah yang sering timbul.

Antara sebab kukuh tempat tinggal aku ni dibina asalnya adalah untuk memindahkan penduduk setinggan demi mencapai matlamat Setinggan Sifar yang dimulakan sejak tahun 2005 tapi sasaran tu masih belum berjaya dicapai sepenuhnya hingga sekarang [tapi ada pengurangan yang ketaralah pada statistik setinggan yang masih wujud di KL terutamanya]. Selain tu juga, penduduk mana-mana kawasan perumahan yang terpaksa dipindahkan disebabkan tanah yang diduduki terlibat dalam pengambilan balik tanah untuk sebarang projek pembangunan juga akan diberi keutamaan untuk dipindahkan ke mana-mana PPR yang bersesuaian di KL nih.

Setinggan-setinggan ini cuba dihapuskan supaya dapat meningkatkan kualiti hidup warga kota KL yang masih tinggal di rumah-rumah setinggan yang bukan sahaja memburukkan rupa paras KL keseluruhannya malahan juga tidak selamat untuk didiami disebabkan mudahnya terdedah kepada risiko penyakit berjangkit seperti taun dan penyakit lain seperti denggi, disebabkan pembangunan tidak teratur rumah-rumah setinggan ni.
[dah macam buat paper tuk boss aku la pulak nih :P]

Anyway, disebabkan penduduk setinggan dipindahkan ke rumah pangsa yang mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik dan terancang [kononnya], maka timbul pulak satu masalah lain yang aku panggil, setinggan melangit [selalu kan setinggan bersepah melata kat ceruk hutan mana dorang boleh bina struktur kediaman/bukan kediaman pun dorang akan buat kan?]

Dengan keluasan rumah yang besar juga untuk sesebuah keluarga, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, rumah pangsa generasi baru yang dikenali sebagai PPR [Projek Perumahan Rakyat] dilihat sebagai salah satu cara menyelesaikan masalah setinggan, memandangkan keadaan rumah yang lebih selesa dan luas untuk yang menghuninya, berbanding dengan rumah pangsa sebelum ini yang dibina hanya dengan 2 atau 1 sahaja bilik dan membuatkan lebih ramai penghuninya, terlibat dengan lebih banyak masalah sosial sebab ramai yang tak tahan duduk dalam unit rumah yang kecil ya amat padahal ahli keluarga ramai.

Rumah PPR yang secara umumnya berketinggian 17 tingkat [ada juga yang lebih rendah, tapi tu di kawasan lain di KL] ni turut dilengkapi dengan 2 lif biasa dan 1 lif bomba. Bayangkan, setiap tingkat ada 2 wing, satu wing ada lebih kurang 15 pintu dan lif cuma ada 3 buah sahaja di tengah-tengah setiap blok flat.


Ok, tu dari segi fakta, sekarang kita pergi pulak kepada masalah-masalah sooo-sial yang muncul bagai nak gila disebabkan rumah PPR nih.

Disebabkan mereka biasa menduduki kawasan setinggan yang kotor, busuk, buruk dan tak semenggah, bila dapat rumah flat nih, mereka masih lagi mahu jadi setinggan yang kotor, busuk, buruk dan tak semenggah.

Motorsikal dibawa masuk ke dalam lif dan diletakkan di luar rumah yang mana laluan pejalan kakinya bukanlah besar mana pun.

Dah tu penuh pulak dengan segala macam rak kasut, kerusi tuk lepak-lepak, pasu-pasu bunga baik yang bergantungan mahupun yang disusun sepanjang koridor.

Belum lagi sentuh pasal ampaian yang dibuat betul-betul depan rumah [bukannya pada dinding luar koridor] yang mana jangan hairanlah kalau tiba-tiba anda berjalan di koridor, tercangak-cangak mencari rumah yang anda perlu pergi sambil terpaksa elak macam-macam halangan di laluan [dah macam game Istana Takeshi pun ya jugak!] dan ada pulak bra saiz besar boleh buat perah santan hinggap kat muka anda!


Sape ingat scene ni mesti paham apa maksud aku
dengan kata-kata bra boleh perah santan tu
[gambar thanks to Nadirah Itik Kuning]


Itu baru sentuh bab koridor. Belum lagi cerita bab lif.

Berapa ramai yang kencing dalam lif? Nasib baik takde yang berak je!
Yang tak malu langsung tinggal sampah berair-air dalam lif pun ramai.
Yang bengap nak mampus sampah berair-air menjejeh-jejeh pun ramai jugak, macam tak salah je bawak masuk lif. Aku terpikir, camne dorang bawak sampah yang berair & menjejeh-jejeh tu, keluar daripada rumah, tak ke rumah dorang pun ada titisan air sampah tu?
Yang muda belia nak naik/turun setakat 1-2 tingkat pun sibuk tunggu lif, lagi tak terkira. Ni kategori OKU yang baru tu kot [Orang Kurang Usaha].

Belum setahun pun blok aku ni diisi dengan penduduk yang berhak [sepatutnyalah], butang lif dah ada yang dikopak habis hingga lompong isi dalamnya. Perspeks [plastik yang diletakkan untuk melindungi lampu di siling lif] pun habis dikebas. Starter lampu lif pun hilang, kalau ada 4 batang lampu, 3 daripadanya mesti takde starter.

Dinding lif diconteng-conteng dengan kata-kata yang indah lagi mengashikkan. Silap-silap haribulan, anda beruntung kalau nampak lukisan-lukisan yang chantik dan menghiburkan.

Kisah di tangga pun tak kurang hebatnya. Bau hancing kencing setan mana tah sentiasa menyelubungi tangga, nak-nak pulak tangga yang berada di hujung blok, sebab tak ramai guna tangga hujung kan. Belum lagi cerita ia dijadikan tempat budak-budak bawah umur daripada blok flat mana entah, untuk melepas gian menghisap rokok secara sorok-sorok. Dan tah apa-apa lagi gamaknya yang dorang buat sebab yang perempuan pun selamba je duduk sama-sama dengan yang lelaki tak kiralah dah pukul berapa pun, seronok borak-borak buang masa dan kadang-kadang, terjerit pekik macam kena rogol ramai-ramai.

Yang main motor ke hulu ke hilir tak kira siang malam sambil saja-saja perah minyak lebih supaya enjin menderu kuat pun ramai. Yang kereta enjin turbo[ngok] kononnya bangga mengaumkan enjinnya macam tak salah je tiap kali melalui kawasan blok dan bila nak parking, padahal tengok kereta enjin bikin je... Bukannya kereta mahal pun. Poyo je lebih.

Cerita pasal double park dah basi dah. Kat tempat aku nih, triple quadruple park lagi. Yang cacat otak sebab rasa diri dorang bagus sangat dan tempat ni dorang punya kan, selamba je parking kat tempat OKU atau lebih baik, parking kat laluan pejalan kaki keluar/masuk ke parking tu.

Lagi satu 'kegemaran' aku adalah, jiran-jiran yang betul-betul bertimbang rasa. Tak kira jam berapa pun kalau dorang nak bertukang, pasti dorang akan buat. Kalau tak bertukang pulak, rajin bebenor masaknya, sebab pukul 11 malam pun ada yang ketuk lesung tanpa melapik bontot lesung tu, tah nak masak apa aku pun tak tau. Yelah, aku tak masak kan, orang lain semua masak, tu yang tak lapik bontot lesung tu masa nak menumbuk.

Parking motor pun best jugak. Sudahlah parking space limited sangat. Bila kita dah parking elok-elok motor, datanglah budak-budak tah dari mana ceruk tah tak kira pukul berapa nak main kat luar macam esoknya dorang tak sekolah je kan, main atas motor kita, kopek-kopek sticker motor, kutil-kutil getah kat side mirror, pegang-pegang side mirror dengan tangan melekit tah pegang apa,... macam-macam lagilah yang dorang buat. Kesian kan, mak pak dorang tak mampu nak beli motor kot, tu yang dorang rasa peghak [hairan/pelik melampau] dengan motor orang lain.

Bukan aku nak doakan yang buruk-buruk [bab rogol ramai-ramai tadi]. Bukan juga bertujuan tuk membuka pekung di dada sendiri. Tapi inilah realitinya, betapa setinggan yang dulunya melata dan kininya melangit, masih tak ada beza pun bila dah diberikan kediaman yang molek dan kemudahan yang cukup baik.

Ibarat kera diberi bunga, macam nilah. Buatlah macam mana pun nak uruskan setinggan-setinggan ni, tapi selagi takde kesedaran sivik dalam diri sendiri, selagi tulah, masalah ni takkan habis sampai bila-bila pun.

CAKAP CAM TAK SALAH JE

Zaman sekarang ni dah tak laku lagi dah kalau kita kata dialog-dialog camni :-

a. "Adoiii pehal lembab sangat orang depan ni bawak keter... *pintas bila berpeluang* ceh padanla lembab, PEREMPUAN rupanya!"

b. "Ish3! Ni tukar lane main masuk je tak bagi signal! *jenguk lebih sikit* huh patutlah tak bagi signal! PEREMPUAN rupanya!"

c. "Ko teragak-agak la pulak PEREMPUAN! Tadi aku laju ko pun nak laju! Ni aku dah slow ko pun slow! Aku nak potong ko tak bagi! *hon*"

d. "Eh pesal parking senget/bontot keter terkeluar nih? Huh padanlah parking macam bangang! PEREMPUAN rupanya!"


Kepada yang berani kata dialog-dialog gini kan, aku rasa dorang ni masih terperangkap dalam zaman dulukala.

Dulu-dulu bolehlah nak kata camtu. Sebab dulu-dulu majoriti pemandu kereta di jalan raya adalah lelaki dan perempuan yang memandu kereta, jumlah mereka boleh dibilang dengan jari. Lagipun dulu-dulu kan mana ada power steering? Semua steering keter keras je, so dah tentulah memberikan kesan juga pada pemanduan pemandu perempuan yang dah tentu-tentulah kudrat mereka, tak sekuat lelaki.

Kalau ya pun nak berkata-kata kononnya tak bersandarkan emosi sebaliknya hujah logik dan rasional [pada dia je la kot], kenapa tak boleh beri pandangan yang neutral, kalau tak boleh bagi fakta kukuh pun?

Daripada pengamatan akulah sepanjang aku berani tunggang motor sendiri untuk pergi balik kerja atau bila-bila keadaan memerlukan, pemandu daripada kedua-dua jantina masing-masing sama je masalahnya.

Lelaki pun ada yang tak reti nak bagi signal bila nak membelok selekoh atau tukar lorong. Perempuan pun ramai yang camtu.

Lelaki pun ada yang tak tau bagi isyarat tangan bila nak mencelah dan mengangkat tangan tanda terima kasih kepada pemandu yang dah beri dia ruang. Perempuan pun ramai yang camtu.

Pendek kata, semua kita ni sama je, ada lebih ada kurang masing-masing. Kalau semua pun kita dapat yang lebih je, dah tak jadi manusia la kot kita nih, sebab semua perfect je. Kalau semua yang kita dapat kurang belaka, pun tak best juga.

So belajarlah menerima hakikat yang memang manusia ni sama je baik lelaki maupun perempuan. Kita memang dicipta berlainan kelebihan dan kekurangan supaya kita mampu saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan pulak ingat disebabkan kita hanya bernikah dengan seorang suami/isteri dan jadi ibu bapa kepada sekumpulan anak-anak, maka kita tak ada tanggungjawab lain kepada masyarakat. Dalam Islam pun dah dinyatakan yang umat Islam ni semuanya bersaudara dan diumpamakan seperti satu tubuh badan, kalau satu bahagian badan sakit maka semuanya akan merasa sakit.

Sama gak dalam hal pemanduan di jalan raya ni. Mengecam segolongan orang tertentu sebagai membahayakan pengguna jalan raya yang lain, adalah sangat-sangat tak adil dan sungguh tidak profesional. Nak kata kecaman stereotaip camtu boleh menyelesaikan apa-apa masalah? Jauh la sekali.

Kadang-kadang aku sendiri hairan, agaknya apa kelulusan atau prerequisite yang berjaya dipenuhi dalam usaha menjadi orang yang mengeluarkan statement gender bias di Parlimen tu. Memang aku tau bukan semua orang boleh berbicara dengan bijak, tapi setidak-tidaknya, boleh tak sebelum berbicara tu, gunakanlah akal yang dah dipinjamkan Allah tu dengan sebaiknya?

Lagi tak tahan?

Skarang dia keluarkan statement pulak yang dia tak cakap camtu tapi diputar belit pihak tertentu dan disebabkan kesalah fahaman tu, dia dijadikan mangsa sexual harrasment.

What the fish?

Tuesday, March 22, 2011

APA BARANG MAIN BELAKANG

Huh.

Jangan cuak, atau fikir yang tidak-tidak ya.

Baru-baru ni masa pergi antar adik aku yang masih belajar balik ke rumah sewanya, dia ada berkongsi cerita pasal seseorang yang taklah jauh sangat ikatan darah dan lokasi geografinya dengan kitorang sekeluarga.

Katanya si polan yang masih di awal 20-an ni bertanyakan hal aku yang masih belum diberikan rezeki untuk ada anak.

Tuk seketika aku terlopong, terpikirkan, pejadahnya mat rempit muka belang dan banyak tattoo [parut eksiden la tu] kat badan dia tuh, minat sangat hingga peduli tuk amik peduli dengan keadaan aku yang aku rasa, selama hari ni tak tersenarai dalam to-do list dia [kalau dia tau la to-do list tu, natang mende].

Adik aku sambung cerita dia dengan mengatakan yang aku sihat-sihat saja, tak mengendahkan isu yang cuba disibukkan oleh mat rempit nih.

[Tapi kalau dah kaedah orang tak paham bahse ni kan] mamat tu terus mengasak adik aku dengan soalan yang cukup sensitif, yang aku kira, adik aku yang masih mentah tu pun tau, ia bukanlah salah satu perkara yang molek untuk ditanyakan kepada orang, tak kiralah siapa pun orang tu dalam hidup kita.

Adik aku jawab dengan malas, "kalau belum rezeki Tuhan nak bagi, sape kita nak pertikai?", sambil blah macam tak salah je dan tanpa memandang pun muka belang tu.

Bila balik, dia report la sama mak [report tetap report!]. Pastu mak macam dapat agak, mesti ada 'hidden hands' [cam freemasonry la pulak ek?] yang suh budak muka belang ni, jadi penchachai tolong tanya soalan cepumas tuh kat adik aku...

Agaknya dorang tengok, kalau nak tanya aku aku mesti laser dorang balik, nak tanya kakak pada si adik yang kena tanya ni pulak, dia memang takde masa tu [kitorang berdua memang takde masa keramaian yang si adik ni hadir dengan mak pak aku masa tu] jadi tanyalah kat si adik yang pada zahirnya nampak cam budak-budak yang tak tau nak berpikir, mesti dorang dapat korek rahsia cambest punya!

Sekali adik aku gi jawab camtu hahahaha... Nasiblah, sendiri chari pasal kan?

Pastu aku ajar adik aku tu, kalau ada orang bertanyakan hal aku, jawab je, "ko tanya jela dia sendiri, dia laki bini idup lagi..." dan kalau orang tu tanya, "eh, ko kan ada kat sini, salah ke aku tanya dan apa salahnya ko jawab je?", lawan balik dengan muka kering je, cakap, "aku ni ADIK DIA je, BUKANNYA JURUCAKAP DIA" pastu cepat-cepat blah.

Bukan aku nak ajar adik aku kurang ajar. Tapi aku rasa, perlu untuk dia tahu yang ada sesetengah orang memang perlu dijawab macam tu supaya niat untuk bertanyakan lebih banyak soalan akan terbantut, silap-silap akan buat orang tu terus menyesal dan terfikir, "KENAPALAH AKU CAKAP DENGAN BUDAK NIH???!!!" *dengan gaya tarik rambut penuh sesalan tahap langit petala tujuh*

Buat budak tu, bawak-bawaklah berenti jadi penchachai angkat najis orang lain. Konon ko hormat sangatlah dengan orang-orang tua kutuk yang lantik ko jadi penchachai tu, sebab dorang bertaraf mak sedare ko? Puih!

Ye, tau ko tu muda lagi, dah bertunang, tunang lak [macamla] lawa, idup ko perfect, ya aku tau, tapi kalau ko betul-betul lelaki kan, apa barang ko main belakang beb? Beberapa minggu lepas ko tanya adik aku tu kan ke ko ada jumpa aku kan, pesal ko tak tanya je aku depan-depan?

Setakat berani main belakang, tak guna la jadi lelaki~

Monday, March 21, 2011

PERASAAN AKU JE KE, ATAU,...

Aku suka pergi ke kedai-kedai rakyat tempatan, baik kecil mahupun besar, sebagai langkah menyokong perniagaan anak tempatan sendiri. Lagipun aku cuma orang biasa yang pendapatannya tak besar mana dan lagaknya kecik aje ekekeke...

Ni aku nak share beberapa kisah, so bear with me please - I can be very berjela-jela at times :P

- Kisah 1 -

Dulu-dulu pernah aku pergi satu gerai di kawasan Jalan Masjid India. Gerai ni menjual pisang/sukun/ubi kayu goreng, ubi getuk, donat dan ada satu kuih yang aku kira, cukup istimewa sebab memang tak pernah aku jumpa di mana-mana gerai lain pun. Kuih yang tepungnya macam donat dan ada diletakkan pulut yang dah dikukus pastu ia digoreng. Tepungnya lembut dan sedikit liat-liat pastu ada pulak pulut kukus yang permukaannya garing disebabkan digoreng - memang sedap dan menjadi sebab kukuh kenapa aku sanggup mengulang kunjung kedai tu tuk beberapa ketika. Akak kedai tu pun sampai tak kisah bagi aku dua tiga biji kuih percuma sebab tiap kali aku beli mesti RM5 dan ke atas :)

Tapi entah kenapa pada satu hari kedai tu aku lihat, tak dibuka. Juga pada hari-hari lain yang aku kunjunginya lepas-lepas tu.

Aku hanya mampu gigit bibir tiap kali aku melintasi gerai tersebut, yang sebaris dengan gedung Haniffa Textile di Jalan Masjid India tu, sehinggalah ke hari ini.


- Kisah 2 -

Ada satu kedai jual kuih kacang hijau atau nama tradisional kuih lama Melayu ni, kuih kasturi di Pantai Dalam, di deretan gerai-gerai usang depan blok rumah pangsa Taman Bukit Angkasa. Kuih kasturi makcik ni memang sedap dan susah juga nak cari yang rasanya sedap macam makcik ni jual.

Beberapa kali aku cuba ulang kunjung ke kedai ni tapi hampa, sebab kedainya macam takde waktu yang tetap dibuka/ditutup.

Tiap kali aku lintas depan kedai tu tiap kali tu juga kedai tu ditutup, kalau dibuka pun, kuih kacang hijau yang sedap tu sama ada dah habis ataupun tinggal sikit sangat yang rupanya dah tak berapa molek [hancur-hancur ataupun banyak tepung/kerak je] dan makcik tu kalau jual pun takdenya nak bagi harga murah ataupun sedekahkan aje... Muka pun macam tak suka je aku datang, tah.


- Kisah 3 -

Satu kedai makan di Pusat Penjaja Medan Selera dekat Taman Bukit Angkasa juga, kedai ni jual masakan Siam dan masakan Melayu. Aku & Mr. S memang akan selalu ke sana untuk makan malam sebab makanan situ memang kena dengan selera kami. Sampai satu ketika Mr. S sampai ke tahap mintak nombor telefon si pengusaha kedai supaya boleh dia hubungi sebelum kami datang so takdelah kitorang tunggu lama ke sebelum dapat tapau ke.

Tak lama pastu kedai tu selalu pulak ditutup tiap kali kami datang. Dan sekian kalinya kedai tu tak pernah lagi dibuka sampai sekarang.


So, aku harap 3 kisah di atas tak membosankan korang yang membaca. 3 kisah yang berlainan, tapi konsepnya sama je - peniaga Melayu yang bila perniagaannya dah ok [kalau tak sepenuhnya maju pun], mesti servisnya mula merudum dan akhirnya, sama ada buka perniagaan sesuka hati bila dia nak buka hinggalah tiba satu ketika, kedainya langsung tak dibuka lagi walaupun tapak perniagaannya masih tersergam kukuh struktur gerai/kedainya.

Bukan nak kutuk bangsa sendiri dalam meniaga, tapi apakah perasaan aku semata-mata atau memang benda ni, satu kenyataan?

Terima kasih kerana sudi membaca tentang perasaan aku je ke atau, ini sememangnya satu kenyataan yang menyakitkan pasal kenapa perniagaan orang Melayu kita jarang dapat bertahan lama, kalaupun ia tak menjadi maju dan besar macam yang boleh bangsa lain capai, sekalipun telah disokong kuat oleh anak bangsanya sendiri...


Friday, March 18, 2011

BILA YANG MENANGKAP DITANGKAP & TERTANGKAP

Selalunya bila aku ditanya kenapa aku suka benar tangkap gambar, aku akan jawab antaranya,...

1. aku suka capture moment yang takkan kembali [mahal tu!]; atau
2. aku memang pantang dapat kamera, mesti nak try tangkap gambar [tak kira kamera & apa subjeknya]; atau
3. aku suka beritahu cerita melalui gambar, sebab satu gambar seribu kisah boleh diceritakan :); atau
4. aku suka lihat & cerita dari sudut pandangan aku sendiri, tak kisahlah walaupun ada yang mengutuk mengata, aku anggap tu kata-kata dengki je sebab dorang takleh nak buat apa yang aku buat sebab halangan-halangan tertentu dalam hidup dorang [what makes people think I give a damn, I don't know]

Aku mula-mula tangkap gambar sejak umur berapa ya, sekolah rendah kot. Satu perkara yang kureng pasal aku ialah aku memang selalu tak ingat banyak perkara terutamanya bila membabitkan umur ni hahaha...

Pastu aku rajin gak jadi volunteer bila tiba bab-bab majlis apa-apa yang ada orang bawa kamera tapi malas nak amik gambar terutamanya bila tengok aku beria-ia amik gambar orang dan dan-dan la pulak dorang akan kata, "ko amik lagi lawa Kimi so ko amik gambar ek!" [padahalnya dorang malas je nak ke sana-sini amik gambar sana-sini ekekeke, takpe-takpe, i lebih daripada rela kak!]


Zaman kegemilangan dengan kamera pinjam. Jadilah.


Tapi aku rasa aku mula serius bila aku beli kamera awal tahun lepas. Itu pun serius dalam memperbaiki skills aku, bukannya serius sebab nak bisnes ke apa :)

Walaupun aku sering jadi perhatian bila saja aku keluarkan kamera aku, aku selalu gagahkan saja perasaan ingin merakamkan moments pada masa tu sekalipun malu, segan & ketar lutut selalu gak menguasai diri.

Aku bulatkan tekad dan sentiasa ulang dalam hati & kotak fikiran supaya hanya itu je yang melantun-lantun bergema-gema dalam hati & kotak fikiran aku supaya jadi semangat untuk diri sendiri : AKU NAK GAMBAR YANG CANTIK, AKU AKAN DAPAT GAMBAR YANG CANTIK, SEBAB AKU TAU AKU MAMPU BUAT & DAPAT GAMBAR YANG CANTIK.

Aku bukan buat kerana nama jauh sekali kerana duit. Tapi kerana minat. Kerana aku percaya, tanpa semua nawaitu tu pun, aku boleh menghasilkan sesuatu yang aku sendiri akan suka & nikmati serta merasakan yang ada sesuatu yang membanggakan yang boleh aku hasilkan dengan usaha, titik peluh, air mata darah keringat aku sendiri.

Cuma selalu aku terlupa, betapa ramai yang prihatin dengan kekerapan ketiadaan aku dalam gambar-gambar kenangan beramai-ramai dalam majlis-majlis mahupun lawatan ataupun kunjungan. Berapa ramai yang menawarkan diri tuk merakamkan gambar aku dengan kamera aku tapi aku menolak, kerana "itulah tujuannya saya jadi si penangkap, sebab saya tak mahu ditangkap!", kata aku dalam nada seloroh, biasanya.

Tapi dalam hati aku memang tak mahu ditangkap sebab biasanya aku nampak diri aku sungguh tak molek dalam rakaman orang lain. Bukan soal tak percaya, tapi sebab aku sendiri memang tak mesra kamera!


Kan aku dah cakap aku memang tak cantik langsung dalam kamera?


Tapi tulah, sampai bila pun aku boleh berlari daripada ditangkap? Satu persoalan yang tak pernah aku terfikir dan langsung tak terlintas, sebab aku rasa macam, kebal sungguhlah diri aku ni, daripada sebarang tangkapan.

Hahahaha... Aku memang silap besar nampaknya...




- ni masa kat Kompleks Kraf Langkawi, masa ikut lawatan kelab opis. ingatkan petugasnya amik gambar sape rupanya ada jugak aku dalam itu gambar! -


Berapa kali dah aku ditangkap luar sedar aku. Haish!!!

Tapi tulah cam aku cakap tadi, sampai bila pun aku boleh berlari daripada ditangkap? Kan?

Satu hari pasti tertangkap jua ekekeke...

Tak apalah, mudah-mudahan insiden-insiden ni mampu mengubah pandangan aku terhadap diri aku sendiri dalam rakaman & daripada sudut pandangan orang lain...

Thanks kerana sudi membaca :)

SEMALAM VIDEO, NI ARI...

Oh, oo, oh yeah...

Selamat tinggal kawan ku
Tak mudah aku pergi
Bila wajah mu
Sentiasa di hati ini

OK, dah memang
Bukan mudah untuk ku merima hakikat
Dalam hidup ini ku sentiasa tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna-warni
Kini kian mendung ia tinggal satu memori
Jangan, jangan lepaskan genggaman ini
Hidup ku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembira ku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun telah ku mencuba sedaya-upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskan mu, baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawan ku
Tak mudah aku pergi
Bila wajah mu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan ku teramat mengasihi mu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiran mu kembali
Ku tak mahu hidup tanpa mu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi, jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai, kenapa semua ini
Kenapa semua ini, mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi, jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawan ku [usah pergi]
Tak mudah aku pergi [jangan biarkan ku menderita]
Bila wajah mu
Sentiasa di hati ini [aku sentiasa di dalam dada kamu sayang]

Walau ku pergi sayang ku [usah pergi]
Dalam jiwa ku ini
Kaulah cinta ku yang kekal
Selamat tinggal

Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku terseksa di sini sayang

Selamat tinggal kawan ku [usah pergi]
Tak mudah aku pergi
Bila wajah mu
Sentiasa di hati ini [aku sentiasa di dalam dada kamu sayang]

Walau ku pergi sayang ku [usah pergi]
Dalam jiwa ku ini
Kaulah cinta ku yang kekal
Selamat tinggal

Aku menyintai diri mu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang

Kaulah cinta ku yang kekal
Selamat tinggal...

.: Selamat Tinggal :.
- Zizan & Dina -

Thursday, March 17, 2011

SELAMAT TINGGAL






Sejujurnya aku agak emo bila dengar baris lirik lagu ni.

Ditambah pulak dengan paduan suara yang berkesan oleh Zizan Raja Lawak & Dina, aku rasa lagu ni makin mendalam kesan yang ditinggalkan.

Aku tak taulah orang lain, tapi, yang pasti, aku memang touching sangat-sangat bila dengar lagu ni dan tengok pulak videonya...

Syabas buat Zizan & Dina atas kolaborasi korang berdua...

Aku agak terkesan selepas tengok videonya dan tinggalkan komen ni sahaja:-

"suara dina cukup bagus & zizan dah buktikan yg dia memang ada bakat selain drp melawak, mengacara & berlakon - syabas korang berdua :)

sekarang ni dah jarang dpt tengok/dengar lagu & terus terasa menangkap di jiwa hingga buat rasa sayu/terusik yg amat sgt :) so walaupun lagu ni rentaknya rancak tapi kesannya cukup mendalam di jiwa."


Komen ni aku berikan pada Zizan, di youtube dan di post kat page official Raja Lawak 5 di FB [sebab lagu ni jadi lagu bila ada elimination, menggantikan lagu Selamat Tinggal oleh Ferhad, yang berhantu juga, at least pada akulah]

Apapun, aku harap lagu ni akan meninggalkan kesan yang baik pada korang sepertimana ia meninggalkan kesan kepada aku, tapi jangan marah ya kalau korang rasa cam menyesal tengok ekekeke :P

SATU PETANG SERIBU KISAH

Hari ni aku naik komuter untuk balik rumah, sebab aku tak bawa motor sendiri. Puncanya sebab tadi pagi aku kena pegi ke bangunan lain untuk amik exam dan disebabkan ketidak yakinan diri yang tinggi [bila tiba bab nak chari parking dsb], ditambah pulak dengan sakit kepala daripada semalam harinya lagi, aku buat keputusan yang aku mesti minta Mr. S hantarkan aku dan nak balik ke HQ nanti, pandai-pandailah aku nanti. Nasib ada yang sudi tumpangkan so alhamdulillah lah kan :)

Balik ke pejabat, bertugas bla-bla-bla, takde apa yang menarik sangat dan okey, jam sudah pukul 5! Mari pulang!

Petang tadi tak selancar yang aku harapkan. Takpelah, nak buat camane, sebab bukan semua benda dalam kawalan kita kan...

Petang aku mula jadi buruk bila aku dah sampai 1/3 perjalanan ke stesen komuter Bank Negara. Aku perasan yang aku terlupa masukkan charger hp aku. Adoi... Patah balik la ke opis.

Pastu dengan gigihnya aku berjalan sorang-sorang dengan berhati-hati, manalah tau kot-kot ada perhati dengan niat serong di hati ke kan, ish minta dijauhkanlah...

Then, sampai di stesen komuter aku tercangak-cangak, memang betul bukan susah sangat nak naik public transport ni tapi untuk orang yang dah terbiasa bawa kenderaan sendiri dan biasa sangat mencelah menyelit ikut mana dan [sempat/boleh, maklumlah, naik motor je kan], aku memang sangat-sangat risau bila tiba bab memilih bahagian dan tren yang betul untuk ke destinasi yang ingin aku tuju.

Dahlah naik public transport ni macam,... sekali setahun ada kot. Mana la tak berdebar nak terkentut sume ada *control control*

Dua kali tren lalu, dua-dua aku terlepas. Sebab dua-dua gi Seremban. Aku nak gi Pantai Dalam, makanya kena amik yang pergi ke Pelabuhan Klang kan?

Menunggu sahaja amik masa yang cukup mencabar. Aku duduk di stesen tu selama 1/2 jam hanya untuk menunggu tren datang je.

Bila sampai tren, di Bank Negara okeylah lagi. Masih lagi boleh berdiri dengan seimbang dan masih banyak ruang untuk berpaut. Dahlah tempat pegangnya pun memang kedekut sesangat, kat tengah-tengah je ada getah gelung dan tiang untuk berpaut tu.

Sekali tiba di stesen Kuala Lumpur, hamik kao. Tiba-tiba tren tu jadi bertambah sempit dan aku yang tinggal secebis tempat berpaut je [tu pun tiang tu kat belakang aku, bayangla, apekejadahnya berpaut dengan tangan ke belakang? tak ke tak balance badan tu?]. Dah ada lak sorang minah gelap ni himpit-himpit aku lak, yang kejamnya dia himpit aku dengan beg dia. Huk-huk!

Bertambah kejam bila dia macam sengaja himpit aku balik padahal aku cuma nak stabilize badan aku je. Dah dia asik tolak-tolak aku kan. Pegh tak tahan...

Lagi tak tahan, minah gelap moden yang pakai sleeveless blouse neh, bleh tak aku ternampak sesuatu yang tak sepatutnya di situ bila pakai sleeveless blouse/shirt?

Jeng jeng jeng! *drum roll*




tadaaaaa!!!
[gambar sekadar hiasan dramatik, ehsan gugel]

Tuuuu diaaa... cam tak salah je kan?

Mulanya aku mati-mati ingatkan yang aku terpandang rambut panjangnya yang mungkinlah, terjulur-julur ikut ketiak gelapnya tu.

Tapi tidak! Rambut dia lurus [atau diluruskan], kenapa pulak rambut yang terselit terjulur celah ketiak dia tu kerinting bergulung-gulung pulak cam bulu ketiak yang tahap gaban cam dalam gambar di atas nih?

Pastu ketiak dia yang cam terjuloq terjelai tu la dia dok himpit-himpit kat lengan kanan aku *kembang tekak*

Aku cuma mampu menangis dalam ati... Uwaaaaaa!!!

Jadi sekarang aku sudah insaf, seinsaf-insafnya dan aku memang tabik betullah [bercampur simpati yang amat-amat sangat] dengan orang yang sanggup bersabar serta bertahan sahaja dengan kedahsyatan perkhidmatan public transport kita yang bukan sahaja lembap, tak berapa mesra pengguna especially orang-orang kelainan upaya malah pengurusan public transport ni mungkin lebih selesa dan macam tak salah je, mengamalkan dasar tin sardin [lagi boleh sumbat, sumbat, selagi tak terbaliklah bas/tren tu dan selagi tak masuk paper, selagi tu la sumbat] & "kao tak suka, kao jangan naik ini public transport, aku peduli hape".

Sepetang yang penuh dengan bermacam kisah yang terakam di minda tapi tak tercatat di sini. Cukup aku katakan yang perkhidmatan pengangkutan awam tak banyak berubah sejak kali pertama aku mula pandai bawa motor sendiri. Dengan adanya lesen halal yang susah-payah aku kerjakan, hasil bantuan ramai insan antaranya ialah abah yang dah banyak keluarkan modal nak kasi aku pandai, cikgu Rahmat yang walaupun garang masa mengajar tapi kerana dialah aku jadi pandai dan ramai lagi yang mungkin dah aku terhutang budi tanpa aku sedari dan tak mampu nak ucapkan terima kasih secara personally.

Terima kasih Allah kerana nikmat-Mu yang Kau berikan padaku yang serba kurang ini! Alhamdulillah kerana Mu ya Allah, aku berpengetahuan dan berkemampuan serta berupaya untuk menunggang motor sendiri tanpa perlu aku bersusah-payah menempuh kesesakan serta kezaliman pengusaha-pengusaha pengangkutan awam, amin!

*sebak kejap*

Tuesday, March 15, 2011

HUWARGH PECAH KEPALE!!!

Tah kenapa kebelakangan ni aku asik tercari-cari diri aku yang lepas-lepas.

Bukanlah apa sangat, cuma terfikir selalu, aku dulu suka online kat macam-macam website/forum bagai sebelum wujudnya FB dalam hidup aku.

Antaranya cam jiwang.org [aku punyalah seronok lepak situ sampaikan dapat pangkat Donator 3 ke 4 bintang tah, tapi bila dorang upgrade dan2 la pulak aku takleh masuk situ, sedih tau.
Nasib baik bila dah ngadu kat admin dorang pun amik tindakan secepat mungkin tuk membolehkan aku masuk semula kat situ, walaupun jujur cakap aku dah tak berapa rajin berkunjung lagi & berkongsi macam-macam benda/bertukar-tukar pendapat dengan user setia yang lain]

Lagi satu, friendster. Ni pun haram aku nak guna dah. Pasal aku rasa dia tak mesra alam cam FB. Belum lagi aku sentuh bab yang rupa dia je cam budak-budak sangat. One good thing about FB that I really like is the interface look - even you're a professional and have an FB account for professional use, it's still look professionally acceptable and not intimidating at all. Kalau friendster ni cam, too juvenile for me. Not that I'm against anything funky, fun & trendy but I just don't fancy stuff like that, that much.

Pastu dulu-dulu sebelum aku rajin upload gambar & kongsi resepi masakan aku yang takde la apa sangat tapi sebab aku suka share dengan orang kan kat FB, aku selalu update di My Resipi. Seronok bila dapat share & swap resepi dengan ramai orang, membuatkan aku semangat betul nak mencuba resepi baru yang aku dapat & share resepi aku pulak dengan orang lain.

Tapi tulah, bila dah adat warm warm chicken shit ni kan, nak pulak dengan munculnya FB di persada kehidupan aku, forum/website yang aku suka meleseh kat sana dulu, perlahan-lahan aku tinggalkan sampai aku langsung lupa dengan username, alamat email dan password yang digunakan.

Takkan aku nak pakai email yang sama [ye aku memang ada banyak gila alamat email] & lebih teruk lagi, password yang sama je untuk semua alamat email kan? Tak safety gitu.

Tapi ni la pulak akibatnya, pecah-pecah kepala aku memikirkan tentang apakah alamat email yang aku gunakan untuk forum/website yang mana - itu belum lagi bab-bab mengingatkan semula apakah password nya pulak!

Jadi apakah pengajaran yang boleh kita dapat daripada cerita aku ni?

a. Jangan tengok kak Limah pada kekerapan yang terlalu rapat, contoh cam,... jarak 12 jam paling lama pun?
[sy, sy cuma, nak,... release tension je! bukannya nak hapal dialog dia!]

b. Jangan suka ngadu domba/gosip-gosip dengan kawan baik di telefon ketika berada di opis?
[huk2 sy cuma nak rapatkan silaturrahim je dgn kawan baik sy]

c. Jangan suka main game yang banyak menggunakan masa seperti Farm Ville, Sorority Life dan Angry Birds [kalau guna hp]?
[err,... kasi la chan buleh tak]

d. Jangan banyak sangat lipat kad jadi kotak?
[apekah o_O]?

e. Kesemua di atas?
[sy tak reti sangat memilih ni :/ ]


Tah. Aku pun dah tak reti... *cuba berlagak cam tak salah langsung*

Nasib baik aku berjaya juga akhirnya log in kat My Resipi [yessss!!!].

Terus tersandar aku kepenatan, rasa kepala otak aku sakit berdenyut-denyut hanya kerana aku cuba mengingat semula apa email address & password untuk log in situ [padahalnya dia mintak username je, bukannya email address pun!]

Dah, jangan jadi cam aku ok. Pelupa tahap tak munasabah.


Kalau dah memang lagu tu, takleh nak bwat apa lagi dah,
la ni dok umah saja la!

Monday, March 14, 2011

MARI BUAT KOTAK KAD UCAPAN :)

Baru-baru ni dapat arahan kene kemas ruang kerja di pejabat. Semua orang kecoh betul mengemas sebab takut auditor 5S datang dan buat pemeriksaan bintik, eh, mengejut lah.

So anyway, sibuk-sibuk mengemas aku terjumpalah dengan seberkas kad raya & jemputan kahwin yang dah lama dalam simpanan aku. Bukannya aku punya pun, tapi bos punya. Aku bawa balik rumah dan terfikir, apa nak dibuat dengan kad raya & jemputan kahwin yang dah berjaman nih, buang sayang, pasal cantik-cantik kebanyakannya. Nak recycle balik cara mak aku buat [ganti dalamnya je dengan kertas yang baru dan hantar pula pada penerima lain bila nak raya nanti], aku tak berapa rajin pulak... Dengan keadaan kad-kad tu pulak yang bos aku dah sign pulak atasnya [tu tanda dia dah terima dan bacalah kaedahnya], memang tak molek langsung kalau nak diguna semula dengan cara camtu kan...

*Pakai topi berpikir*

Lama-lama aku terfikir, kenapa tak aku buat kotak kecik molek daripada kad-kad tu kan?...

*Mentol menyala*

Tetiba aku terberhenti, sebab aku teringat yang aku memang tak tahu langsung cara nak membuat kotak daripada kad-kad tu.

Hah takpe, gugel je la pe susah kan?

Huh senang la sangat gugel. Banyak yang aku jumpa langsung tak membantu. Kalau ada pun memang susah nak buat, kene ukur sukat bagai. Pastu kena gam pulak. Huh.

Chari punya chari, aku ended up kat satu blog nih. Tapi masih juga tak mampu memberikan aku bantuan yang aku perlukan. Sebab, dia buat step satu dan tiba-tiba dalam gambar berikutnya, aku nampak kad tu dah dilipat tah camane rupa.

Tak boleh jadi ni... Nampak gayanya, nak tak nak aku kena juga usaha sendiri, visualize, try and error, cam biasa aku buat *ko pun bengap sangat nak mahamkan orang lain sebenarnya Kimi, bukan salah orang tu tak explain betul-betul*

Akhirnya aku berjaya *hayun penumbuk ke udara tanda puas ati*

Jenuh siot, buat satu benda aku amik gambar. Satu kotak nak siap pun amik masa dekat sejam.

Tapi takpe, yang penting aku puas hati.

So aku persembahkan hobi terbaru aku, mana tau kot-kot korang pun berminat ke nak try :)

- Peralatan/bahan-bahan yang diperlukan -

1. Kad-kad ucapan lama, dibuang bahagian kertas dalamnya [kalau kad raya lah]
2. Gunting tajam
3. Pembaris
4. Pen/pensel
5. Meja/work station yang kukuh tuk mudahkan kerja-kerja melipat
6. Tenaga yang banyak [sebab nak tekan setiap lipatan supaya kemas garisannya] atau;
7. Objek yang bulat cam badan pen, tuk bantu menekan setiap lipatan supaya garisan2 yang dibuat kemas & cantik :)

- Cara-cara -


1. Gunting kad kepada dua bahagian yang sama ukuran
[mesti segi empat sama/square]


2. Lipat kad sehingga jadi rupa dalam gambar ni
[setiap bucu dilipat ke dalam, mencecah bahagian tengah kad]



3. Lipat kad memanjang bagi setiap bahagian.


4. Lipat hingga bila dibuka kad ni, nampak banyak kotak kecik2 & segi tiga di setiap bucu :)
[sori kalau gambar tak jelas sangat, maklumla kita bukannya ada SPM dlm photography]


5. Kalau ni first time anda buat kad nih, sebaiknya setiap segi tiga ni ditandakan
[sila perati betul2 ya, sori skali lagi mutu gambar agak kureng ensem]



6. Potong segi tiga yang bertanda tadi hingga kad jadi rupa camni.


7. Dengan pembaris & pensel/pen, lukis garis cam dalam gambar di atas.


8. Gunting dengan berhati-hati hingga jadi macam ni untuk jadikan 'lengan'.


9. Lipat setiap bucu, halakan ke tengah-tengah kad dan pastikan 'lengan2' tu masuk dengan kemas kat bawah kad yang bucunya dilipat ke tengah-tengah kad.


10. Ta-daaa!!! Ni bahagian bawahnya :)

Nota :

1. Untuk buat penutupnya, buat sama sebiji cam step2 seblum ni dan bila tiba step ke-3, lipatan memanjang yang dibuat tu, jangan tindih dengan garisan tengah-tengah kad.

2. Atau boleh juga ukur dengan pembaris, wujudkan ruang sebanyak 0.3 cm supaya bila siap, penutup kotak ni akan lebih besar sikit daripada kotak yang bawah ni :)...

3. Nak buat saiz sama pun boleh tapi ditakuti agak ketat la bila nak tutup kotak yang bawah tu kan, terpulang la masing-masing camne.

So inilah antara hasil kerja aku :)


Inilah model step by step aku :)


Ringkasan bagi setiap step by step :)


Dua buah kotak yang aku buat daripada kad raya yang bentuknya segi empat tepat/rectangle. Aku potong dua & buat sama je macam buat dengan kad segi empat sama.


Ni step by step bagi dua kotak kecik tadi :) comel kan?



Apa guna kotak-kotak ni?

1. Boleh recycle kad-kad ucapan yang dah lama tapi sayang nak dibuang, nak disimpan takut dimakan anai-anai ke contohnya.

2. Boleh dijadikan door gift [diisikan ikut suka oleh tuan rumah, sama ada nak bagi gula-gula ke, potpourri ke, bunga rampai ke, kata pun ikut suka kan] untuk majlis kecil-kecilan macam cukur jambul bayi. Ada juga orang yang buat bekas gula-gula untuk diberikan kepada tetamu yang datang majlis perkahwinan meke.

3. Bila dah jadi kotak, rasa cam comel la pulak. Sebab rupa dia masa masih dalam bentuk kad kita dah tau, bila kita transform jadi kotak, kita biasanya akan surprised dengan hasilnya. Contohnya cam ni ha:-


- Sebelum -


- Selepas -

Cantik tak?

4. Ada kawan aku yang cerita dia penah buat kotak-kotak ni dan diletakkan dengan duit raya untuk diberikan kepada kanak-kanak yang datang beraya di rumahnya.

Macam-macam lagilah yang boleh dibuat dengan kotak-kotak ni kalau kita nak :)

Selamat mencuba!

KAK LIMAH LA PUNYA PASAL NIH

Tu ari aku ada buat satu akaun flickr. Tah camana masa upload gambar-gambar tu aku rasa cam ada dejavu gitu, seolah-olah aku pernah buat benda-benda yang sama, tapi bila dan kat mana ah?

Pening kepala aku memikir. Ni la dapatnya kalau ada terlampau banyak email account dan buat terlampau banyak benda online tapi tak rekod kat mana-mana buku ke, untuk jadi rujukan masa akan datang.

Tapi pesen aku ni ha, memang kalau dah buat rujukan pun, sama jugak, mesti aku tak jumpa punya mana rekod yang aku buat tu so apa faedahnya? Pi mai tang tu jugak Kimi!

Anyway, aku padamkan flickr lama aku dan stay dengan yang baru. Sama juga dengan akaun FB yang aku gunakan untuk flickr lama tu supaya orang2 FB tak serang aku bila perasan, gambar-gambar aku cam ada kaitan dengan FB lain ke, malaslah nak soal jawab kan.

Sebenarnya benda-benda gini kita kene hadap hari-hari kan, cam kita blogging nih, yang kita FB tuh, kalau tak hadap hari-hari haram nak paham segala selok-belok jalan cerita cara nak guna kan? [walaupun sejujurnya aku rasa, flickr memang agak rumit nak difahami dengan mudah jika nak dibandingkan dengan FB maupun blogspot ni ha]

Aku rasa kan, selain daripada fakta bahawa aku jarang hadap flickr lama aku tu sampaikan aku lupa yang aku penah ada flickr dan terbuat pulak akaun flickr baru kan, satu lagi sebabnya adalah, [Hantu] Kak Limah [Balik Rumah].


"Seksi pulak kak Limah dalam gelap nih! Auuummm! Auummm!" ujar si Abi Hurairah dengan gaya macam tak salah je.



Ape pasey mike nanye?

Abeh, kalau udoh haghi-haghi awok ngadap ceghite tu dan asik tergelak ketawe je, idok ke jadi pelupe?

Haih...

Masalahnya tu la yang buat awok release tension pasal hari-hari kerja kat zoo merangkap pasar borong + konsert artis seberang. Takkan la salah nengok selalu kan *tangan cam Usop*

Kak Limah oi!

Saturday, March 12, 2011

TERHEGEH-HEGEH

Orang lain dah bertahun dah pandai. Aku je masih terkial-kial terkail-kail.

Pasal apa lagi, flickr ni lah...

Takpe, biar lambat asal ada juga buat daripada tak pernah cuba langsung kan?

Wednesday, March 9, 2011

PANDANG JANGAN TADA MATA!

Aku tau, apalah sangat megi kari letak telur dimakan dengan fish ball yg digoreng lebih kurang je tu.

Tapi pandang jangan tada mata tau.

Selamat menjamu selera, alhamdulillah, ada jua rezeki jika dibandingkan dengan orang yang mungkin makan semangkuk megi sudahlah tanpa telur ayam buat rencah malah guna air paip sahaja dan dikongsi pula dengan beberapa mulut lain yang sedang kelaparan juga.

Syukur padaMu, amin amin yarabbal alamin!
Published with Blogger-droid v1.6.7

JALAN2 TEPI PANTAI = GAYA HIDUP CAMBEST?

Antara perkara termusykil pernah aku fikirkan adalah kenapa orang susah sangat nak faham tentang satu-satu perkara yang padahalnya, hari-hari dia buat.

Yang tak boleh blah tu, boleh pulak dia rasa cam tak salah je bila dia menyusahkan orang lain sebab dia tak faham-faham apa yang hari-hari pun dia buat.


- Kisah 1 -

Tadi pagi masa nak gi kerja, aku macam biasa riding ke opis, ikut mana lagi, jalan yang luruslah.

Tau-tau bila aku sampai lane paling kanan [yang kita paham bahawa lane untuk memecut/laju], aku pulak yang paling perlahan, atau terkial-kial.

Adeh. Berapa punya tension dah. Sorang rider apek senior citizen dok depan aku cam jalan-jalan cari makan je la kaedahnya.

*tarik rambut*

Aku terkenang punch card yang dah nak time.
Belum lagi berbakul sumpah sebab keluar rumah lambat dan orang parking cam tak salah je dekat parking motor, menyusahkan aku nak keluar.

*salah ko sendiri derr, bab kuar lambat tu! dah tau orang suka parking cam parking flat ni mak bapak dorang yang punya, kuar lagi lambat-lambat!*

Aku clear kan kepala, aku cepat-cepat cari apa alternatif aku ada... Oh, jalan tengah-tengah ni nampak cam clear!

Aku beri signal dan dengan hati-hati, motor aku pun dah sampai ke tengah. Malang sekali depan aku pulak ada sorang mamat yang muda [dan sepatutnya lebih cekap daripada aku yang pempuan neh bab-bab mencilok jalanraya yang tengah banyak kereta bergerak tapi slow], bergerak dengan hati-hati.

*darah menggelegak*

Takleh blah siot!

Tetiba nasib aku agak baik bila ada satu bas cuba masuk dari lane kiri ke tengah tanpa beri signal. Apa lagi, ibu jari kiri aku yang *ehem* chubby tu, tekanlah hon.

Bas tu terberenti sekejap, mamat depan aku awal-awal dah terkial-kial terkail-kail sebab bas tu dan aku pun cilok dan terus masuk paling kanan, meninggalkan jauh mamat yang muda dan apek yang senior citizen tuh menuju ke jalan besar dan akhirnya, berjaya juga aku sampai ke pejabat dengan selamat, sejahtera & bak kata omputeh, in one piece, alhamdulillah.

- Kisah 2 -

Lif di pejabat ada 3 bijik. Satu dah rosak, so tinggal lagi 2.

Nak tunggu yang 2 ni berenti kat level opis aku pun, berjanggut dicukur bleh tumbuh balik la gayanya.

Maklum, opis ada 14 tingkat genap & 15 tingkat ganjil [tolak tepi dulu Lobby & Basement].

Aku dapat juga sudahnya naik lif dan disebabkan ramai lagi orang lain yang juga balik jam 5 cam aku, lif tu ala-ala penuh jugalah.

Okey, sampai ke Basement, dari situ aku perlu turun satu lagi tangga untuk sampai ke Sub-Basement, sebab di situlah aku park cik ombak itam aku :)

Orang yang depan aku ni ha, betul-betul mencabar kesabaran aku.

Daripada saat dia terhegeh-hegeh masuk lif kat level opis dia sampailah ke tahap nak keluar lif - memang lembab!

Tahape yang berat sangat dibawaknya pun aku tak reti. Rasanya, aku lagi besar & lebih berat daripada dia.

Dapat je peluang aku terus potong dia yang jalan macam di tepi pantai yang indah [sedangkan dalam parking tu cer bayangkan camne bau & suasananya].

Sampai kat motor aku pun gerak, hari nak hujan.

Aku rasa kalau lif satu lagi tu tak rosak, mesti aku akan lebih cepat keluar dan tak perlulah nak rasa geram kat pempuan yang [mentang-mentanglah perempuan dia ingat orang tak marah dia kot sebab dia] jalan terhegeh-hegeh ngalahkan penagih tu!


Aku rasalah kan, mungkin tu kot yang membuatkan aku tak nampak feminin sebab:-

1. Aku telah dididik dan dibiasakan untuk mencilok dengan cekap dan tanpa segan, jauh sekali malu [bukan tak tau malu hokkey!], apabila di jalan raya.

Aku cuma sentiasa diingatkan oleh mak, abah & Mr. S, supaya sentiasa berhati-hati dan pandai-pandai menunggang supaya tak dilanda masalah cam langgar bontot keter orang atau dilanggar oleh orang yang dah la bangang pastu takkan nak ngaku punya pasal salah dia, dia langgar aku. [memang dah jadi satu accepted norm ya, kalau di jalan raya, camana salah pun pemandu kereta tapi yang naik motor jugak akan didakwa sebagai pihak yang tak pernahnya betul, bila berlaku kemalangan/pelanggaran]

2. Aku dah dibiasakan dan dididik bahawa perempuan sejati tidak dinilai semata-mata oleh pergerakan yang lemah-gemalai terutama sekali bila berjalan.

Takde maknanya ok, tang jalan saja lemah-gemalai tapi bila tiba bab bercakap suara boleh didengar dari berapa marhalah lagi cam dia sorang je ada suara, ataupun bila bab mengunyah makanan takde reti nak tutup mulut kecepak-kecepuk cam orang jantan dan nampak cam sopan tapi sebenarnya takde malu langsung, semua celah bedah kalau boleh nak ditunjuk, baik secara balutan yang kemas [baju ketat] ataupun balutan transparent [baju jarang la pe lagi]

Dah-dahlah tu, nak jalan cam awak ada 48 jam sehari dalam hidup ni kita peduli apa.

Tapi, boleh tak, gi jalan kat tepi-tepi, kalau cam kat jalan raya, dok seblah kiri untuk mensiputkan diri, kalau kat eskalator [tangga karen, tak kiralah di mana pun tangga karen ini berada] berdirilah kat sebelah kiri supaya orang lain yang berminat untuk membakar kalori dan membina staminanya dengan cara menaiki tangga, boleh buat sedemikian tanpa perlu mengucapkan "Eseskius mih?"

BUKAN LUPA TAPI MEMANG TAK BOLEH TERIMA

Bukan terlupa orang lain hanya manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan dan kekurangan, tapi bila diri diremeh dan tk diambil kira dalam pertimbangan sebeum mengaitkan aku dalam hal-hal yang sudahlah aku tak suka pastu pandai-pandai pulak beranggapan aku ni tak kisah, menjadikan aku betul-betul geram.

Aku terfikir juga, apa agaknya salah aku pada si pelaku. Atau mungkin ada perlakuan ada menunjukkan aku suka atau, hadap sangat dengan apa yang dibuat dengan hidupnya selama hari ini. Apa-apa sajalah, yang membuatkan aku kelihatan seperti orang yang boleh diharapkan jadi sandarannya dalam usaha mengejar dan mencapai hasrat hatinya.

Tapi sesen pun aku gagal memahami kenapa dan atas sebab apa. Bukan terlupa orang lain hanya manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan dan kekurangan, tapi bila diri diremeh dan tak diambil kira dalam pertimbangan sebeum mengaitkan aku dalam hal-hal yang sudahlah aku tak suka pastu pandai-pandai pulak beranggapan aku ni tak kisah, menjadikan aku betul-betul geram.

Anyway ceritanya bermula bila aku tiba-tiba dapat notification FB yang somebody telah post something di satu group di FB nih. Terkejut beruk, aku pun periksalah group yang tiba-tiba je aku jadi ahlinya tanpa pengetahuan aku. [Menolak tepi unsur karut filem-filem Hollywood], ligat juga kepala aku memikirkan bila pulak aku masuk ke group yang aku bukan je tak nak amik tau malah tak nak ada kena-mengena dalam apa-apa bentuk sekalipun, membuatkan aku jadi sakit kepala dan menaikkan darah juga.

Tambah parah bila dah aku umumkan di wall aku tak ada pulak yang mengaku bertanggungjawab memasukkan aku ke group yang penuh dengan peniaga online tu.

Jenis aku ni, kalau aku dah tanya dan orang terus jawab soalan aku, aku boleh terus cool down. Tapi ni aku dibiarkan macam orang bodoh. Mana la aku tak geram?

Bila aku check balik pasal group tu membuatkan aku lama-lama faham camne aku boleh ended up there at the first place.

Si Hamba Allah [HA] nih, masukkan aku ke group tu sebab, admin group tu dah meletakkan syarat-syarat untuk membolehkan ahlinya mengiklankan perniagaan/perkhidmatan dorang kat group tu. Antara syarat yang dinyatakan adalah ahli group MESTI MEMASUKKAN 300 ORANG KAWAN FB MEKE DALAM GROUP TU, baru boleh mereka meletakkan iklan perniagaan/perkhidmatan mereka.

Jadinya aku cumalah mangsa keadaan orang yang tak dipedulikan perasaan maupun pandangannya sebab nak capai target 300 orang yang dah dinyatakan tu kan? Benci betul doh!

Not that i have anything against online businessperson but when it's just too much, it's just too much.

Selepas berhari2 aku sakit hati sebab si HA ni langsung tak respond kat wall aku, aku saja buat kacau kat group tu.

Mula-mula aku letak satu cadangan, meminta admin menambahkan klausa "PASTIKAN 300 KAWAN2 YG DIMASUKKAN KE GROUP NI TAU MEKE DAH DIMASUKKAN KE SINI, ATAS SEBAB APA & APA TUJUANNYA SUPAYA ADMIN TAK PERLU LAGI CERITA DETAIL PASAL GROUP NIH, KAN MENJIMATKAN MASA KORANG, TAKYAH DAH NAK KENE EXPLAIN KAT ORG2 YANG TAK PASAL-PASAL JE MASUK GROUP NI TANPA SEBARANG NOTIS OLEH YANG MEMASUKKAN MEKE"

Tapi takde balasan whatsoever daripada admin. Perasan bagus betulla admin group ni kan?

Sehari pas aku buat notis gitu kat wall group tu, aku terperasan salah sorang admin group tu meletakkan satu post kat wall group yang mengatakan tentang sekumpulan manusia yang nak buat bisnes online melalui FB tapi suka guna Auto Reply [tahapekejadahnya aku pun tatau tapi konsepnya lebih kurang cam, spamming la, spam inbox/komen2/post2 orang dengan iklan-iklan bisnesnya pastu ayat-ayatnya samar-samar je, tak menampakkan kejujuran si peniaga ni lah *fikirkan tentang MLM*]

Kata si admin ni, manusia macam nikah yang ahli-ahli group nak percaya dalam berurus niaga? Dahlah tak peduli hak asasi orang lain [bercakap tentang gangguan-gangguan spamming tu la kan ganggu privasi orang].

Aku dengan selamba jawab, "AHLI GROUP YANG MASUKKAN 300 KAWAN-KAWAN FB MEKE DALAM GROUP NI TANPA SEBARANG NOTIS TERLEBIH DAHULU PUN TAK KIRA JUGAK PASAL HAK ASASI ORANG LAIN, TAKDE RASA HORMAT KAT ORANG HANYA SEBAB NAK PELUANG IKLAN NIAGA/SERVIS KAT SINI"

Dah tentu-tentulah aku ditembak bertubi-tubi oleh orang-orang yang rata-ratanya, suka terkinja-kinja berada dalam group tu. First time merasa ada FB gamaknya meke nih, tu yang melampau-lampau jar-koon meke tuh.

Yang tak tahan siap ajar aku camne cara nak remove diri aku sendiri daripada group tu. Well, aku mungkin nampak cam menyakitkan hati korang yang setia sangat dengan group taik tu, tapi aku belum lagi jatuh taraf bodoh piang macam yang korang sangkakan.

Aku jawab balik, "Pasal remove ni bukan aku tak tau, tapi buat apa aku remove diri aku bila bukan aku yang memandai-mandai masuk sini atas kesanggupan aku sendiri? Suh admin remove aku, timekasih!"

Dah ada pulak yang mulut insurans mahal gila bleh tembak aku, "Ni pun jadi hal ke? Tak suka leave the group la, tengok sebelah kanan sekali. Berapa la umur dia ni agaknya hal-hal camni pun besar sangat macam masalah dunia"

Aku tak cakap pun dengan kau malaon. Aku cakap dengan sorang user yang masih ada budi-bahasa dan boleh aku harapkan untuk mintak admin situ remove kan aku.

Aku cakap dengan malaon nih, "Saya rasa saya bercakap dengan orang lain, yang awak masuk campur ni dan cakap macam-macam pulak, kenapa?"

Dah datang lagi *sekor malaon. Dengan cam tak salahnya dia cakap, "TAK NAMPAK PUN LARANGAN MENYAMPUK PERBUALAN ORANG LAIN"

Huh. Berani sebab ada kaum kan? Cer kalau korang ni sekor-sekor je time aku attack tu, berani jugak ke lagi?

Last-last yang *sekor lagi malaon tadi suh admin remove aku. Tapi cam biasalah, mulut mesti cam bangsat gak lagi, menyempat lagi mengata aku.

"DALAM RAMAI-RAMIA 20K MEMBER NI SORANG LAK PERANGAI CAMNI"

Alah, baru aku sorang pun ko dah pening, takde budi-bahse dah nak melayan... Nak eksyen jugaklah, member group tu dah cecah 20K?

Kalau setakat glemeres je, baik takyah jadi admin. Memangla group FB ni takdela apa sangat tapi kene ingat, kalau tak boleh buat betul-betul dan tak reti berbudi-bahasa serta tak peduli apa orang lain rasa, baik jangan jadi admin.

Setakat nak berlagak, huh. Gi matila dengan lagak ko tu.

Akhirnya aku dah pun dikeluarkan daripada group tu, dan aku pun dah remove orang yang memandai-mandai buat keputusan tuk diri aku macamla aku takde otak sndiri, daripada friends list aku. Aman hidup aku.

Friday, March 4, 2011

NE-YO - ONE IN A MILLION



I'm not quite sure what I love about this guy - but I have something about guys with that suit, suaveness & style.

Oh I'm madly in love with him! Come sweep me off my feet Ne-Yo!

Wednesday, March 2, 2011

CONTEST 'JANGAN PANDANG CAMERA'



First time aku ditag melalui blog untuk join contest oleh sorang sahabat.

Blur la aku. Habis-habisan blur. Sebab aku memang tak pernah terjebak benda-benda gini.

Tapi,... takpelah aku fikir setiap perkara pun ada kali pertamanya kan. So aku layankan saja :)

Mana la tau kot-kot pasni aku pulak yang kemaruk hahahaha!

Anyway, ni gambar yang aku nak pertaruhkan. Okey ke tak, kasi tau aku okey. Maklumlah, aku dahla belajar sendiri je bab photography ni. Agak-agak nak kasi tau apa yang patut aku tau, jangan segan mau pun silu ya.

Sedia? Satu, dua, seploh!




*ready, set, say cheese 'click'*

Okey jgn mare hahahaha... tu memain je. Asik serius pun penat hati mak ni 'nak :)

Ni yg betul punya. Jeng jeng jeng!




Tidaklah molek mana gambar ni sebab tangan kiri aku bukanlah tangan yang paling utama [selalu ku guna tuk gosok baju, pegang beg dsb tapi menulis dah tentu2 aku guna tangan kanan, sbb aku memang bukan kidal]... Senang cite memang susah nak amik gambar sndiri nak-nak pulak dalam keadaan panas terik matahari tegak atas kepala dan tangan lak tak panjang mana [kena jadi tangan panjangkah? oh tidak!]

So, kene tag orang lain pulak nih... Sape ek buleh aku jadikan mangsa? :P

Harap-harap 2 org kawan yg aku tag ni, tak kisah, pasal aku tengok meke rajin juga update blog dan rajin FB :) so Lyn & Awid... jgn marah no... kita try masuk contest ni, korang sporting kan?

Maklumat pasal contest ni boleh korang lihat kat blog comel nih atau klik kat banner sebelah kanan atas sekali kat blog ni ok. In case of emergency, eh, in case of anything korang bleh try dapatkan maklumat lebih lanjut kat sini hokkey!