.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, February 28, 2011

AKU CUMA MANUSIA BIASA

Ceritanya taklah menarik mana. Tapi macam juga cerita-cerita lain, pasti ada pengajaran yang terselit, saiz atau formatnya saja yang mungkin berbeza.

Ia bermula bila aku rasa sangat2, hodoh. Gemuk. Berat. Lesu.

Kalau sesekali aku faham juga, mungkin perubahan/ketidak seimbangan hormon. Adatlah, nama pun perempuan, memang hidup dipengaruhi hormon kan?

Tapi lama2 aku rasa tak sanggup. Sampai bila aku nak macam ni?

Bab2 fizikal dah tentu2 mengganggu perasaan. Bab2 mental dah pastilah jadi tak keruan.

Aku pun mula mengatur langkah. Perlahan-lahan aku berjaya mengurangkan apa yang aku kenal pasti sebagai si keparat yang aku sendiri benarkan untuk mengurangkan kemolekan diri aku sendiri.

Akhirnya aku dikurniakan juga kekuatan untuk melawan godaan yang cukup kuat dugaannya, sedikit demi sedikit hingga aku jadi kurang bergantung pada si keparat tu.

Tapi untuk melawan sesuatu yang dah biasa dilakukan dengan terlalu biasa seolah-olah kita sendiri terlalu biasa menyedut oksigen pinjaman Tuhan tanpa perlu berasa sedar ketika menghirup nafas dan menghembuskannya, begitu jugalah pergantungan aku kepada si keparat yang berselindung di sebalik wajah innocent tapi penuh dengan segala macam durja dibawanya.

Perjuangan aku yang tak kukuh mana tu, kalah juga bila aku cuba menghentikan pergantungan diri ini terhadapnya.

Baru setakat dua hari pun aku dah rasa tak mampu menangani diri aku sendiri.

Ketar lutut, usah ceritalah. Rasa macam tak daya bawa diri sendiri, macamlah si keparat itulah air lutut yang melancarkan pergerakan lutut.

Meleleh air liur, huh. Mujur je otot muka aku alhamdulillah, masih berfungsi dengan baik dalam membantu aku menutup mulut. Kalau herot cam orang kene serangan stroke? Tak ke basah je baju aku?

Pandangan berpinar2, jangan cakaplah. Aku asik rasa cam kene gi jumpa optometrist je nak check, pesal aku asik nampak benda2 yang aku pandang semuanya macam,... double.

Jiwa aku rasa kosong. Minda aku pun rasa cam gaung. Mencerun tinggi menjunam ke lubang dalam yang nampak macam tak berpenghujung.

Prestasi kerja aku pun mula goyang. Performance ketika merempit pun mula berkurang, sebab perhatian dan tumpuan aku mula berantakan sedikit demi sedikit.

Aku tersepit. Nak dibuat sayang pulak rasa dah berjuang beberapa lama. Tapi kalau tak buat, diri pulak merana!

Huk huk!

Aku gelisah. Resah sentiasa mengunjungi aku. Tatkala aku hanya mampu melihat orang lain bergembira dengan apa yang tak mampu aku alami lagi sebab aku sendiri yang memutuskan bahawa aku sendiri perlu berhenti bergantung kepada si keparat yang berwajah innocent tu!

Tapi sampai bila Kimi? Sampai bila?

Bisikan2 halus mula bergema dan terus-terusan bergema dalam kepala kosong ku.
Otakku yang mulanya mau hilang tumpuan dan arah tiba-tiba jadi tak tentu arah, semua benda menerjah masuk dalam masa sama.
Oh, dada ku rasa nak pecah, berdebar2 walaupun takde benda yang mendebarkan... Dengar bunyi telefon pun aku rasa cam nak hilang pertimbangan, rasa nak menjerit marah, "Boleh tak berenti call aku setan?!" walaupun itulah kali pertama orang tu memanggil aku melalui telefon.

*bunyi kaca pecah*

Akhirnya aku mengalah. Kerana aku cuma manusia biasa. Yang tak punya kekuatan luar biasa.

Masuk hari ketiga, aku berhenti berharap. Pada harapan dan azam aku yang tak kuat mana.

Petang itu aku pulang ke rumah dan terus menjerang air panas. Ku capai jag dan ku buka peti ais. Si keparat yang berwajah innocent itu ku lihat seolah-oleh tersenyum puas sebab aku telah tewas juga kepadanya yang masih banyak berbaki.

"Matilah kau!", aku hanya mampu menjerit dalam kotak fikiran. Kerana hati sudah tak mampu menahan rasa dan menanggung keperitan satu kekalahan!

Akhirnya,...

Petang itu juga secangkir Nescafe O kaw kurang manis, aku hirup panas-panas.
Keluar peluh jantan betina, puas beraja di jiwa, walaupun kepada Nescafe aku tewas.
Untuk sekian kalinya, aku kembali menjadi waras.

No comments: