.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, February 28, 2011

SABAR SEORANG PAKCIK

Dalam pada sakit dada tadi petang aku cuba juga meriangkan diri dengan fikiran yang membahagiakan sebagai perangsang untuk aku pulang ke rumah dengan segera serta selamat.

Hari ni aku ikut Jalan Kinabalu. Tengah sedap-sedap aku ikut jalan tengah tu tiba-tiba ada satu Waja yang macam tak salah je pemandunya, menukar laluan last minute.

Memang dia bagi signal tapi disebabkan aku terkejut, aku tekan hon. Dahlah sebelah aku lori besar yang penuh dengan pisang.

Tetiba cam tak salah je pakcik drebar lori pisang nih, sound aku, "SABAAAAARRR"

Darah aku yang baru je turun lepas sepetang naik mendadak & mendidih-didih sebab benda alah nih, rasa naik balik. Dada aku berdegup kencang. Rasanya muka aku panas gila. Menyirap-nyirap.

Pakcik, pakcik kenal saya pun tak kan? Mana pakcik tau saya tengah tak sabar?

Hanya kerana saya tekan hon kah?

Kalau pakcik nak tau, tekan hon tu tak semestinya kerana tak sabar tapi kerana nak beri amaran kepada pemandu/penunggang lain di jalan raya bahawa saya wujud berdekatan dengan mereka supaya mereka tak berlaku semberono hingga boleh menyebabkan bahaya kepada saya dan orang lain yang berdekatan pulak dengan saya.

Tapi pakcik mesti tak tau kan?

Sebab pakcik rasa pakcik cukup bijak dengan menyuruh saya bersabar.

Teruskanlah bersikap bijak tu pakcik. Saya suka sangat-sangat, rugi gila saya takkan jumpa pakcik lagi lepas nih *muka menyampah tak agak2*

No comments: