.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, February 23, 2010

HAPEKEJADAHNYANI?

Lama aku tak menulis di sini. Sibuk buang masa di Facebook, heheh...

Well nak kata aku buang masa tu melampau kot. Lebih kepada release tension tu lebih tepatlah.

Yang buat aku rasa terpanggil untuk melepaskan perasaan di sini hari ni secara tiba-tiba adalah selepas aku baca kenyataan dalam akhbar yang telah dibuat oleh seorang public figure, yang aku kira, belajar tinggi, tapi masih lagi bercakap tak berfikir dulu.

Malang sekali bila orang ni [aku tak nak guna perkataan "beliau" walaupun dia sorang public figure sebab aku kira, aku tak perlu hormati dia yang tak hormati kaum aku] mengatakan "kebimbangan terhadap bilangan penjawat awam tinggi wanita yang makin bertambah kini kerana takut menjejaskan produktiviti sebab kekangan seperti cuti bersalin yang panjang dan aduan banyak dah diterima daripada orang awam yang lebih senang berurusan dengan penjawat awam lelaki yang lebih fleksibel & kreatif". [Ini bukanlah verbatim kata-katanya, cuma rumusan aku berdasarkan kata-kata dia]

Sekarang kalau aku perhatikan di sini, dia cuba menyatakan bahawa penjawat awam wanita adalah :-

1. tidak mendatangkan faedah sebab kerja asik tergendala sebab ada cuti bersalin yang panjang.

2. tidak fleksibel dalam menangani aduan/masalah orang awam.

3. tidak kreatif dalam menangani aduan/masalah orang awam.

Padahalnya dia lupa yang dia dah pun tunjukkan kekurangan penjawat awam lelaki yang cuba dia tutup dengan statement kurang ajar di atas. Buktinya? :-

1. Lelaki pentingkan diri sendiri sebab tak perlu cuti bersalin lama macam isterinya. Padahal masa sedap berdua. Bila sakit isteri ditinggalkan dengan ibu/ibu mertua di rumah. Tapi bila tiba bab jaga anak lelaki yang banyak masa/tak banyak cuti ni tak pulak nak amik tau sangat sebab dorang banyak lagi urusan lain, so urusan anak yang terhasil selepas dia sedap berdua tu masih lagi diuruskan oleh isteri yang juga bekerja dan mungkin menjawat jawatan tinggi di sektor awam. Isteri dia salah sorang petugas wanita yang sudahlah over-worked and under appreciated dan tak sudah2 pula dipandang serong oleh kaum lelaki yang jadi suami & ayah macam public figure ni tadi.

2. Lelaki lebih fleksibel. Sebab tu taklah menghairankan sangat kita tengok berita/baca surat khabar mesti banyak kes rasuah melibatkan orang lelaki diheret ke mahkamah kerana itu.

3. Lelaki lebih kreatif. Wah, tang mana pulak ni. Oh aku rasa tang yang itu kot. Tang ehem ehem. Pernah kan terbaca penjawat awam lelaki yang minta habuan seks instead of rasuah. Kreatif la tu kan?

Patutnya kita kerja bersama. Janganlah kerana fitrah wanita melahirkan zuriat penyambung keturunan pun boleh dijadikan isu. Kalau yang keluarkan statement ni budak sekolah yang masih berhingus tu lainlah juga. Takkanlah sebarangan saja orang yang dilantik jadi pemegang jawatan tinggi ni kan?

Nak kata aku marah, taklah marah. Tapi lebih kepada meluat. Meluat dengan hakikat bahawa dalam zaman internet ni pun masih ada lagi yang berakal cetek dan berpandangan terkebelakang dalam hal gender & sumbangan terhadap masyarakat/sosial.

Sudah-sudahlah tu. Banyak lagi isu lain padahalnya yang boleh diuruskan yang masih menuntut untuk diselesaikan tapi masih tak terhadapkan.

Untuk bacaan lanjut korang, klik la sini.

Apapun terima kasih kerana sudi membaca tulisan yang tak seberapa ni. Dan sekadar melawak -

Whatever you give a women she will make greater - give her sperm and she will make a baby, give her a house and she will make a home, give her groceries she will make a meal, give her a smile she will give you her heart - she multiplies and enlarges what she is given. So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit...


No comments: