.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, November 24, 2010

ANDAI ITU SUDAH TAKDIRNYA

Aku sedar, andai itu kehendak takdir
Aku cuma pendatang yang sejenak saja hadir
Mengharap belas dan mungkin secebis kasih
Mengubat hati yang meronta dalam lirih

Aku sedar, andai itu sudah suratan
Aku kan pergi tanpa sebarang kelewatan
Sedayanya kan ku cuba menghentikan harapan
Sekelumit impian pun kan ku leburkan

Bukan aku tak sudi, jauh sekali mahu membenci
Andai mampu ku luputkan, lama sudah kau mati
Bukan aku tak ingin, jauh sekali mahu menyakiti
Andai mampu ku jayakan, lama sudah kau pergi

Tapi apa daya, aku cuma diri ku
Yang tak pernah sempurna, walau sedikit di mata mu
Tak pernah ku impi aku kan berada di situ
Yang tersenyum riang hatinya senang di sisi mu

Akan ku cuba pergi dalam diam
Sebagaimana hadir ku yang tidak diundang
Akan ku cuba sesenyap malam
Supaya tak kau perlu menghantar ku pulang

Jangan kasih, jangan kau sayang
Menyangka diri ku sudah tak lagi cinta
Jangan kasih, jangan kau kenang
Memang tertakdir kita tak bisa bersama

Andai itu sudah takdirnya
Benarkan aku hilang dari pandangan
Andai itu sudah suratannya
Benarkan aku pergi perlahan-lahan

Cuma satu, kasih, cuma satu pinta ku
Jangan kau sangka aku telah membenci mu
Kerana benci memerlukan hati yang jitu
Mencuba hidup tanpa mu saja sudah cukup menyakitkan aku

Walau berat kaki melangkah
Arus kehidupan perlu terus ditongkah
Walau perit hati nan gundah
Akan ku harungi dengan penuh tabah

Hati ku sudah tidak di sini
Bukan kerana aku sudah membenci
Tapi kerana hati ku sudah ku beri
Kepada kau kasih, yang amat aku kasihi...

No comments: