.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, November 22, 2010

JOM JOM JOM, BODOH-BODOH-BODOH!

Ha ha ha ha ha ha ha!

Serius aku tak paham kenapa, aku rasa tak paham kenapa orang lain buat banyak perkara yang aku rasa, tak paham betullah aku nak pahamkan! Eh beghape banyak paham dah?

Okey, semuanya bermula sejak aku rajin-rajin 'berjalan-jalan' di Internet. Rajin-rajin membaca blog orang lain, rajin-rajin menjenguk profile Facebook orang lain, selain daripada rajin-rajin mencari bermacam jenis maklumat yang boleh aku carilah, di Internet. Rajinnya ya. Anak siapa la ni...

Okeylah aku faham - semua orang ada saja cerita suka-duka mahu dikongsikan bersama dunia, jadi masing-masing dengan cara mereka sendiri menyatakan hasrat, menegakkan pendirian, meluahkan perasaan dan mengetengahkan pendapat masing-masing, dalam cara mereka sendiri.

Ada yang guna jalan yang betul dengan cara yang betul. Baguslah, kadang-kadang aku kagum dengan sesetengah orang yang memang benar-benar berbakat dalam penulisan hingga boleh menimbulkan rasa teruja dan berinspirasi kepada orang lain untuk terikut sama dalam bidang penulisan, sekalipun hanya di blog peribadi.

Ada yang guna jalan yang betul tapi dengan cara yang kurang betul pulak. Tapi siapalah aku mau mengadili dan menghakimi orang hanya melalui penulisan mereka kan? Aku sendiri pun ngokngekkepalakemek juga kadang-kadang, ni pulak nak pertikai orang yang aku tak kenal pun, hanya melalui tulisan mereka yang aku baca di skrin komputer? Tak aci ar camtu kan...

Cuma pada aku, ralat juga kadang-kadang bila tengok, ramai anak bangsa aku sendiri suka bertikam lidah ke tahap yang benar-benar memalukan sebab menggunakan cara yang sangat-sangat merendahkan martabat diri sendiri masing-masing, dalam menegakkan pendapat mereka.

Suka hatilah, janji aku tak buat.

Boleh je aku nak 'melarikan diri' dengan cara tu tapi aku masih terasa macam, ralat jugak la [sori aku punya kemahiran bahasa sangat rendah, masih belajar lagi, tu pasal aku guna 'ralat' lagi skali] bila tengok kegoyahan sebegitu dan betapa mudahnya anak bangsa aku dijentik hingga melompat melatah sampai begitu indah sekali bahasa yang mereka gunakan dalam melawan serta membetulkan apa yang salah pada mata mereka.

Konsep to fight fire with fire sangat-sangat subjektif - bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan cara begitu. Terutama sekali bila kita ni hanya manusia biasa yang kurang sangat sifat penyabar dan mampu bertahan sekalipun dipijak-pijak oleh orang lain yang memang tunggu masa je untuk kita meletup, supaya kita memberikan respon yang mereka harap-harapkan.

Jadi dalam hal sebegini, ada baiknya kita guna cara yang Rasulullah SAW dah anjurkan, contohi cara baginda yang penuh hikmah bila berbicara, berbuat baik pada musuh sekalipun dicaci dihina diludah dilempar tahi atau paling mudah, berdiam diri.

Tapi biasalah kan, adat jadi manusia ni, yang paling mudah tu biasanya yang paling susah tuk dibuat.

Tu yang jadi macam-macam kes tu, sebab mulut badan binasa, sebab jari menaip dah terkenal satu dunia.

Kenapa ada orang tak kisah dirinya terkenal atas semua sebab yang salah?

Macam ada la sorang hamba Allah nih.

Dengan bangganya mengatakan beliau bukan kaki togok arak, bukan kaki cucuk langit di kelab-kelab malam, bukan doktor yang belajar di lorong-lorong kotor, bukannya orang yang bersikap racist.

Baguslah kan?

Aku tak kisah sangat anak si polan ni sukakan benda-benda macam seks, tattoo, tindik anggota badan selain daripada cuping telinga. Suka hati kao la mamat oi,... mak pak kao pun tak kisah kan...

Cuma aku kesal kenapa lepas dia mengaku sukakan tattoo & tindik nih serta mengatakan berapa banyak tattoo serta tindik yang dia ada, dia buleh ngaku dia Muslim...

Seolah-olah sengaja menunjukkan kepada orang bukan Islam, tattoo dan tindik adalah dibenarkan.

Pada aku, kalau nak buat jahat ke apa ke, terpulanglah, sendiri dah pandai berfikir kan, dah berjembut atas bawah.

Tapi tak perlulah bangga menunjukkan kejahatan kita pada orang.

Macam ada orang tu, ditegur oleh seseorang yang rasa terganggu dengan suaranya yang kuat na'uzubillah.

Dengan bangganya dia cakap, "SUARA AKU MEMANG CAMNI TAK PAYAH PAKAI MIC PUN TAK APA!" sambil tersengih-sengih.

Hapejadahnya nih?

No comments: