.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, February 28, 2011

CAMNE RUPA ORANG DAH KAWIN TU?

Tiba-tiba aku teringat pasal satu rangkaian kejadian dalam perjalanan hidup aku yang tak seberapa nih.

Takde la apa sangat, tapi bila sesekali teringat, agak sentap juga hati mak, 'nak.

Pernah aku disangkakan sebagai orang bujang selepas aku dah bernikah. Kalau baru-baru tu paham jugalah. Tapi ni selepas beberapa tempoh aku dah bergelar isteri orang.

Ingatkan perasaan aku je yang perasan sendiri, rupa cam masih bujang trang tang tang. Mungkin juga yang mula-mula menganggap tu, kurang pengalaman dalam menilai penampilan orang.

Sampailah satu hari, ada seorang pakcik yang terkejut sampai hampir jadi beruk barangkali, bila diberitahu yang aku sudah pun bernikah beberapa tahun sudah.

Mula daripada tu, aku jadi pelik. Terfikir banyak pun ya juga.

Orang ni perli kot. Atau orang tu saja je pancing kau Kimi. Biasanya camtulah orang nak mula-mula borak. Buat-buat tanya benda yang dah jelas nampak.

Tapi entahlah. Bila dah terlalu kerap, aku musykil jugak, tang mana yang orang nampak aku ni, macam tak bernikah lagi?

Ada yang kata sebab aku berperangai cam budak-budak. Hu ha sana hu ha sini.
Jadi,... kalau dah kawin, automatik la kene tukar perangai, takleh bergumbira langsung, takleh bersikap kebudakan sikit kadang-kadang [sama ada sengaja atau pun luar kawalan, ingat, hidup perempuan banyak dipengaruhi hormon?]. Pendek kata, kene jadi robot, takleh ada perasaan lebih-lebih sikit sebab mesti kena bertindak/berfikiran/berkelakuan macam yang orang lain expect?

Ada yang kata sebab aku jenis yang tak nampak macam perempuan dewasa dan matang.
Hmm,... nak suh aku buat camne baru nampak ya aku ni perempuan? Ada pernah ke korang jumpa lelaki bertudung setiap masa [melainkan dia memilih tuk jadi bapok beriman]? Ada pernah korang nampak perempuan yang berbaju kurung pada kebanyakan masa, siap bertudung, mekap & berkasut tinggi, nampak macam lelaki?

Ada yang lagi bagus. Siap cakap, camne agaknya aku dengan suami sebab sikap aku yang agak kelelakian dan takde kelembutan cam perempuan lain.
Jadi aku perlulah bersikap lemah-lembut gemalai sopan-santun [haktuih!] tak kira dengan siapa dan dekat mana supaya aku dapat dikenali sebagai seorang manusia yang berjantina perempuan? Eh, aku punya lembut ke hape ke, dorang pulak yang susah, aku ni anak dorang ke? Mak bapak aku sendiri pun tak penah susah le pasal aku camtu daripada aku kanak-kanak Ribena lagi!

Lagi best? Ada yang tak dapat bayangkan camne kalau aku pregnant.
Hanya sebab aku ala-ala tomboy, suka berseluar, berbaju T dan berkasut sukan bila-bila aku rempit? Waddehel? Tau tak, aku berseluar, berbaju T dan berkasut sukan untuk riding itu, hanyalah atas alasan keselamatan diri sahaja, supaya kalau-kalau [tapi mintak dijauhkan la kan] aku ditimpa malang di jalan raya, setidak-tidaknya aku berseluar dan takde la orang berhenti sebab nak tolong tengok seluar kecik dalam kain aku kaler apa kan?

Tolong bagitau aku, apa yang agaknya aku tak tau. Sebab aku rasa pelik bila orang ada anggapan2 gini terhadap aku, sedangkan aku tak pernah pun fikir bukan2 pasal orang lain camnelah meke dengan suami meke bila perangai meke pun bukannya perangai perempuan yang boleh dijadikan contoh teladan!

Camne rupa orang dah kawin tu? Cer citer! Cer citer!

Pasal sepanjang-panjang idup aku yang takde la lama mana nih, aku tengok mak aku yang tidaklah tomboy tapi juga bukanlah seorang yang lemah-lembut, lemah-gemalai [ataupun longlai yang lebih tepat sebenarnya?], kami adik-beradik dan abah, masih gembira je hidup dan tak rasa kurang apa pun?

Even kawan baik aku sendiri pun bukanlah kategori perempuan lemah-lembik-ayu-konon tapi masih juga dapat menjadi perempuan, isteri, ibu serta perempit sepenuh masa dengan baik.

Tapi takde pulak aku dengar dia cerita dia kena cam nasib aku ke *sob sob* [tapi tak tau la kot2 dia pun kene tapi dia tak ceritera kat aku!]

Seriously speaking, i hate labels. To hell with it.

Tanpa label dan stereotaip, aku masih hidup dan tak mati pun kerananya.

Walaupun tak dinafikan sesekali aku muak juga bila disumbat dengan soalan-soalan yang sama cuma mungkin bentuk dan masanya je yang berbeza.

Cer kasi soalan yang mencabar sikit. Buat kepala otak aku bergerak berpikir macam-macam kan ke lebih baik. Ni balik-balik soalan mangkukjamban camni, huh!

No comments: