.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, November 29, 2010

PERIHAL AKU, KERUSI DAN JEMBALANG!

Kenapa aku suka kerusi paling belakang bila menonton di panggung?

Mudah je jawapannya - sebab aku benci ada orang kat belakang aku, tambah-tambah pulak bila orang tu jenis tak bertamadun punya manusia. Dalam cerita ini, demi tapisan bahasa aku akan namakan mereka sebagai 'jembalang'.

Tak kisahlah berapa harganya janji aku tak perlu sakit hati dengan perangai sesetengah manusia yang walaupun dah dikhabarkan dengan baik tapi masih lagi tak nak terima malah tak segan-silu buat muka kurang ajarnya!

Baru-baru ni aku ke panggung, tengok cerita Ngangkung dan Tangled [9.45 & 12.00]. Untuk cerita Ngangkung, aku setuju dengan cadangan Mr. S yang sekadar mahu duduk di tengah-tengah pawagam, di mana kerusi di belakangnya rosak dan kerusi di sebelah aku pun rosak jadi, okeylah kan, kurang sikit gangguan.

Kononnyalah.

Belum lagi cerita bermula, kerusi aku asik ditendang-ditendang oleh jembalang yang duduk di belakang aku... Bila aku toleh, tengok muka bukan main cantik lagi jembalang ni rupanya!

Bila makin galak kerusi aku disepak-sepak, diseret-seret dengan tapak kaki/kasut jembalang ni masa cerita dah bermula, aku rasa sungguh berderau tapi dengan muka yang tak manis tapi bukanlah kerek semacam aku pun minta dia supaya jangan menendang kerusi aku dan macam biasa aku akan ucapkan terima kasih atas kerjasamanya...

Tau apa berlaku?

Sudahlah takde ucapan [paling cikai pun] 'sori', dia buleh pulak buat muka kurang ajar macam mengatakan 'suka akulah! kaki aku! sape suh ko duduk depan dan takleh terima orang tendang-tendang kerusi kau?'

Memang dasar jembalang betul. Dia boleh buat muka camtu macam tak salah je dan langsung membatukan diri sambil tengok mata aku dengan takde sikit pun rasa segan atau malu!

Lepas tu dia buat jugak. Aku tarik napas dalam-dalam, tumpukan pada Ngangkung dan amik sikap malas yang memang sentiasa menetap dalam diri aku.

Kalau aku nekad malam tu alamatnya jadilah perkara-perkara ni [antaranya]:-

1. Aku takkan dapat tengok Ngangkung sampai habis. Tangled pun akan jauh sekali sebab aku kene keluar panggung sambil tangan ku dikokot dan dibawa ke balai.

2. Aku takkan berjaya menceritakan pada korang perkara ni sebab kemungkinan besar aku tido balai sampai hari ni.

3. Suami aku sure macam orang kene tinggal bini dan tak tentu arah sebab jadi perkara yang tak diingini tu dan dia terpaksa cari duit tuk jamin aku keluar lokap.

4. Budak tu mungkin nyawa-nyawa ikan atau arwah aku kerjakan!

5. Kalau dia hidup pun mungkin dia akan jadi OKU.

6. Aku akan dibicara di mahkamah dan dijatuhkan hukuman atas tuduhan mencederakan dengan niat/menyebabkan kematian kepada budak tu...

Mintak dijauhkan la ya aku buat benda-benda camtu. Kesian family aku nanti. Walaupun aku belum ada komitmen besar seperti anak tapi masih juga aku perlu fikirkan tentang kedua-dua family aku kan?

Bukanlah aku nak berlagak bagus atau cam kuat sangatlah, tapi rasa bengang sungguh bila terpaksa bertahan dengan sikap orang yang takde tamadun macam jembalang tu.

Harap muka je cantik tapi nauzubillahiminzalik la sikap dia...

Kalau ye pun ko tengah gado sama laki/balak kao yang aku kira pun tak bertamadun/jembalang jugak tu, apsal kao lepaskan pada kerusi aku dan bila aku dah cakap baik-baik, apsal kao pandang aku camtu pulak?

Bajingankah kau?

Aku terpikir, kesiannya mak bapaknya. Mesti penat mengajarnya tapi kalau dah dasar jembalang dan bodosombong tu la dapatnya, takkan boleh berubahnya...

Aku rasa risau, dalam masa sama, kejembalangan dia akan berterusan bila dia ada anak nanti.

Akan bertambah banyaklah spesis jembalang yang luar saja cantik molek tapi perangai, ketua jembalang pangkat paling tinggi pun sure kalah punya!

Friday, November 26, 2010

PETANG YANG TEWAS

Petang yang kelam ku kembali
Melangkah lesu kedua-dua kaki
Tak pernah terfikir, tak pernah mengimpi
Segalanya akan jadi begini

Biarlah!
Menjerit-menjerit dalam hati yang sepi
Pergilah!
Melantun-lantun dalam benak sendiri

Aku sendiri mengangkat kaki
Pergi ku bukan kerana benci
Mengaku kalah jauh sekali
Tapi kerana mustahil kan terjadi

Tak perlu kau risau tak perlu kau peduli
Pandanglah di sana yang sudah menanti
Andai terasa biarlah ku semat di hati
Sampai bila-bila, mungkin sampai ku mati

Jangan kau sangka aku berputus asa
Bukan juga aku tak mengangkat senjata
Cuma ku tahu takkan ke mana
Akhirnya aku yang tewas jua dalam segala...

LIFE IN A LIFT

I had to rush this morning since I woke up late.

Dang!

So after rushing to get to the elevator [in Malaysia we easily call it 'lift', and I really wonder why at most of the times] I had to wait for the elevator to reach my floor.

To much of my dismay, all three elevators were all occupied, all of a sudden, at one time and it irked me a great deal since they were all from the ground floor altogether!

The next ordeal [okay okay, I know I'm just exaggerating like I always loved to do but hey, I guess everyone's entitled to do just that sometimes right?] was just more 'exciting'.

They were all going up, to the highest floor and went down, skipping my floor, just like that.

Damn!

Upon reaching the ground floor, another surprise awaited me.

At the first floor, just a measly one floor above the ground floor, the lift stopped, and one bloody fat lady, holding a mop [she's one of the hygiene/cleaning personnel for the block I'm residing in and she usually mops the elevators' floor and sweeping the corridors for each floor], slowly entering the elevator like she has all the time in the world and savoring each bit of life while doing it.

I could only grit my teeth in great dismay, seeing the whole point of the picture.

No wonder you're bloody fat. Even it's just a measly one floor down to the ground floor, you still refuse to use the stairs.

News for you lady, exercise, will always do you good. But prior to that, I think you must get your head checked first, so that you know what keeps you from doing the right thing so that you could at least do your sorry self a huge favor by going down the stairs - if you refuse to do some other heavier workouts.

Isn't life just beautiful?

Not that I'm being melodramatic but sometimes, some things are just pretty much beyond comprehension.

But I'm glad at least, I'm able to see things at a wider angle, than I'm used to.

Thanks for a lot of 'great' others, I'm able to improve my serious self.

Thursday, November 25, 2010

PETANG DINGIN YANG SUAM-SUAM

Tadi petang aku balik meredah hujan. Lewat jugalah keluar dari pejabat.

Tengah jalan pun slow je perjalanan aku sebab ramai yang berhati-hati.

Tak kurang juga yang terpaksa slow sebab, helmet meke takde visor!

Kesian...

Sampai rumah, ada la pulak satu hamba Allah mana tah, buleh pulak dia park ketenya kat jalan masuk ke parking motor.

Puas aku adjust akhirnya dapat juga aku menyelit mencelah untuk masuk ke parking dengan jayanya, alhamdulillah.

Dahla serba susah masa tu, gelap pun ya [tah kenapa lambat lampu blok menyala, aku pun tak tau], ada pulak makcik ni dok perati setiap gerak-geri aku, sampai aku rasa lemas pulak!

Yang heran, pemandunya tak kelihatan, tapi enjin kete on dan siap pasang air conditioner tu... Yelah, nak buka tingkap gerimis pun basah juga dalam kereta nanti...

Dah di parking pun puas juga aku adjust motor aku sebab ramai yang parking motor meke alang-alang betul. Ke kiri tidak ke kanan pun bukan, ke tengah jauh sekali.

Tapi takpe, kalau semua pun senang je, apa adventure nya life ni kan?

So, lepas aku berjaya parking dan kunci tayar, aku perhatikan kereta BLM putih yang berplet WPKL, masih baru sebab abjad keduanya U dan ketiganya L tu, masih di situ tapi kali ni, makin ramai yang dah balik dari pejabat/baru nak keluar balik mungkin atas urusan peribadi, terpaksa terkial-kial bila melalui jalan masuk/keluar ke parking motor tu, nak mengelakkan dia punya pasal...

Sampai ada mamat ni nak keluar pun terkejut juga, apesal kete putih ni menyengkang jalan ni?

Bila aku dengar dia meninggikan suara "PARKING LA JAUH SIKEEEETTT" sambil dia bersusah-payah keluar tu, aku terdetik nak pergi tengok kereta tu dengan lebih dekat.

Jadi aku pun pergi tengok, ditambah ada pulak 3-4 orang lain yang tengok kete tu tak puas ati dan mengomel sesama meke.

Terkejut betul aku!

Ada rupanya orang dalam kete tu kat tempat pemandu, tapi buleh pulak dia tutup mukanya dengan cap yang dia pakai, peluk tubuh dan tido!

Okay, aku paham, time tu sejuk, hujan, sedap le tido... Tapi agak-agakla beb... Ko parking kat entrance cam tak salah je pastu dengan selambadak ko boleh tido?

Mazhab mana ko ikut ni?

Ikut geram aku nak je aku ketuk tingkapnya suruh dia ke depan sikit, alang-alang lelaki-lelaki lain pun tau tengok je.

Tapi aku malas. Bukan takut atau tak berani, tapi MALAS.

Pengalaman aku bila berhadapan dengan orang Melayu yang mentalitinya sangat-sangat rendah ni, takde penahnya baik.

Kalau ada pun, baik dari segi dialah selamat, tak diapa-apakan sebab aku masih mampu menahan daripada hilang sabar.

Dalam keadaan camni aku selalu bersyukur, aku dilahirkan perempuan.

Kalau aku ni lelaki dan dengan sifat sabar yang sangat kurang, mesti lama dah, korang takleh baca cerita ni sebab aku dah masuk jail kot!

Setidak-tidaknya sebab aku perempuan, aku pikir keselamatan diri aku sendiri jadi aku tak terlanjur buat dan terpaksa tanggung akibat pulak kan?

Lagi satu, kalau berhadapan dengan samseng taik kucing macam orang-orang di kawasan yang ramai Melayu samseng ni, tak guna beb, kalau kita tegur baik-baik pun...

Kalau setakat gaduh, tak takut apalah tapi aku bimbangkan keselamatan diri aku dan harta benda aku... Tak nak la pasal tegur dia skali terus dia aim aku sampai dia sanggup apa-apakan aku ke kan...

Dalam keadaan camni, kita akan sentiasa jadi orang yang jahat di mata orang sekalipun kita gunakan cara yang paling berhemah, kalau tak yang paling baik pun.

Sekalipun dia yang salah, sebab takde rasa hormat dan timbang rasa pada orang lain dsb.

Kadang-kadang, aku rasa, sangat susah menjadi aku.

Nilah kisah petang aku yang sepatutnya dingin tapi jadi suam sebab aku penat baru balik kerja dan lapar pun ye juga, tu dia tak cukup tenaga tuk jadi panas betul!


Wednesday, November 24, 2010

MASIH JUGA MENGHARAP MENANTI?

Melalui feed Facebook, aku terjumpa satu cerita menarik. Lantas dengan pantas aku menyalin dan menampal [sebiji-sebiji, kecuali pembetulan formatting serba-sedikit seperti spacing dsb - aku cerewet la bab tu] di blog aku yang sederhana ni.

Bacalah :) dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

"Salam..kat sini saya turunkan sepuluh sebab kenapa u all jangan pilih suami orang kalau nak bercinta atau berkahwin nanti..So renung-renungkanlah...

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

KISAH BIL TELEFON LAMA...

Aku terbaca satu kisah di Facebook tentang seorang isteri yang tak tau nak buat apa bila dia terjumpa bil telefon lama milik suaminya, yang antaranya tersenarai nombor telefon bekas tunang suaminya.
Justify Full
Si isteri ni turut pernah menemukan gambar-gambar suami bersama bekas tunang dan bekas GF di zaman dahulu kala.

Jadi, dengan mudahnya si isteri terus mengadukan isi hatinya yang dihujani pelbagai tanya dan segala macam telahan.

Jujur cakap, aku tak nampak pun apa isunya di sini yang berat sangat hingga membuatkan si isteri ni begitu gelabah sampai melatah camni.

Tapi yelah, tu aku, orang lain mana sama macam aku kan?

Cuma aku harap, satu jelah yang boleh aku ubah - cara orang perempuan ni berfikir.

Ramai yang marah bila aku cakap, perempuan ni suka ikutkan emosi sangat.

Tak kurang juga yang hentam aku balik, "Encik Kay Ames [nama FB aku] boleh la cakap, encik lelaki, kitorang yang perempuan ni, encik tak pikir pulak apa kitorang rasa?"

So, salahkah aku bila aku cakap, orang perempuan ni emosi sangat?

Kalau dorang tak salah, tak buat macam yang aku dakwa-dakwi, kenapa dorang marah aku?

Dan yang lebih hairan, tang mana pulak dorang ni buleh anggap aku ni, seorang ENCIK?

Betul tak dorang ni emosi sangat?

Kalau tak emosi, mesti buleh fikir dulu habis-habis sebelum mengeluarkan apa-apa statement pun.

Now, aku tak kata yang aku ni tak emosi, mustahil la takde emosi, malah mungkin akulah orang yang paling beremosi yang ramai kawan-kawan/kenalan aku akan kenal dalam hidup mereka. Atau sekurang-kurangnya itulah yang aku percaya, sebab ramai yang kata gitu pada aku.

Tapi, kalau betul nak menampakkan diri tu betul, adakah boleh dapat keputusan yang betul bila menggunakan cara yang salah?

Boleh [saja kalau nak dapat keputusan yang betul walaupun guna cara yang salah] tu memang boleh tapi, dari satu segi lain, orang dah tak hormat kita kan, sebab cara kita yang melulu dan meluru dalam membuat penilaian dan tanpa segan-silu terus menjatuhkan hukum?

Sekalipun maaf boleh diucapkan, bolehkah ia tetap membaiki keadaan atau setidak-tidaknya, memberikan sedikit ketenangan pada hati yang telah dilukai?

Sebab tu aku kata, perempuan yang aku jumpa, ramai yang terlalu emosi sampai cenderung tuk buta mata hati!
Cenderung tuk membodohkan diri sendiri hanya benda-benda kecik.
Cenderung tuk membuatkan lelaki lebih rasa hebat terhadap diri mereka sendiri sebab mereka menyaksikan sendiri betapa mudahnya perempuan tergoyah dek benda-benda seremeh bil telefon lama, gambar GF lama, perempuan lain baik sekadar gitu-gitu je dengan suami - mereka rasa mereka masih lagi laku & hangat di pasaran sebab tengok gelagat isteri yang sanggup bermati-matian gaduh dengan perempuan lain kerana dia!

Haih... Ruginya la aku rasa, membazirkan segala tenaga, masa, akal dan keupayaan untuk perkara-perkara mengarut gitu.

Ada yang menempelak aku bila aku menegur. Jawabnya, macam biasalah, format menyalahkan takdir/suratan tu tetap kena ada.

"Dah diciptakan Tuhan macam ni, kao siapa mau pertikai?"

Tapi bukankah Allah pernah mengatakan bahawa Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tak mau mengubahnya?


ANDAI ITU SUDAH TAKDIRNYA

Aku sedar, andai itu kehendak takdir
Aku cuma pendatang yang sejenak saja hadir
Mengharap belas dan mungkin secebis kasih
Mengubat hati yang meronta dalam lirih

Aku sedar, andai itu sudah suratan
Aku kan pergi tanpa sebarang kelewatan
Sedayanya kan ku cuba menghentikan harapan
Sekelumit impian pun kan ku leburkan

Bukan aku tak sudi, jauh sekali mahu membenci
Andai mampu ku luputkan, lama sudah kau mati
Bukan aku tak ingin, jauh sekali mahu menyakiti
Andai mampu ku jayakan, lama sudah kau pergi

Tapi apa daya, aku cuma diri ku
Yang tak pernah sempurna, walau sedikit di mata mu
Tak pernah ku impi aku kan berada di situ
Yang tersenyum riang hatinya senang di sisi mu

Akan ku cuba pergi dalam diam
Sebagaimana hadir ku yang tidak diundang
Akan ku cuba sesenyap malam
Supaya tak kau perlu menghantar ku pulang

Jangan kasih, jangan kau sayang
Menyangka diri ku sudah tak lagi cinta
Jangan kasih, jangan kau kenang
Memang tertakdir kita tak bisa bersama

Andai itu sudah takdirnya
Benarkan aku hilang dari pandangan
Andai itu sudah suratannya
Benarkan aku pergi perlahan-lahan

Cuma satu, kasih, cuma satu pinta ku
Jangan kau sangka aku telah membenci mu
Kerana benci memerlukan hati yang jitu
Mencuba hidup tanpa mu saja sudah cukup menyakitkan aku

Walau berat kaki melangkah
Arus kehidupan perlu terus ditongkah
Walau perit hati nan gundah
Akan ku harungi dengan penuh tabah

Hati ku sudah tidak di sini
Bukan kerana aku sudah membenci
Tapi kerana hati ku sudah ku beri
Kepada kau kasih, yang amat aku kasihi...

Tuesday, November 23, 2010

TEARS,...

are words, hearts cannot say.

:'(


Now, now,... if only things are just as easy as ABC and 1-2-3.

THE GREATEST PAIN,...

Is not from the nerve-wrecking toothache, nor spinning headache or gut-wrenching tummy ache.

It comes from loving someone you can never have.

Especially when that person knows you love him/her too damn well and you kept seeing that person, day in day out.

[You kept seeing that person] not because he/she is a ghost or wandering, lost soul; but because he/she is your own best friend and you always have him/her around you, helping you cope through the bad times and celebrating your good times, even if it kills both of you..

Listening to what you have to say, even he/she might be opposing it.
Laughing at your jokes, no matter how bad the jokes are.
Crying his/her heart out 'cause he/she is feeling helpless after knowing that you are in trouble but he/she can't help you due to lots of obstacles.
Cajoling your anxious, nervous and hurt heart while you pour your darkest secrets, highest hopes and deepest fears out.
Believing in you, even when your lowest self doubt is at its highest.

Sometimes, people are meant to fall for each other but they are just not meant to be together.

Is it just me, or it's getting even more depressing, to go on thinking about finding the best answer, about this topic?

IF YOU CAN'T SAVE THE RELATIONSHIP;

at least, save your pride.

This is so bloody true, since knowing that it is best to leave everything as it is, rather than keep on hurting your own self in the process of mending things back together.

Even if it's repairable, it's gonna be a really painful, or even worse, shameful process. So in order to minimize the pain to our already broken heart and soul, I really think we should take a step back and really think what's best to be done in times like that.

Retaliating, in any form, is just not the answer.

Sometimes, standing alone in silence in the midst of chaotic, finger-pointing massive crowd, is the best thing to be done and may be the only thing to be done.

I'd rather be known as a thinker prior to my actions rather than to be remembered well by many as a quick-to-rush-in idiot.




Monday, November 22, 2010

FAIL LA!

Tadi aku kena isi minyak motor. Dah meraung dah minah itam tu, minyak nak rentung. Jadi lepas kerja, kuar je dari pejabat, aku menuju ke arah Campbell, tapi salah jalan.

Pusing punya pusing, akhirnya aku sampai ke Jalan Sultan Ismail. Dalam otak berkira-kira, alang-alang dah dekat situ, baik aku singgah Maju Junction. Beli minyak wangi tanpa alkohol RM10 [3ml] - yang tu ari punya abis dah. Jadilah yang murah-murah gini... Nak mahal-mahal kopak le makcik!

Memusing-musing cari parking. Dapat juga tapi biasalah, parking mesti illegal punya :P

Berlari-lari anak aku masuk ke bangunan tu.

Tetiba aku rasa jauh bebenau la pulak booth yang jual perfume tu. Aish!

Bila dah sampai aku tercangak-cangak sekejap, mana budak yang jual ni?

Rupanya ada customer lain... *sedapkan ati sendiri pasal nampak macam lelaki tu pun "jual minyak" juga kat minah yang menjual perfume ni*

Dapat perfume aku terus hulur duit dan sambar barang - takyah label & plastik pun dik!

Berlari-lari aku ke motor. Alhamdulillah takde surat chenta dari DBKL atau yang sewaktu dengannya.

Mengenangkan minyak motor aku dah rentung sangat, aku terpaksa juga cari alternatif terdekat. Patah la balik ke Campbell.

Berjaya jugak elakkan jalan yang salah kali ni. Haih!

Tah apa yang tak kenanya, isi minyak lak tumpah-tumpah. Hish la kao ni Kimi, cuai sangat kenapa?

Pastu sepanjang perjalanan pun rasa cam motor aku cam tak best je. Aku pun tatau kenapa...

Fail la!

Nampak sangat aku dah lama tak masuk town...

Kena asah bakat lagi nih...


JOM JOM JOM, BODOH-BODOH-BODOH!

Ha ha ha ha ha ha ha!

Serius aku tak paham kenapa, aku rasa tak paham kenapa orang lain buat banyak perkara yang aku rasa, tak paham betullah aku nak pahamkan! Eh beghape banyak paham dah?

Okey, semuanya bermula sejak aku rajin-rajin 'berjalan-jalan' di Internet. Rajin-rajin membaca blog orang lain, rajin-rajin menjenguk profile Facebook orang lain, selain daripada rajin-rajin mencari bermacam jenis maklumat yang boleh aku carilah, di Internet. Rajinnya ya. Anak siapa la ni...

Okeylah aku faham - semua orang ada saja cerita suka-duka mahu dikongsikan bersama dunia, jadi masing-masing dengan cara mereka sendiri menyatakan hasrat, menegakkan pendirian, meluahkan perasaan dan mengetengahkan pendapat masing-masing, dalam cara mereka sendiri.

Ada yang guna jalan yang betul dengan cara yang betul. Baguslah, kadang-kadang aku kagum dengan sesetengah orang yang memang benar-benar berbakat dalam penulisan hingga boleh menimbulkan rasa teruja dan berinspirasi kepada orang lain untuk terikut sama dalam bidang penulisan, sekalipun hanya di blog peribadi.

Ada yang guna jalan yang betul tapi dengan cara yang kurang betul pulak. Tapi siapalah aku mau mengadili dan menghakimi orang hanya melalui penulisan mereka kan? Aku sendiri pun ngokngekkepalakemek juga kadang-kadang, ni pulak nak pertikai orang yang aku tak kenal pun, hanya melalui tulisan mereka yang aku baca di skrin komputer? Tak aci ar camtu kan...

Cuma pada aku, ralat juga kadang-kadang bila tengok, ramai anak bangsa aku sendiri suka bertikam lidah ke tahap yang benar-benar memalukan sebab menggunakan cara yang sangat-sangat merendahkan martabat diri sendiri masing-masing, dalam menegakkan pendapat mereka.

Suka hatilah, janji aku tak buat.

Boleh je aku nak 'melarikan diri' dengan cara tu tapi aku masih terasa macam, ralat jugak la [sori aku punya kemahiran bahasa sangat rendah, masih belajar lagi, tu pasal aku guna 'ralat' lagi skali] bila tengok kegoyahan sebegitu dan betapa mudahnya anak bangsa aku dijentik hingga melompat melatah sampai begitu indah sekali bahasa yang mereka gunakan dalam melawan serta membetulkan apa yang salah pada mata mereka.

Konsep to fight fire with fire sangat-sangat subjektif - bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan cara begitu. Terutama sekali bila kita ni hanya manusia biasa yang kurang sangat sifat penyabar dan mampu bertahan sekalipun dipijak-pijak oleh orang lain yang memang tunggu masa je untuk kita meletup, supaya kita memberikan respon yang mereka harap-harapkan.

Jadi dalam hal sebegini, ada baiknya kita guna cara yang Rasulullah SAW dah anjurkan, contohi cara baginda yang penuh hikmah bila berbicara, berbuat baik pada musuh sekalipun dicaci dihina diludah dilempar tahi atau paling mudah, berdiam diri.

Tapi biasalah kan, adat jadi manusia ni, yang paling mudah tu biasanya yang paling susah tuk dibuat.

Tu yang jadi macam-macam kes tu, sebab mulut badan binasa, sebab jari menaip dah terkenal satu dunia.

Kenapa ada orang tak kisah dirinya terkenal atas semua sebab yang salah?

Macam ada la sorang hamba Allah nih.

Dengan bangganya mengatakan beliau bukan kaki togok arak, bukan kaki cucuk langit di kelab-kelab malam, bukan doktor yang belajar di lorong-lorong kotor, bukannya orang yang bersikap racist.

Baguslah kan?

Aku tak kisah sangat anak si polan ni sukakan benda-benda macam seks, tattoo, tindik anggota badan selain daripada cuping telinga. Suka hati kao la mamat oi,... mak pak kao pun tak kisah kan...

Cuma aku kesal kenapa lepas dia mengaku sukakan tattoo & tindik nih serta mengatakan berapa banyak tattoo serta tindik yang dia ada, dia buleh ngaku dia Muslim...

Seolah-olah sengaja menunjukkan kepada orang bukan Islam, tattoo dan tindik adalah dibenarkan.

Pada aku, kalau nak buat jahat ke apa ke, terpulanglah, sendiri dah pandai berfikir kan, dah berjembut atas bawah.

Tapi tak perlulah bangga menunjukkan kejahatan kita pada orang.

Macam ada orang tu, ditegur oleh seseorang yang rasa terganggu dengan suaranya yang kuat na'uzubillah.

Dengan bangganya dia cakap, "SUARA AKU MEMANG CAMNI TAK PAYAH PAKAI MIC PUN TAK APA!" sambil tersengih-sengih.

Hapejadahnya nih?

A LIGHTER SHADE OF BLACK

I had to go to work this morning, through the rain.

It may not be a heavy-pouring one but I still have to put my raincoat and pants on, just in case.

There seem to be another trouble, besides the drizzling rain.

My helmet's visor is pitch black, I can't see well if I cover my face.

And I must cover my face from the rain - God knows what are the things in the raindrops - I can't let 'em splashing on my face 'cause it'll not only make my mascara and black eyeliner bleed but also, it'll make my skin itches like hell after that.

So, I decided to still put my big-sized, usual shades on, even though the day itself is kinda gloomy.

After putting my handkerchief in a burglar style on, I put on my helmet, leaving the visor only covering 1/3 of my face, and revved the engine up.

Okay, everything's set - so off I went to work, riding the bike by myself, through the drizzling rain.

Mind you, even if it's only a drizzle but it still is painful to your uncovered skin, when you're moving on a bike.

Anyway, I was supposed to be able to have a relatively smooth ride but I ended up slowing down most time because I couldn't see a bloody thing!

My shades were kinda fogged from my breathing and from the heat of my face.

But I can't take 'em off - that'll only make my face hurt from the raindrops and of course, the itch it'll caused is just unbearable after that!

So, I was late not because of the rain but pretty much of the fog on the inside of my shades *sigh*

It was supposed to cover my eyes from the raindrops but now it's becoming the threat itself...

That was when I realize I must get a lighter shade of black shades to help me get through the rain or when riding during the night [I have kinda sensitive eyes so you get the picture why I wanna use a pair of shades if I have to ride during the nights]

I actually hate shopping - most of my stuff were bought and given to me by other people actually.

Now I must find ways to get those shades *determined face*

Err,... can anyone get 'em for me - I can't go to the mall 'cause my fat legs are heavy enough to lift themselves, let alone to bring my whole body =^_^= thanks!


Friday, November 19, 2010

RENUNGAN TERAKHIR - NORA



Lagi satu lagu yang boleh mengimbau kenangan, membuka luka lama, mendatangkan kesedihan serta meruntun perasaan hingga boleh menimbulkan kesayuan yang amat sangat hingga cenderung tuk menitiskan air mata.

Jangan kata aku tak bagi amaran...

*PENING*

Kadang-kadang kita tahu, apa kita buat belum tentu dapat kesudahan yang baik.

Tapi, kita teruskan juga buat berulang-ulang kali, dengan harapan kita akan dapat kesudahan yang baik sebagai ganjaran kesungguhan usaha kita yang tak henti-henti.

Juga sebagai bukti bahawa usaha yang disertakan dengan kesabaran yang tinggi, boleh membuahkan hasil yang sangat manis buahnya.

Tapi, pernah tak kita terfikir, mampukah kita menerima hakikat bila mana kita mendapat keputusan yang menghampakan?

Atau, betapa masam dan pahitnya buah yang kita dapat, dalam usaha untuk bersabar itu?

Adakah sebab kita manusia yang tak kenal putus asa maka kita tak berhenti mencuba?

Atau sebab kita mahu hasil yang kita harapkan, maka kita tak berhenti mencuba, sebab kita percaya, selagi adanya usaha berterusan yang disertakan dengan kesabaran yang tinggi dan doa yang tak putus-putus, maka usaha kita akan berhasil juga akhirnya?

Atau manusia memang selalu lupa bahawa sakitnya kejatuhan, peritnya kegagalan dan pedihnya kesedihan?

Salahkah kita kalau jadi manusia yang selalu lupa tu?

Atau, [bila kita memilih untuk menjadi realistik] kita ni tak bersyukur @ tak percaya pada kuasa Yang Maha Esa?

Rumitnya ... ~_~

Ada tak buku panduan menyelesaikan kerumitan aku nih, kat [Pustaka] Minerva ke, kat [Pustaka] Mukmin ke...

Atau jawapannya ada dalam satu sudut yang paling jauh di dalam hati/fikiran tapi kita selalu cuba menafikannya dan masih mahu berharap, bahawa kita akan diberikan juga apa yang kita selalu harap-harapkan selama ini?

Sebab kalau kita terima saja jawapan yang berada dalam sudut hati/fikiran kita tu, kita rasa kita akan mengalah di tengah-tengah jalan, maka kita memilih untuk berada dalam state of denial sentiasa, dengan percaya bahawa dengan menolak jawapan itu, kita mampu mengubah apa saja pun, asalkan kita tak mudah menyerah semata-mata?

*pening*

Dahlah, abaikan je...

DEWA 19 - SELIMUT HATI

Aku,... 'kan menjadi malam-malam mu
'Kan menjadi mimpi-mimpi mu
Dan selimuti hati mu
Yang beku

Aku,... 'kan menjadi bintang-bintang mu
'Kan selalu menyinari mu
Dan membasuh rasa rindu mu
Yang pilu

Aku bisa
Untuk menjadi apa, yang kau minta
Untuk menjadi apa yang kau impikan
TAPI KU TAK BISA MENJADI DIRINYA

Aku,... kan menjadi embun pagi mu
Yang 'kan menyejukkan jiwa mu
Dan 'kan membasuh hati mu
Yang layu

Aku bisa
Untuk menjadi apa, yang kau minta
Untuk menjadi apa yang kau impikan
TAPI KU TAK BISA MENJADI DIRINYA

Tinggalkan sejenak lalu mu
Beri sedikit waktu
Kepada ku
'Tuk meyakinkan mu...

Aku,... 'kan menjadi malam-malam mu
'Kan menjadi mimpi-mimpi mu
Dan selimuti hati mu

Selimuti hati mu
[Selimut selimut selimuti...]

Selimuti hati mu
[Oh hati mu...]

Selimuti hati mu

Selimuti hati mu
[Selimut selimut selimuti...]

Selimuti hati mu
Selimuti hati mu...





Aku tiba-tiba dihantui lirik lagu ini pula pada petang yang amat sarat dengan perasaan melankolik.

Mari layan blues kalau mau!

KECEPAK KECEPUK BANYAK AIIIRRRR!!!

Itu hari aku makan tengah hari sorang2 di kantin pejabat.

Ramai yang akan terhairan2 kenapa agaknya aku boleh duduk sorang2 dan makan di tempat2 awam, seolah2 ia satu kesalahan besar pula.

Dah aku takde kawan nak diajak, macam mana?

Okey, jadi, aku memilih untuk duduk di meja yang atasnya berputar ligat kipas siling, dengan harapan taklah baju aku melekat pekat bau kantin sebab dah dibawa angin kan!

Sebelah meja aku, ada 3 orang - 2 perempuan dan seorang lelaki sedang makan tengah hari juga, cuma yang sorang ni, aku rasa sungguh, ish!

Kenapa aku ish?

Walaupun aku cuma nampak dari ekor mata tapi aku tau, dia memakai baju kurung lengkap bertudung. Okey la, nak apa lagi?

Tapi duduknya sungguh la molek, tersandar dan terkangkang sikit kakinya. Aku ingatkan pasal perutnya besar sangatkah hingga kakinya tak mampu rapat tapi tak pula - perutnya normal sahaja...

Pastu telinga aku yang hyper-sensitive ni pulak dapat menangkap bunyi-bunyian yang sungguh kurang enak.

Perempuan tu makan dengan bunyi yang bising, kecepak kecepuk banyak air! bak kata Wahid Senario.

Mak oi! Sungguh la kurang sopan...

Tetiba aku teringat cerita ni kenapa tau?

Sebab tadi petang dalam perjalanan naik ke rumah, ditakdirkan aku naik lif dengan seorang lelaki India, umur mungkin dalam lingkungan awal 20an [susah nak agak sebab badannya besar dan tinggi,... tapi, macam la kalau dia kecik dan rendah, aku dapat agak umur dia dengan tepat eh, pandai la kao Kimi!]

Masa kami tunggu lif tu, dia baru je balik dari warung pisang goreng yang memang saban hari dibuka. Bosan tunggu lif, dia ambil satu pisang goreng dan makan.

Aku rasa takjub sebab LANGSUNG TAK ADA BUNYI!

Dia mengunyah dengan hati-hati dan lebih penting lagi - sambil mulutnya tertutup - sesuatu yang agak janggal bagi seorang lelaki untuk melakukannya!

Terus aku teringat kejadian di kantin itu hari.

Kepada macha tersebut, saya tumpang gembira kerana anda bukti bahawa lelaki juga boleh dibentuk menjadi manusia yang penuh sopan-santun tanpa mengira latar belakang jantina/kaum/sosial/budaya/ekonomi.

Aku hormat betul pada ibunya, mesti ibunya seorang yang sungguh berprinsip, macam ibu ku juga :)

Kepada perempuan Melayu yang berbaju kurung bertudung melilit-lilit di kepala dan duduk bersandar cam tak salah je tu, aku harap, kau sedarlah satu hari nanti bahawa sungguh tak molek perbuatan mu itu...

Camana agaknya anak2 dia nanti kan?

Orang kata, nak tau camana pemimpin kita di masa hadapan, tengoklah anak2 pada masa kini.

Dan anak2 ni siapa yang mengajar biasanya?